![]() |
| .:geng blogger gombak:. 😜 |
Hahaha tiber ada plak geng blogger gombak ye 🤣🤣
Di suatu pagi yang hening tak hening sangat la kan, mesej bertubi tubi masuk.
Ooo dari adik carneyz kita rupanya. Rupanya karni dan beberapa rakan blogger plan nak jumpa hari cuti maulud kata nya. Memandangkan ako tak bole nak kasi kata putus terus, maka nya ako KIV dulu perjumpaan kali ni sehingga la petang sabtu carneyz mesej semula bertanya kan status kehadiran ako.
Masa ni ekceli ako dah prepare something untuk mereka. Pergi tak pergi belakang citer tapi hadiah tetap kita prepare sesiap ye 🤣😅
Ok back to status, ako cakap ok je la walau masa tu masih 50-50 lagi sebab ako tak sure lagi schedule dialisis MAMA uyum untuk hari selasa pagi ke petang. Then ako inform carneyz, if dialisis dia pagi then ako pickup MAMA baru jumpa diorang tapi if dialisis dia petang, ako jumpa diorang dulu then baru hantar MAMA g dialisis.
So worst to worst pun tetap dapat join cuma kejap atau lama bergantung pada jadual schedule dialisis tu je la.
Di hari kejadian which is pagi tadi, Selasa 25 Ogos 2026 bersamaan hari cuti maulidulrasul, ako mendapat khabar berita dari kampung bahawa maklang ako, kakak kepada arwah MAK telah kembali ke penciptaNYA. Which is plan ako macam kena adjust la sket.
Ingat kan nak pass kan aje hadiah untuk diorang tapi memandangkan ada masa sebelum pickup MAMA uyum, oh ye schedule dialisis start jam 6:30 pagi tadi, so sempat la ako singgah berjumpa diorang di tempat yang dijanjikan.
Seriously, sorry sangat sangat sebab ako rasa macam kelam kabut plak tadi. Untuk PuanHazel & sis MZ, rasa kali kedua bertentang mata ye haha .... ya allah sorry lagi sekali tetiba macam hilang ingatan yang kita pernah jumpa sebelum ni 😅😅
Yang betul-betul.pertama kali bersua muka adalah linda. Tujuan perjumpaan ni rasa nya sempena linda bakal berpindah ke Tronoh kalau tak silap. Memandangkan kami semua stay almost berdekatan antara satu sama lain, jadila kan perjumpaan "blogger gombak" 😜🤣🤣
Tak sah kan kalau gathering takde tukar tukar hadiah. Yang ini ekceli tak plan. Ako pun tak tau derang akan prepare hadiah. Tapi as usual, ako memang niat nak bagi diorang something as kenangan.
Hadiah ni tak perlu mahal, cukup la sebagai ingatan dan memori untuk dikenang dan diabadikan di blog memasing 🤪😝
Yang ini dari PH kan... ampun eh kalau silap. Dah kelam kabut tadi ako ingat ingat lupa plak hadiah dari sape. Harap nya betul la ye.
Comel betul cermin keychain tu. Mula nya ingatkan bag untuk letak duit syiling. Tapi bila buka plastik, laa baru pasan rupa² nya cermin ye 😅😅
Part cili oil tu kan, dah merayap sampai ke kampung pergi nya. Haha kalau tau ada sambal memang ku letak dulu hadiah ni kat rumah sebelum gerak balik kampung tadi 😅 Nasib baik la tak 'basi' sebab dalam kereta , takut terdedah 'kepanasan' lama sangat dalam kereta kan tapi alhamdulilah masih ok 👍
Ok yang ini ako ingat dari Carneyz. Weii sweet kaler dia.. kita suka kita suka! Hahaah... Ni first time nak cuba brand tudung dari Zoe Arish. Senang nak bentuk.. 🥰🥰🥰
Orait yang ini plak dari MZ kan kan kan... 😅🙊 ampun ye kalau silap. Brooch ni sesuai sangat dengan tudung yang carneyz bagi tu 😁😁 ok nanti bole pakai together² la kan hehe.
Part cekelat tu of coz masuk perut Uyum jela ye haha.. awal² dia dah rembat tau 😝
Last but not least, konpom la ni dari Linda kan hehee... omel omel ye semuanya.
Ok ucapan khas untuk linda, "Selamat Maju Jaya, semoga Linda serasi di tempat baru. Insyallah ada rezeki kita jumpa di Tronoh plak ye" 😍😍
Maaf sangat², dah le pertama kali jumpa, tak sempat nak beramas mesra ye hahah. Harap semua pun tak serik ye berjumpa ngan seorang "anakomak" 🙈😜😜
Pape pun terima kasih semua atas hadiah kenangan. Dan tengkiu kat carneyz, kalau tak dipelawa, sampai bebila pun takkan dapat bertentang mata dengan diorang 🙊🙈
Nota Jemari: 🥰🥰






0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com