Aktiviti hujung minggu

Samat malam,
Arini ekceli ako xde xtvt yg menarek untuk dibuat. Bangun tido adalah awal, x mcm owang tu, *sambel juih bibir kat owang tu* Kowang percaya tak, ako bangun sangat la awal tapi ada keMALASan untuk membeli sarapan, apatah lagi mau membuatnya sendiri. Kejut adik ako, dia lagi la malas mau bangun hatta mau membeli sarapan untuk ako. Sudahnya ako capai roti, ako sapu kaya, ngap selamat masuk mulut. burlpppp alhamdulilah, jadi lah!!

Pastu bertenggek la ako di depan PC.

Penat bertenggek, ako kebosanan. Tetiba ntah dari mana aura keRAJINan merasuk ke jiwa. Ako ke dapur. Buka peti ais, ermm sangat menyakitkan mata. Maka, jiwa RAJIN pun cecepat melakukan sesuatu. Ye ye, ako mencuci, mengemas, mengelap, membuang segala2 isi pewot peti ais itu. Cuci kasi putih berkilat!

Sudahnya, kosong jua la peti ais itu sekejap.

Dah alang2 kosong, maka aura RAJIN itu masih berfungsi. Bagi tak nak kosong sesajor maka ako telah memandu si putih menuju ke GIANT Batu Caves. Malang plak, parking adalah penuh di situ. Terus ako bersama si putih menuju ke Carefour Wangsa Maju.

Aktiviti menyoping barang2 dapur pun bermula.

Selesai sumer xtvt menyoping, ako pulang ke umah dengan hati gumbira. Kerna ako sudah berjaya mengembalikan isi pewot peti ais itu. Dan malam ini, dengan saki baki keRAJINan itu, ako melakukan xtvt memasak diwaktu malam pula.

Alhamdulilah, segala xtvt ako telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna sekali. burlppp.... kenyang dah!

Nota Jemari: harap sentiasa ada aura RAJIN...
Share:

4 comments:

  1. wah rajinnya adik aku sorg ni....hehehehe
    kalo nk selalu ada aura tu,mai sini cuci uma akunye pt ais..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. erk ntah nape tetiba ako rasa aura MALAS ako dah menyerang kembali.. muahahaa

    ReplyDelete
  3. bagusnya dia... petiais k.ct ni dah 2 minggu x cuci.petang kang dtg tlg cuci n isi balik isi perut dia ehh hahaha

    ReplyDelete
  4. erkk sebab kak ct tgh skt mata, soh cancel la niat nk g umah dia tlg cuci muahahaha

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.