, ,

Malam Puisi Keranamu Palestine


Sehari sebelum 'makcik' ni mesej ako ajak layan artis baca puisi.
Aiyo... hehee sudah lama ako x layan dengar owang baca puisi..
*iyer ker??*

Memandangkan ako tarak wat pape, so ako setuju aje pollow 'makcik' tuh.
Diajak nya 'pakcik' ini bersama.
Setelah sebulat sore diambel, maka bertemu la kami sumer kat Laman Santai perkarangan Istana Budaya malam tadi. Ako ngan 'pakcik' itu sampai agak awal juga. Ekceli ada ke'malu'an sket memula sampai ke tempat kejadian. Ater kami tengok terlalu ramai artis, wartawan dan juga owang2 besar berada di situ.

Ohh.... kami terasa sungguh kerdil sekali.
Dah nama pun ada ke'malu'an, so kami telah sepakat melepak di bahagian yg agak tersorok sket. Eheh... owang MELODI!!! hahaha ye ye akhirnya ako berjaya juga melihat owang melodi yg slalu terjah2 itu.. Oppsss bkan bukan bukan naz terjah tapi yang lagi sowang.. Lerrr pendek je mamat tuh.. aahahhahaa..

Mata ku!!
Terlalu taksub melihat keadaan sekeliling.
Phewww ramai nya muka2 yg pemes.
Ishh kowang ni x reti2 ker, dah tadi ako cakap kami ada ke'malu'an, maka harus lah hanya diam menyepi saja kami di satu sudut.

Yeah... bila dia datang, kami kureng sket ke'malu'an itu.
Dia penyeri majlis juga.
Macam biasa, permulaan adalah sangat malu2 kambeng.

Kami berubah tempat. 'Makcik' itu sudah tidak sabar2 mau jumpa 'kekasih hati'.
Ooooo.... ako ikut saja tapi walau sudah ke depan masih lagi jarak kami terlalu jauh dari pentas. hurmm.... sowi 'makick' sbb kan ke'malu'an kami, maka sekadar dapat duduk di situ saja.

Bak kata sms dari fara;
"uiks. Ko layan mende2 mcm ni? KagOm aku beb. hehe"

hahaha ye ye ako sendiri kagom ngan diri ako sebab adalah pertama kali boleh tersangkut kat xtvt seperti ini.

Yeehhaaaa Haji Aznil sudah kembali.
Akhirnya... pengacara yg kami nanti2kan.
Sangat la syiokkkk dan pandai mengacara majlis dari suram ke suatu yg meriah. Syabasss pak nil!! Keep it up!

"Kak Ct oo Kak CT,
rugi tau x join kitorg mlam tadi.."


Kowang kenal itu??
Yeah, Datuk Yusof Haslam.
Sangat best mendengar dia baca puisi tapi bila part anak dia si shamsul yg baca, adehh hancusss!!!!!

Dalam ramai2 yg baca, ako paling suker satu pompuan itu tapi erkk ako x tahu nama dia sape. Aiyooo ahkak teruja OK!!! sampai luper mau snap dia punya gambar.
Paling lawak dalam berpuisi adalah David Teoh.
Muahahaha... Aiyakkk nak citer suasana kat sana ermm x reti plak.. Lenkali kowang patut pegi tau! Memang bagus la xtvt itu. Tahniah buat Utusan dan yg sewaktu dengannya.

Ok laaa... ako malas nak citer pasal artis2 berpuisi.. Oh sangat la ramai, OK!
Psstttt makcik, pakcik, ako sangat suker lagu nyanyian dari kopratasa itu..

"Sampai... sampai.. sampai... sampai....
hahahahha lirik sangat2 la senang..!!!"

Dia sudah keboringan. Ater mana la dia paham apa yg sedang berlaku.
Tetiba boleh bermanja2...
muahahha... dia mmg sangat manja. Auww...!!

Bila dia tengah boring. Ohh... dia membaca. Eheh.. dia sudah insaf dan paham kah situasi sekarang? Bagussss anak sape ni ek?? Tapi betul kah dia sudah paham??

Ooo dia mula mencari perhatian.
Dia mula ingin sama beraksi.
Tapi baca puisi kah dia di atas itu kusi?

Lorrrr..... ye ye kami paham. Dia mmg tgh keboringan.
Adehhh.... ghope nye hanya kami je yg masih tetap paham.
Alahaiii awak, sian awak keboringan yer.. Nakwat mcm mana, ibu awak tgh sonok melayan 'kekasih hati' di depan pentas.

Overall, xtvt itu sangat2 menarek walau di saat2 akhir ako agak keboringan sket.
Thanks 'makcik' sbb ajak ako join ini program.
Lenkali kita gi lagi k. Harap2 pasni 'kekasih hati' ako plak yg jadi jemputan.

Nota Jemari: laparr... jom kita pegi makan
Share:

2 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.