Senin aritu saja la melantak kat Lanai.
Dah lama x makan sana, baru pasan ghopenyer ada menu baru.
So jom layan.
Erkkk kata nak kurus tapi dah makan macam-macam hahaha...

Sotong kangkung - RM2.80
Aritu ternampak kat blog mat gebu. SO tingin lak nak makan. Dah alang-alang lanai ada menu ni, ako x lepaskan arr peluang menerai. Ermmm.... marbelesss sedap juga la!!

Classical cream of chicken - RM1.80
Before nih derang letak menu mushroom soup tapi la ni da takde. Lebih kurang je macam mushroom soup cuma lagi pekat likat dan perghh sedap!!

Soto madura - RM2.60
Nice-nice portion je untuk sowang makan.
Ako suka dan memang ako melantak ni jer.....
Kena minta cili kicap lebih baru tambah kawwww!!

Kapitan Fried Rice - RM5.20
So far so good nasi goreng ni.. Biasa-biasa jer la kan takde yang special.
Sebab kak sahrah alergic sama ayam dan seafood, maka ayam seketul telah dibagi sama rata antara kak een n murshi...

Rotiserrie Chicken - RM6.40
Kak een cakap sedap so ako assume sedap juga la ye!
Wedges sangat ranggup!

Mi bandung - RM4
Pekat kuahnya.. ada udang yang banyak.. dah cam ghope mee udang pun ada juga nih. Sedap cuma kuah kena tambah lagi baru ada 'kick'!

Overall, menu baru memang marbeles!!

Nota Jemari: Lunch arini mahu melantak kat Lanai lagi