, ,

Bachelor Shooting - Marie & The Geng

Alhamdulilah sesi photo shoot petang semalam berjalan lancar.
Terima kasih pada cuaca yang elok ajer petang itu.
Ekceli ako tak plan pun nak join photo shoot ni.
Then si Janet offer mahu join sekalikah? Maka ako sesuka ati setuju aje deh!!

Photo shoot ni sempena sowang budak tu yang akan menamatkan zaman bujang nya lagi 2 minggu. So ni kirakan macam 'bachelor outing' laaa. Laayan kan ajer la permintaan bakal perantin tu kan. Lagi pun ni kira suka suki nak bergambar la camtu.

Lokasi adalah di dataran merdeka. Dekat dan senang kami mahu terjah ke sana dari opis. Pada asalnya dalam 10 orang telah berjanji akan join sesi gambar ni tapi last minit sorang demi sorang tarik diri atas hal-hal tertentu, maka tinggal la hanya kami yang akhirnya merealisasikan impian bakal perantin!! i like!

Laayan kan aje la aksi-aksi kami pada petang semalam.

First shoot kami adalah di hadapan opis kami sendiri...
Idea Janet tuk bergambar kat celah-celah batu besar ni.
Aiyoo... tak terpikir dek akal ako nak berposing depan jalan raya yang besar, plak tu kat depan opis sendiri. Muhahahahaha memang konpom la klu ada yang pasan, dok mengutuk la keje nyaa.. Tapi ada ako kisah kan? Hahaha janji impian terlaksana.

POsing punya posing, sudah, ini gambar dah macam nak buat cover album kumpulan dedolu jer. hhahhaha. Kowang agak, klu kulit album mcm ni leh laku tak??? :-D

Bukti kat sungai gombak juga kowang bergambar.

Suka tengok pokok-pokok itu..
Dan akhirnya dapat gak abadikan gambar kat situ..
Cantek macam kat over sea.. hhahaha gila pasan kan ;p

Inilah pengantin-to-be..
Tahniah eh awak..! Moga berkekalan ok!
Harus la gambar ni cam nostalgia sket kan..
Sok-sok pas kawen, biar dia tengok balik gambar zaman bujang dia.. ehehe

Kamera utama adalah dari kamera Janet..
Kamera ako sekadar suka suki saja.
Setelah penat berposing maka kami berehat dulu, bagi 'laluan' bergambar buat owang yang ada di persekitaran situ. ;-)

Sangat cantek di waktu malam............
Rasanya b4 ni takde plak lampu-lampu kat bangunan tu..
Pape pun memang cantek sangat-sangat.
I teruja, OK!

Bila mereka mula beraksi...........
Laaayaaannnnnnn..

Kena la bergambar dengan bakal perantin kan...
Untung-untung 'aura' seri tu kena kat ako..
hahahahaa................

OK banyak aksi lain tapi sumer dalam kamera si Janet.
Maka setakat ini je la yang dapat ako kongsi ngan kowang...
Ako akhiri dengan muka-muka mereka yang sedang kelaparan...

Sekian!
SELAMAT MENGAKHIRI ZAMAN BUJANG, MARIE!!

sumber: dari kamera ako & Janet

Nota Jemari: Kang ada plak query, shima walau sudah berkawen tapi sekali sekala mahu jadi bujang balik, apa salahnya kan.. muahahaha..
Share:

2 comments:

  1. wah... kemain lagik anak omak nie bershooting yek... hehehe.... besh2..

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.