Followers

Saturday, October 9, 2010

LeVain Boulangerie Patisserie

Makan! Makan!
Lunch semalam (jumaat), segerombolan mak-mak dan anak dara ke satu tempat.
Beralamat di No 7 Jalan Delima off Jalan Imbi..
Camne nak terang kan ek lokasi sebenar..
Kowang kasi google sendiri la ya map ke sana.


Ni pestime makan kat sini.
Nice place ekceli.
Tempat ni berupa ala-ala sebuah banglo. Kemudian dijadikan sebuah restoran makanan italy. Kalau kowang nak makan spageti dan pasta ala-ala itali, boleh la datang ke tempat nih. Tak lupa juga kowang leh pilih pelbagai jenis roti dan pastri yang ada kat situ.

Yang uniknya style restoran ni, klu slalu kowang gi kedai, kowang duduk musti ada pelayan yang amek order kan? Tapi kat restoran ni, ko masuk-masuk je kedai, klu ko nak beli roti or pastri, ko leh pilih dulu roti-roti or klu ko nak order air dan makanan lain, ko terus je beratur kat cashier. Memang memula masuk tu cam pelik arr, sebab ramai nya orang dok berdiri kat depan pintu. Ghope-ghope nya, style kat situ, order n bayar terus kat cashier. So bila ko dah dapat tempat, nanti ada la pelayan akan hantar semua pesanan2 yang kowang dah buat tadi. 

Ako tengok ramai yang amek roti dan pastri maka ako pun ngekot juga la mereka beli roti yang patut.
Tengok pelbagai jenis ada tapi takkan ko nak rasa sumer kan walau dalam hati memang klu bole nak melantak sumer. Tapi agak-agak la kan.....Jangan tamak kang x cukup duit nak bayar. hehehe

Dengar kata yang pemes dan sedap kat situ adalah dia punya pizza. Dan memang setelah merasa ako berani jamin, pizza dia memang sedap!!

Ni roti mashed potato yang ako beli dengan rege RM3.60 seketul. Sedap! Lazat! Marbeles!!
Ako rekomen kat kowang cuba rasa kelembutan dan keenakan roti yang nampak simple ni.

Yang ni apa ntah nama nya.. KLu tak silap ada kacang walnut.
Bole la tapi x menarik anak tekak ako nak menelan nya.
Mungkin kowang suka rasa walnut so bole la mencuba ya.

Chicken Breast in Ciabatta ni plak rege nya RM7.50.. Ako ingat kan tuna tapi rupanya ako terambil ayam. ermmm tak bape nak sedap arr sebab roti nya keras. So klu ko order sup, sesuai la cicah roti ni ngan sup supaya kasi lembut sket.

Yang ni pun ako x tahu apa nama tapi ada turkey ngan telur. Sedap juga!!

Mushroom soup.
Pekat likat perghhh memang terliur.
Rasa sekali musti nak rasa berkali-kali.

Pesto Tuna Pasta - RM9.90
Suka! Suka!
Sangat menepati citarasa dan anak tekak ako.

Ada banyak lagi makanan yang kami order.
Cukup la setakat yang ini sahaja dulu. 
So klu nak tahu lebih, kowang cuba la ke sana dan rasai sendiri OK ;-)

Ako ada tempek kan map...
Harap-harap dapat membantu dalam pencarian kowang.
Selamat jalan-jalan cari makan!

Nota Jemari: Lepas ni tempat mana plak ya?!




View Larger Map


Check map kat sini

4 comments:

cha said...

makan free ke? ke kena bayar ni?

AKO @ retna said...

iskk mana de mende FREE dik oiii... bayar sendiri2 la ye :p

deeya_shouranlee said...

nampak sedap.. mmmmm.. lapar balik.. hahaha

AKO @ retna said...

deeya,
hehe memang sedap pung :p

Annivesary

Daisypath Anniversary tickers