,

Respond from Nuffnang Sdn Bhd

Kisahnya, sejak ako pakai layout mcm kat bawah ni, tetiba langsung x kuar iklan nuffnang kat blog ako. Maka, menjadi kemoskelan lah kepada hati pewot dan juga tekak ako.

Kerna menjadi lumrah seorang blogger yang telah mendaftar ke company nuffnang sdn bhd untuk memastikan segala iklan-iklan akan muncul di dalam blog mereka. Dan semesti dan seyakin nya ako adalah tergolong dalam golongan2 blogger yang tegar menanti apa jua iklan yang akan diberikan oleh nuffnang. Oleh kerna iklan sudah tidak kuar maka ako cuba dan terai sedaya upaya untuk memikirkan sebab musabab mengapa keadaan itu berlaku kepada blog ako.

Jalan alternatifnya, mungkin layout itu tidak bersesuaian dengan citarasa pihak nuffnang untuk meletakkan iklan mereka di dalam blog ako. Maka bertukar wajah lah ako beberapa hari ni. Tetapi malang tatap tidak berbau, masih juga tiada perubahan. MOSKEL!!! Sedangkan sebelum berlakunya pertukaran layout dolu2, sentiasa ada je iklan-iklan yang mewarnai setiap pelusuk blog ako itu. *tipu ngeh ngeh*

Rasa tidak puas hati tatap ada. Manusia, biasa la kan. So pagi ni ako telah menghantar soklan kepada pihak nuffnang berkenaan dengan masalah ako itu. Dan respon dari pihak sana sangat2 la cepat dan efektif! Thank you nuffnang sdn bhd for the prompt reply!!

Subject: Nuffnang ads

Date: 24 Feb 2010 09:47 AM Posted By: Retnawati binti Mohd Yusof


Helo there,

Just wondering why there is no more advertising appear in my blog nowadays? Is there any problem about my status or do i need to do something to get back my advertising?

Really need your advice regarding this matter.

Thank you in advance
 Jawapan yang ako dapat :-

Subject: Re: Nuffnang ads

Date: 24 Feb 2010 11:11 AM Posted By: Teoh Xinxian (Staff)

Hi Retnawati,

No worries, there's nothing wrong with your blog. When bloggers insert our ad units into their blog, they're marking down an advertising space for us to sell to our advertisers. Till an advertiser chooses to advertise on their blogs, the ad unit will be minimized to reduce load time in those blogs. Once an advertiser chooses to advertise on your blog or if there's an ongoing CPC campaign for that ad unit, only then will the ad unit show up in full size displaying the ads.

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive
Nuffnang Sdn Bhd
http://www.nuffnang.com.my/
Dengan jawapan yang ako terima maka berpuas hati la isi pewot ako ketika ini. Namun, sebagai manusia tatap secalit rasa kecik hati.. huwaaaaaa pilih kasih kah??? huhu *majoks*

Nota Jemari: anyway tatap mahu setia pada kamu

* eheh tatkala ako publish entry ni dan klik refresh, terus ada iklan kat blog. WOW IMPRESIF!!!
Share:

1 comment:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.