Dah lama x bersua ngan derang. Last jumpa tahun 2005. Masa tu memang memasing giat berkecimpung dlam arena drama dan perfileman KOREA. hhaahaahha Bila ingat2 balik zaman tu memang dasat sungguh! Apatak nya memasing sangat teruja bila bercerita pasal citer2 korea ni. Dari segi pelakon, jalan citer, personal artis2 itu sendiri.. iskk bak kata sebut je nama artis, sumer derang tahu.

So semalam, plan la kami untuk bersua kembali. Kali ni x sumer dapat di contact. Takpe la walau x ramai tatap meriah dan kecoh dengan molot2 kowang sumer :-D 

Tempat melepak adalah di rumah cik goten_la di area Subang Bestari. Adus nak ke umah beliau harus lah ako ber'TREASURE HUNT' terlebih dahulu. Tapi nasib baik lah awal2 lagi tuan umah dah sesiap bagi map yang detail. Pestime jugak lak ako mahu sampai ke area umah dia. 

Gigih mencari berpandukan map yang diberi, alhamdulilah berjaya juga ako sampai ke destinasi yang dituju. Treasure hunt tak berakhir di situ, sampai je ako kat area umah beliau, terpaksa plak menapak sampai ke tingkat 4 dengan menaiki tangga. Perghhhh semput weiii!!! Silap tangga boleh sesat n berulang alik la ko turun naik sampai tingkat 4 tuh... ERkkk.. kurang kilo, muhahha!

Penat!

Sampai je kat umah dia ako dah nak pengsan. Kurang oksigen! Terus dihidangnya ako air sejuk laici. Slurrpppp lega la sket. 

Kisahnya pertemuan ni diadakan di waktu tengahari tapi memandangkan memasing ada hal yang x dapat dielakkan maka membawa la ke petang. Cik tuan umah plak sudah beriyer2 memasak lauk untuk santapan tenghari. Bagus anak dara sowang ni. 

Lama benar dok menunggu makcik sowang tu, maka tuan umah hidangkan dulu lauk untuk ako. Ekceli ikan masin tu je dah buat selera memuncak. Baru je nak start melantak, dan-dan si ADK sampai.

Muhahahaha sian ko ek, tu la si goten soh ko naik tangga no 2, yang ko gatai2 naik tangga no 3 sape soh?!! Kan x pasal2 ko kena menapak 8 tingkat. heheh sabar sabar. Penat ye! OK ako kasi ruang oksigen untuk ko japs.

Bila dah bejumpa, ha macam2 lah stori-mori yang kuar. Tambah plak bila ADK yang ibarat kakak buat kami mula bersore. Riuh sekampung, x reti nak benti. Ada saja celoteh yang nak disampaikan. 

Ini lah kami, pemina-peminat citer drama ataupun filem dari Korea dan Jepun. Kami bertemu di forum mesra.net. Dahulu memang kami rancak berforum tapi sejak memasing sudah kebizian, hilang terus minat untuk berforum. 

Sebelum berpisah, si ADK siap wat facial kat muka ako. Amboiii cik kak oii tapi kan 'sterika' yang ko guna tu mmg berkesan la. Nampak gaya ako macam sudah berminat nih. Jeng jeng jeng..... 

Last but not least, mana la kowang sumer skrg ni ek???
Minat kowang masih utuh lagi kah??
Hope boleh gather2 lagi lepas ni.

Nota Jemari: berkawan biar seribu...