Siang bertreasure hunt....
Malam nya pulak menghadiri dinner kat Hotel Renaissance, Melaka.
Tema malam itu adalah 'Melaka dalam Sejarah'.

Mula nya ako malas plak nak sewa-sewa baju nih... Nak bergaya sakan ke hape..
Tapi last minit, malam jumaat tu juga ako dan Jun ke Sri Rampai menyewa pakaian ala-ala portugis kat centrestage. Nasib baik la adik-adik laki yang 2 orang tu setuju ajer nak berpakaian sebegitu.

Setelah dipilih, maka kami bersetuju untuk memakai pakaian seperti dalam gambar kat atas nih.
Ye ye ada yang kata macam gadis 'dutch lady'.. Rasa nya betul la tu .. Pape pun sebab kan baju itu lah team kami tersenarai dalam top 3 pakaian tercantek!! Wah, walau tak menang tapi cukup berpuas hati.

Ini zaman kesultanan melayu melaka.
Bila Sultan Melaka dan Hang Tuah bersatu, Puteri Hang Li Po tidak ketinggalan. Begitu juga pedagang luar yang datang ke Melaka... Suka konsep derang ni, kira bercampur-campur menjadi satu.

Yang part ni ako tak paham sket.
Kalau parasmewara ternampak kancil ketika berehat di bawah pokok melaka, apa plak kena mengena dengan si arnab dan juga kura-kura????

Cuba kowang explain sket???? Motip??!!!

Penjajah-penjajah wanita....


Cenderahati dari Hotel Renaissance..
Sangat comel.
Kalau di negeri sembilan, dipanggil bekas 'paha' .. slalu dibawa ketika kenduri kendara. Tetamu mengisi beras di dalam nya nak kemudian tuan umah akan membalas dengan pulut dan juga rendang.

Tapi klu di melaka, ako tak pasti apa fungsi nya?
Mungkin ini kegunaan kaum baba & nyonya yang terkenal di sana???
Explain pelissssss.............

Manakala kat tempat lain, ako tak tahu ada guna ke tak bekas nih?

Pedagang-pedagang atau penjajah yang pernah berada di Melaka sewaktu waktu dulu..

Nota Jemari: Seronok tengok pelbagai jenis pakaian malam itu..