Selesai urusan pengebumian, kami sepakat mau pulang. Tapi sempat singgah di pekan Rembau untuk makan tengahari. On the way pulang ke KL, kami lalu ikut jalan lama menuju ke Seremban. Hajat di hati nak merasa cendol 'Leman Dawi'.


Warung cendol ni terletak di tepi jalan jer. Klu ikut jalan lama dari Rembau ke Seremban, warung itu terletak di sebelah kanan. Sangat2 pemes. Sudah masuk rancangan Majalah 3. Sudah masuk dalam 'Hot FM' sempena apa ntah ako lupa laaakkk.. ehehee... Senang kata, mmg dah terkenal la warung Pakcik Leman tu.


Walau sebenarnya sudah lama pakcik Leman ni berniaga tapi baru semalam ako teringin nak benti rasa air cendol buatan beliau sendiri. Dulu2, kowang tengok kat gambar atas, kecik jer warung tempat dia berniaga. Tapi sekarang dah maju, alhamdulilah dah besar la sket. Dan dah ada tempat sendiri untuk berniaga.


See see.... tuah owang siapa yang tahu kan?!!!


Ekceli yang spesel nya cendol kat situ, ko leh tambah2 dengan PERCUMA!! Diulangi, PERCUMA!!!!
Bagi peminat cendol, memang puas la kan klu dapat minum cendol banyak2. Rege cendol biasa hanya RM1. Dan dengan RM1 ko leh makan seberapa banyak ko suka!! Impresif kan??!!


Bukan itu saja, klu ko nak minum air barli pun diberi PERCUMA. Bak kata banyak mana ko minum pun tetap PERCUMA. Haaa.. x menarek ker tu?!!! Memang berbaloi klu waktu panas terik. Konpom hilang dahaga dan rasa kepuasannya.


Dan ini la ghope pakcik Leman dani.. Eh cop cop... bukan yang tengah makan tu ek. Tuh tuh yang pakai baju serba OREN tu la empunya gerai. Becok giler.. abesh sumer yang singgah kat gerai dier, dier akan sapa. Kira ramah tamah la gitu lebih kurang.

Kisahnya macam mana dia mula2 nak berniaga cendol ni, sewaktu waktu dulu, (mungkin ms zaman dia kecik2 la kot), dia ni kisahnya miskin, takde duit. Tapi dijadikan citer, waktu itu panas terik. Dia teringin nak minum cendol tuk basahkan tekak yang tengah haus. Sebabkan dia miskin, so duit yang ada kat tangan cukup2 untuk beli 1 cawan cendol. Lepas dia minum, dia rasa haus lagi dan teringin nak tambah. Tapi dia sedar kewangan dan keadaan nya yang masa itu tidak mengizinkan. Tambah plak, tokei cendol waktu itu takde belas kasihan mau kasi  tambah FREE. So, bermula dari situ la dia berazam dan tekad nak buka gerai cendol dan bagi FREE untuk customer yang ingin menambah.

See see tuah owang kan?!!!!!

Nota Jemari: tuah ako kat mana plak ek???