Followers

Saturday, January 23, 2010

Jom MAKAN!!

Semalam dah cakap yang kami ke ice room sbb nak melantak eskrem. So jom layan apa yang kami melantak lagi selain eksrem kat situ.



Ruang tempat mereka menyediakan makanan especially eskrem


Ruang makan. Walau agak sempit tapi masih ada ruang makan di bahagian luar. Klu ko melantak eskrem tengah malam sesuai la melepak kat luar saja. Ater takkan ko nak melantak sejuk2 dalam tempat yg ber aircon kan?! Kusi itu sangat lembut bole henjut2 lagi.. oppsssss


Special Ice Peanut - RM7.90
Sedap marbelesss!!!


Special Ice Strawberry - RM7.90
ermm agak MASAM sket sos stoberi nya tu... Jenuh juga nak menghabiskan nya sbb ako kan kureng sket bende masam2 nih.


Special Ice Read Bean - RM7.90
Yang ni bole laa... coz ako bukan peminat kacang merah.

OK Selain makan eskrem ada juga menu lain untuk dimakan. Sebab dah kata melantak pun waktu tengahari so takkan la ko nak melantak eskrem je semata2. Harus la pewot tu diisi dengan sesuatu yang 'berat'.


Dried Fried Durian Tempura - RM5.50
Ako sangat2 rekomen ini durian pada kowang. Sedap sangat2!!!! Sehingga menjilat jari. Kami order sampai 4 ketul.


Kira ala-ala 'eskrem goreng'.. eheh kowang pernah makan eskrem goreng tak? Lebih kurang mcm ni la juga. Sangat2 nyummyyyyy eskrem durian kat dalam itu. Tambah plak digoreng bersalut tepung tempura.. perghhhh terangkat, i tell u!!!


Fish Fillet with Thousand Island Sauce - RM13.90
Ok ok rege sangat la mahal sbb isi ikan nya ada lah sangat2 cinonet gitu. Iskkk cam x berbaloi je amek menu ni. Baek la ko melantak kat secret recipe!


Sezhuan Fried Spicy - RM7.90
Walau pada mulanya menu ako ni agak terlambat sampai tapi bila dah rasa, ako suker! Nasib baik lah sedap. Memang dah frust sangat sebab bole derang terlupa nak hantar menu yang satu ni. Ishhh.... Sedap tapi masin. hehhe camno tu ek? erkkk...


Teko apa plak ni kan? Nak cakap order teh cino, idok le pulak.


Bukan bukan ini adalah Mushroom Soup - RM 7.90
Special kan?!! Ko leh makan byk kali. Walau mangkuk itu sangat kecik tapi sekali minum mmg rasa kenyang.


Mushroom sup haruslah dimakan dengan roti garlic.


Tom Yam Mee Hoon - RM8.90
Yang ni pun sedap! Pekat betul kuahnya. Memang terasa keTOMYAMnya itu. Yang ni dapat mangkuk yang besar gitu. Leh kongsi berdua. Memang banyak portionnya.


Spicy Prawn Mee - RM8.90
ermmm.... ni biasa2 ajer. Macam ko makan wantan mi cuma ko tambah je udang setempek kat atas mi tu. Pedas??? idok le pedas mana seperti yang diwar2kan.

Udang-udang kat situ memang besar-besar belaka. Puas la klu ko nak ratah udang saja. Pape pun overall makan kat situ walau ada kecacatan sket tatap memuaskan hati ako. Oh ye, menu kat situ ada juga menjual nasi lemak, nasi goreng dan menu yang lain.

Cuba la... tak cuba mana nak tahu!

Nota Jemari: masih ada keMOSKELan lagi nih...

2 comments:

Admin said...

waaa....sedapnye makanan....
http://coretanmayaku.blogspot.com/

AKO said...

yupp memnag sedap dan menyelerakan

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers