Penantian satu penyeksaan!!

Kedatangan dia, ako sambut dengan hati terbuka walau tetiba saja dia muncul di halaman umah ku. Kedatangan dia sekeluarga atas urusan peribadi. Ku mengerti ko rindu kat ako eh :p Ko tiba di waktu ako sedang menagih kasih menahan kelaparan. Maka, ko mengangkut diri ini dan menyumbatnya ke dalam itu 'Aril'. Ako tergamam! Kerna aril, si putih ku tinggalkan terdampar kesepian di halaman rumah.

Ako membawa ko sekeluarga melantak dulu bersama2 mereka. Harap kamu sumer berpuas ati dapat mengisi pewot yang semakin 'mengempis' itu.. erkk ye ke kempis??!! muahahaa....

Selesai hal keluarga ko, kami berpakat mau menyambut hari bapa beramai2. Planning pun dibuat. Dan sebulat sore mau memakan makanan laut. Maka, ako mengajak mereka ke Bagan lalang di daerah Sepang. Ooo terlalu banyak insiden berlaku sebelum dapat melantak kenyang2.

Malam itu, janjinya sesudah maghrib mau berada di tepi hiway Sg Besi. Tapiii..... sesudah isya' kami masih di halaman umah ku menanti sepasang suami dan isteri. Kelibat owang yang saket gigi, awal2 lagi sudah berada di hadapan umah ku.

Oooo dalam perjalanan ke tol sg besi, mengontek la plak budak ini dan seorang bonda. Kerna pada awalnya mereka juga mau membontoti kami sumer melantak. Tapi dengan tiba2 kami tidak dapat mengesan kemana menghilang bonda itu. Puas memasing membuat teka teki dengan kehilangan bonda itu. Lantas sebulat sore setuju untuk menerjah saja umah si bonda.

"tok. tok.. " .. tiada sore kedengaran dari dalam..
"kring... kring.." .. tapi bunyi telepon saja yang menjerit2 di dalam umah.

"ermm... takpe la, kita jemput saja budak itu. Rasa2 nya masih muat untuk di sumbat ke dalam aril.." kata empunya aril.

Mencari jalan ke umah budak itu adalah sangat2 mencabar. Kerna memasing tidak tahu jalan mana kah yang harus di tuju. Ye ye sudah nya kami sumer keSESATan di dalam kawasan yang gulap gulita dan menyeramkan. erkk gurlp!!!! AWAS! Jangan sesekali terpedaya dengan kata2 pemandu pelancong x bertauliah.. Ya ampunn!! hehehehe.....

.."kring! kring!"
"oitt mana ko pigi da??"
"ko g amek dia, jumpa kitrg kat tol sg besi je.."

phewww terjawab sudah kehilangan si bonda tadi.
Memasing lega. Tapi camne kita nak cari jalan kluar dari itu kawasan???
gulrppp!!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Pusing kanan, pusing kiri, u-turn belakang..
Kiri silap, patah kanan, silap juga pusing balik belakang dan akhirnya bertemu jua ke pangkal jalan. Lega!! Dan kami tiba di tol sg besi hampir jam 9.30 malam. Kelihatan sekeluarga itu sedang s.a.b.a.r menanti. Minta maaf pada yang menanti hampir sejam setengah itu. Kami hanya mampu merancang perjalanan tapi DIA yang tentukan keSESATan kami malam itu.


Menanti dan menanti. ya kami masih terus menanti ketibaan budak itu bersama bonda. Sesambel kami berbincang jalan yang harus kami lalu untuk ke itu tempat makan. Jalan ke sana adalah sangat2 jauh, memasing sudah keLUPAan mau ke sana. Berpandukan 'google map', harap selamat la kami tiba ke destinasi malam itu.

dan.... tengok la betapa tensen nya owang yang saket gigi menanti mereka sampai. Bila dia tgh tensen menahan keSAKETan, baik jangan diganggu!!
Ye ye kami paham, penantian satu penyeksaan buat diri mu...
caaaboottttttttttttt!!!
Nota Jemari: lega bila sumer nyer sudah ada didepan mata
Posted by Picasa
Share:

4 comments:

  1. Ya..ya..penantian itu satu PENYIKSAAN hahaha. Tapi terubat jua dengan ketibaan kamu semua.Apa pun kami berterima kasih padamu Ret.tampaMU tak akan meriah suasana hari BAPA tu kan hehehe.Lain kali kita terjah lagi disiang hari okey :-D

    ReplyDelete
  2. Ure welkam sis... tapi jap jap apa kena mengena hari bapa ngan kita ek??? moskel nih :p

    ReplyDelete
  3. terima kasih jgk...
    hahaha betul tu kak ct,tanpa ret,tiada le bapa2 itu..hahahahahaha

    sama2 bt korang semua..terima kasih bt aku..eh terbalik lak..muahahahaha

    ReplyDelete
  4. hoitt!! cisss.........

    pape pun tengkiu so much buat ko jua.... hugs sket :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.