Salam,

Rata-rata kebanyakkan sana sini sakan memperkatakan tentan filem terbaru yang akan kuar panggung pada 3 Jun nanti. Apa lagi kalau bukan filem Lagenda Budak Setan. Of course la ako pun tergedik-gedik nak tengok filem nih, memandangkan novel nya sumer ako sudah khatam. Ala ako pasti kowang yang pernah layan novel tersebut musti tergedik-gedik gak nak tengok kan?!!!

Ok, ekceli ako bukan nak mengulas, nak tayang trailer berkenaan filem nih. Ako pasti kowang leh google ajer kalau nak tahu ulasan orang ramai pasal filem nih.

Cuma ako cam tak puas hati plak dengan pelakon-pelakon yang menjayakan filem tersebut. Ye ye ako tak nafikan pelakon yang dipilih memang ada kelebihan masing-masing. Mungkin memang tak salah pengarah memilih pelakon-pelakon tersebut cuma bagi pendapat PERIBADI ako la kan, ako lebih prefer watak-watak utama diganti dengan pelakon yang lebih bersesuaia...

Contoh nya lah kan ;-

Bagi watak Kasyah, ako lebih tertarik jika Fazren membawakan watak kasyah dalam filem ini. Bersesuaian dengan wajah nya yang lembut dan bukan kah watak kasyah lebih kepada 'lembut dalam kasar' atau 'kasar ada kelembutan. Lagi sekali bagi pendapat PERIBADI ako, fazren boleh membawakan watak kasar dengan wajahnya yang lembut itu.

Klu kowang perasan, novel edisi PERTAMA budak setan, di belakang kulit buku ada tertempek gambar 'Kasyah' posing dekat kereta. Bila ako melihat gambar tersebut, opkos la ako membayangkan tuan punya gambar ada kaitan dengan watak dalam novel tersebut. Suasana dan kereta yang digambarkan seolah-olah memang bila baca jer kita dah dapat gambaran situasi itu serta merta.

Ha sila peratikan, bukan kah 'kasyah' yang kat kereta tu hensom, macho dan berwajah lembut?!!!

Ok lagi satu calon yang sesuai adalah Aaron Aziz. Walau dia sudah berumur sket, tapi dengan wajah nya yang lembut dan dengan karisma yang dia ada, memang sesuai sangat2 lah klu watak Kasyah tu dipegang oleh beliau.

Bagi watak Azmi plak, mengikut pendapat PERIBADI ako lagi, Adi Putra layak memainkan peranan seoang yang sofistikated, baik tapi kejam dan ganas.  

Ako suker kalau watak ayu diberi kan kepada Tiz Zaqyah. Gadis kampung yang lembut dan sopan tapi cekal menghadapi segala dugaan. oooo berdasarkan watak beliau dalam citer Nur Kasih.. Lebih kurang jer ako rasa watak ayu dalam flem nih.

Ako tak cakap Lisa tak sesuai cuma ako rasa Lisa mempunyai wajah yang ala-ala kacukan iaitu macam tak sesuai dengan watak ayu yang agak kekampungan sket. Ditambah plak, bukan kah ayu seorang yang lembut? Cara Lisa bercakap dengan sorenya yang agak sedikit kasar dan garau.

Bak kata pendapat PERIBADI ako, tak salahkan bagi peluang pada mereka untuk menyerlahkan bakat memasing dalam filem pulak. Ala, jalan citer filem owang dah suka, so klu bagi pelakon2 muda yang berbakat, gerenti filem tatap akan nampak menarik juga, betul tak?!!!!

Maaf la ye pada peminat-peminat Farid, Que dan Lisa. Ako bukan tak minat mereka cuma kan ako dah cakap, ako berkata mengikut pendapat PERIBADI sahaja.

Walau ako tak suker tapi ako tatap mahu melihat sendiri filem ini. Sekadar memenuhi keperluan dan kegedikan tali pusat ako.!!!

Nota Jemari: Dan kesimpulan nya, segala-galanya hanya lah pendapat PERIBADI ako.

photos: kredit to google search