Akhirnya dah nak abesh pun sesi team-building nih.
Sedih plak hahhaa poyo la kan walau sesi kali ni tak seBEST masa kat Trolak dua tahun lepas tapi ok la daripada takde langsung.

Hari terakhir, masih ada aktiviti yang kami kena lakukan. Kali ni aktiviti hanya di dalam bilik sahaja. Ye ye aktiviti banyak menggunakan akal dan fikiran. 

Agak-agak bila kowang diberi satu paku yang terpacak kat kayu sebagai dasar dan beberapa batang paku lagi, rasa-rasa kowang boleh tak letakkan 8 batang paku atas satu paku itu??? Cuba laaa dan kami sumer telah berjaya melaksanakan misi tersebut. Tapi maaf la ye sudah dipesan supaya gambar jangan ditempek kat memana halaman rasmi.. hehehe so kowang pikir2 la sendiri ek camne nak selesaikan aktivit paku itu. 

Next, kowang diberi sehelai kertas A4. Macam mana kowang nak pastikan sume ahli kumpulan berada dalam kertas tersebut tanpa memutuskan kertas tadi???

Yeah kami berjaya!!!
Walau pada mulanya banyak sungguh jalan penyelesaian sampai kami hampir ke jalan buntu tapi berkat kerjasama dari sumer, akhirnya kami tetap berjaya!!

Yang ni pulak, ada bola, tali, chopstick, tape dan Jenga.


Tujuan nya sebenarnya nak kutip jenga ni. 
ekceli game ni x yah nak tergesa-gesa.
Setiap kali bola berjalan atas landasan tali, maka satu jenga akan cuba dikluarkan.
Kira seberapa banyak jenga dapat dikutip berlandaskan berapa banyak pusingan bola.
Tapi jika satu jenga terjatuh maka otomatik dikira kalah.

Ini bukan surat cinta.
Walau sebenarnya ako rindu nak dapat surat cinta tapi jangan harap.
Ini hanya surat kasih sayang..

Setiap orang kena tulis surat, tak kira ko nak bagi kat sesape pun dalam department ko.
Isi-isi surat sama ada ko nak bagi kata-kata nasihat atau pesanan terpulang. Yang penting bila mereka yang dapat surat ko tu, akan pastikan ianya sesuatu yang positif!! 

Bila ko dah dapat surat-surat dari yang lain, ko kena plak tulis apa yang mereka tulis kat atas tapak tangan ni. Kira kan klu ko dapat surat yang soh ko 'jangan marah-marah selalu, pikir positif', so ko tulih la point-point tu kat atas tapak tangan. 

Tapak tangan tu kena la letak kat meja opis sebagai peringatan buat diri sendiri. 
Tapi klu ko letak kat umah, ermm no point la ye ko hadiri team-building kali ni.
Ye ye ako akan cuba berubah!
Boleh ker? Insyallah... :-)


Kami sangat HAPPY FAMILY...

Nota Jemari: susah nya nak sentiasa happy kan?!