![]() |
| .:rujukan dari istanabudaya:. |
Mansur & Liu mengangkat kisah pertemuan Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dari Dinasti Ming, selain mengetengahkan hubungan diplomatik antara Kesultanan Melaka dengan China.
“Mansur & Liu bukan cinta semata-mata yang menjadi paksi cerita.
“Di sebalik pertemuan Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu, tersirat hikmah tentang maruah sebuah bangsa, kebesaran sebuah kerajaan, kesetiaan kepada tanah air, kebijaksanaan dalam berunding serta indahnya persahabatan antara dua tamadun besar yang saling menghormati,” katanya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lama betul tak layan teater. Teater pertama yang bakal dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 20 September 2026 nanti.
Arahan MNasir.
Para pelakon utama Alif Aziz sebagai Sultan Mansur & Melinda sebagai Puteri Liu.
Selain Aliff dan Melinda, pementasan tersebut turut menghimpunkan barisan pelakon terkenal termasuk Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot dan Anas Ridzuan.
Ramai pelakon yang ako tak berapa nak kenal sangat. Tapi kalau ko peminat teater, apa la sangat para pelakon tu. Yang penting jalan cerita dan muzik yang dimainkan.
Tiket ditawarkan pada harga antara RM88 hingga RM408 mengikut kategori tempat duduk dan mula dijual pada 10 Ogos, pukul 3 petang.
Kalau ada rezeki nak gak layan teater ni. Ha tunggu gaji la beli tiket 😜 Ada sesape nak join 🤣
Rujukan : IstanaBudaya
Nota Jemari: tema pemakaian : PAKAIAN TRADISIONAL


10 Comments
Uwaaaah ada dress code ya kak 😅😅. Eh tapi teater nih memang menarik laah. Di Indonesia pun beberapa waktu lalu banyaak artis yg ikutan teater , macam Dian Sastro, Luna Maya, Reza.. etc.
ReplyDeleteTp tuhlaah lumayan mahal tiketnya 😅😅.
Waah ttg sultan Mansyur ... Kemarin baru baca cerita sejarah anak sultan Mansyur, sultan Alaudin riayat Syah .
Adalah sedikit dimasukkan ttg sultan mansyurnya. Saya tahu dia mempunya banyak istri dari berbagai kerajaan, termasuk istrinya ada yg dari puteri Majapahit di Jawa. Itu ibunya sultan Alauddin riayat Syah.
Menarik ni .. nak² Dato' M Nasir yang mengarah
ReplyDeleteOohh ni yang sekarang dok viral tentang watak utama ni ye. Siapa suka teater tu bolehlah layan. Best gak tu tengok live, rasakan pengalaman yang berbeza.
ReplyDeleteHebatnya garapan teater sejarah Mansur & Liu kat Istana Budaya! Mesti kagum tengok keindahan warisan dan diplomasi Melaka-China. Tapi tu lah heronya pula saya tak minat walau tahu dia pun tak minat saya hahaha
ReplyDeleteDah lama tak tengok teater. Harap rezeki untuk joint.
ReplyDeleteMacam menarik kisahnya lagi-lagi ianya diarahkan oleh Dato MNasir. So nak kena pilih antara teater ini atau PGL kah?
ReplyDeleteMasih berlakon lagi rupanya Alif Aziz.
ReplyDeleteDatuk M.Nasir kata main actor tu pelakon ke-2 terhandsome di Malaysia. Curious...siapakah yg pertama?
ReplyDeleteDress Code dia jom pakai baju pengantin bersanding hahahahahaha
ReplyDeleterasa2nya MZ pernah tgk teater zmn2 bujang..tgk kat dewan/panggung DBKL jalan raja laut tu...kisah berpuluh tahun lps laa..masa umur 20s lagiii
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com