Tuala Wanita

Ehemm....
Ok ok first of all, jangan plak ada yang pikir bukan-bukan eh berkenaan tajuk entri nih.
Kebetulan lunch tadi ke supermarket kat Sogo.
Takde apa yang nak dibeli, saja menemani kengkawan yang lain bersoping.

Dalam berjalan-jalan tersinggah plak kat ruangan sanitary.
So, sesaje la belek membelek tuala-tuala wanita yang pelbagai jenis nih.
Then tetiba teringat zaman muda remaja dolu.
Tak banyak pilihan tuala wanita yang ada di pasaran masa itu.

~ihsan dari google image~

Seingat ako la kan, tuala wanita pertama yang ako guna la masa itu adalah seperti jenis kat gambar atas nih. Ako ada terbaca satu entry kat blog budak ni pasal sanita nih.. Hahaha lawak la cara dia wat entry tu. Kreatif!!! aha macam yang dia cerita, klu dolu-dolu ko nak beli sanita ni musti nak kena balut ngan surat kabar. Konon kabarnya nak kasi tutup malu tapi ako tengok zaman skrg nih takde plak nak balut-balut segala bagai. Lagi bangga plak ko usung ke sana sini.. huh pelik kan?!!

Tuala wanita sanita ni dolu2 punya la keras, kejung dibuatnya bila pakai.
Memang macam wanita BESI la ghase nya. hahaha *ke ako sowang je yg ghase camtu ek?*
Nak minta mak tukar yang lembut sket, mana la reti kan. Ye la dah mak kita pun pakai jenis yang itu juga. So nak tak nak, ko tahan je la!!

Tapi tadi ako tengok wah sanita ni dah naik taraf plak wajah nya.
Sudah nampak ke'lembut'an di situ.
Wah wah... bagus bagus tapi heheh ako tatap belum mahu mencuba wajah baru sanita nih.

Ha kowang pernah tengok iklan tuala wanita yang di promote oleh Adibah noor tak? Dah alang-alang kat sana kan, so nak la juga tengok camne ghope tuala wanita itu. Ermmm murah la juga nak dibandingkan dengan tuala-tuala wanita yang lain. Dari segi kualiti, ermm ako x sure la kan sebab belum cuba lagi. Klu tengok dari segi rupa, ermm macam menarik la juga.

So, next time ako nak try la pakai untuk sebulan...

Nota Jemari: kowang plak pakai yang mana ek?
Share:

9 comments:

  1. saya tak pakai tuala wanita. hahaha

    ReplyDelete
  2. hehe... sy tak pernah pakai ler.

    ReplyDelete
  3. azizie & Tok,
    klu kowang yang pakai erkk dah lain macam gaya nya tu

    ReplyDelete
  4. Akak skang ni pakai brand Avail.. Dari panty liner hingga la pad siang dan malam... Avail ni pad berherba, boleh mengurangkan migrain, senggugut, keputihan dan macam2 lg masalah wanita... Sangat selesa dan nipis tapi tak bocor. Ada artikel pasal ni kat blog akak...

    Dulu2 memang pakai sanita dan kotex je...

    ReplyDelete
  5. kak azz,
    oooo baru jugak ek ...
    hehee rasa nya macam pernah terai takpe nnt kita bac artikel tu k ;)

    ReplyDelete
  6. tq kak retna kerana bercerita tntang tuala wanita. saya baru darjah 3. lom ada peluang nk pakai tuala wanita lg.. tapi, tuala muka saya bunga2.. ada ciri2 kewanitaan gak kan? kan? uhuk2. (",)

    akuFARA

    ReplyDelete
  7. bengong!!! dushh dushhh..
    psstt pinjam tuala muka
    :p

    ReplyDelete
  8. stayfree & carefree tetap dihati...
    tapi masa skolah dulu mmg sanita la...bertukar wajah dah rupanya ye :D

    ReplyDelete
  9. ch@,
    hehehe kan?!
    sanita dah berwajah keLEMBUTan gitu :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.