HEALING TEPI SUNGAI     HEALING TEPI SUNGAI

HEALING TEPI SUNGAI

.: dah macam rombongan sekolah 😆:.

Selamat pagi u'ols
Penat semalam masih terasa lagi ni.
Alhamdulilah plan tiba tiba nak mandi sungai terlaksana juga semalam, ahad 23 Ogos 2026.

Gara-gara member just cakap cakap nak bawa anak anak mandi sungai. Maka nya kita pun gigih la cari tempat yang available hujung minggu dan dapat la book di Nur Laman Bestari Ulu Yam.

Plan hari Jumaat, maka nya preparation pun last minit tapi macam nak pindah kekdahnya haha. Kalau bole barang kelengkapan piknik/camping semua nak dihangkut 🤣🤣


Kat sini ko kena booking ye, ada pelbagai jenis gazebo. Actually ako nak book gazebo yang besar and private sket tapi semalam mostly banyak dah penuh. Yang ada gazebo Olive yang kami dapat ni takde la besar sangat tapi gazebo ni memang dekat2 sangat antara gazebo lain.

So kami sampai dalam 10:30 pagi, of coz yang lelain dah sampai so nampak macam sesak la sikit. Tak dan nak snap gambar gazebo sebelum haha sbb memasing kelam kabut nak prepare tempat, nak letak tikar, nak pasang 'langsir' haha nak tutup dari panas dan pandangan orang 🤪


Sebahagian makanan yang kami bawa.. nasi lemak saleha, sandwich dari rotitozkitchen, buah²an, macaroni kasih sayang untuk budak², kuih samosa, kuih karipap dan juga pelbagai jenis air kotak. 


Sementara budak budak dah terjun sungai, kita gorengkan dulu nugget, ayam dan kentang.


Pastu sempat la juga kita prepare oden untuk tekak² yang dewasa ni 🤣🤣 nikmat juga makan oden tepi sungai.




Syiok gila mandi sungai dalam cuaca panas.. dah le air nya sejuk. Betul² healing dibuatnya.



Lama berendam confirm kelaparan. 
Makan mandi makan mandi je la sampai dah tak bole nak masuk lagi makanan haha.


Thank you korang... walau tak cukup corum, yang ada ni pun dah meriah ye haha. Next time kita gi glamping plak ye.. semua nak merasa tido plak tepi sungai 🤪🤪


Before balik rumah, sempat la menyinggah kejap untuk "minum petang" di CBTL prima sri gombak. Hahah curlas ko nyah kita minum petang kat cbtl tau🤣🤣 

Dah panas² tu, jom la sejukkan tekak dan badan sekali sebelum memasing pulang ke rumah home sweet home. 

Sangat puas, walau penat nya masih terasa tapi yang tak dirancang slalu nya menjadi kan 😅😅 terima kasih kawan kawan. Terima kasih kat abang harris yang beriyer ajak mandi sungai. Ikutkan aunty² ni macam malas nak berpanas 🤣🤣 tapi sebabkan abang beriyer mengajak, menjadi la plan last minit kita ye.

Nota Jemari: rasa macam dah lama x gi staycation la #tiber 😜

Post a Comment

0 Comments