, ,

Buah Pinggang sape yang rosak???

Sampai umah tadi cam biasa terus check surat.
Ada dua surat.
Dedua atas nama ako.
Satu adalah kad jemputan kawen.
Dan satu lagi.... erkkkkk

Ako terkejut bila tengok surat itu datangnya dari Yayasan Buah Pinggang.
Erkkkk sejak bila ako saket buah pinggang?
Dan sejak bila plak ako ada sertai mana-mana persatuan ?
Atau bila masa plak ako wasiatkan buah pinggang ako??

Goshhhh.....
Harus lah cam berdebar-debar bila nak buka surat itu.

Dan bila sudah buka, sudah baca isi kandungan, ermm ghopenyer persatuan itu minta derma daaaa.... Tapi moskel, mana derang dapat nama dan alamat ako? Nak cakap ako ada daftar kat mana2 persatuan, idok le pulak rasanya. Aisshh.... ni yang rasa tak best!

Bukan la tang derma tu tak best.
Yang tak best tu, sape pulak yang mandai2 bagi nama ako.

Eeeee tak suker, OK!!
Ni bukan saja bole saket pinggang tapi boleh saket jantung dibuatnya, tau tak!!!!

Aiyo, lenkali pelisss la weii. Jangan mandai2 bagi nama kat sesape tanpa kebenaran.
Tak sukerr!!!

Nota Jemari: sekali seumur hidup, derma je la kan. Oppsss derma uwang daaa bukan derma buah pinggang ako... ishh... ishh....
Share:

3 comments:

  1. Tak apa derma tu kira satu ibadah... derma biar ikhlas :)

    ReplyDelete
  2. ni kalau tak bank, telecommunication company yang bagi. dorg jual client punye info.

    ReplyDelete
  3. tok,
    ye ye saya pasti derma....

    wanie,
    huwaaaa jahat nyaaa!!!

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.