CBTL kan tengah promot espresso custom your drink. Macam macam korang bole cuba custom minuman korang. Cop!! Ini khas untuk peminat kopi sahaja k.
Bila sebut espresso confirm semua pun tau ianya kopi yang sangat pahit tapi untuk peminat kopi, apa la sangat espresso tu kan 🤣🤣
Tapi untuk ako yang BUKAN kopi lover tapi gatal nak juga cuba kan, gigih la ako beli 2 jenis kopi custom plus 1 air grape & 1 pistachio.
Yang grape dan pistacio sebagai persediaan untuk ako cover rasa pahit tu nanti 🤣🤣
Kat thread ada yang suggest dark coklat powder with milk choc cream. Ok ako order tu.
Dan member opis dok pomot hazelnut & espresso cream crown.
Ok yang itu pun ako beli juga. Knowing ako yang x berapa suka pahit so dalam kepala, apa la sangat dark choc & hazelnut tu kan.
Berjaya order. Nampak macam menarik..nampak macam manis kan...tapi
Ya allah PAHIT sepahit pahit kopi 😅🤣🤣🤣
Menyesal sungguh beli hahha sampai camtu sekali ye perasaan nya.
Nasib la tergerak nak order grape white choc & pistachio choc sebagai cover rasa pahit tu.😅😅
Moral of the story, dah ko memang tak minum kopi pahit, tak payah gatal² nak cuba cuba minum espresso haha..
Tapi untuk korang yang memang peminat kopi, boleh la cuba eapresso custom your drink ni. Sebab ada banyak pilihan yang korang bole custom k.
Nota Jemari: nasib baik la kat rumah ni ada peminat kopi, so takde la membazir pembelian ako tu kan 🤣






0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com