Followers

Friday, October 22, 2010

Melaka, bandaraya bersejarah ..

Selamat datang ke Melaka.

Check out je dari hotel terus kami rancang tuk jenjalan kat bandaraya melaka nih.
Destinasi opkos la kat area bandar hilir sana. Dah situ je tempat utama para pelancong akan 'bertenggek' kan. Satu je yang ako kureng suka kat Melaka ni, jalan nya yang sempit dan one way yang menyusahkan orang nak patah balik dan terpaksa nak buat satu lagi pusingan nak ke satu2 tempat klu terlepas simpang.

Ok dah dapat parking, jom kita mulakan penggambaran satu bandar hilir.
Cari satu tempat parking then ko jalan je kaki. Senang sket, klu nak drive satu tempat ke satu tempat ermm alamat mmg leceh arr. Kan ako dah cakap tadi, jalan kat melaka ni sangat kecik dan ONE WAY!!

Kitorang parking kete kat area Jonker Walk.
Jonker Walk ni ghase nya kawasan perniagaan bagi kaum cina. Coz sumer kedai-kedai sepanjang jalan adalah dipunyai oleh orang-orang cina atau barangkali kaum baba & nyonya.

Muahahah jangan tertipu.. Itu bukan ghope Eye on Malaysia yang sebenar.
Walau Eye on Malaysia yang kat melaka tu sudah takde tapi signboardnya masih utuh berdiri kat tepi jalan. Mesti frust kan klu orang2 yang tak tahu, bila terpandangkan signboard itu tapi hakikatnya signbod hanya sebuah signbod yang dah tak ada guna nya lagi. 

Yang kat belakang tu kincir air yang langsung takde kena mengena ngan signbod itu hehehe..  


Ekceli yang beriya2 sangat nak bergambar kat ketapi ni bukan ako tapi si wan. Tapi bila belek punya belek gambar, sudahnya gambar si wan seketul je kat ketapi ni. Yang banyak gambar adalah kami bertiga. Aikk.... apa sudah jadi?? Muahhaahha oh ya ya sebab ako ghase time tu si wan tgh moody. Motip dia moody, idok le ako tahu sampai la skrg nih!!

Kat atas bukit St Paul. Atau lebih dikenali sebagai erkkk lupaaaaa.. Adus ni la dia klu tak minat pada sejarah. Siyes tiba2 hotak ako blank.... Erkk apa ek nama tempat ni????



Payah sungguh nak amek gambar kami berempat. Sudahnya ako tempek je kamera atas tong sampah depan mata then terus posing ntah pape... alahaaiii. Layan kan ajer la ye.

Aiyo gambar ni ekceli nak pamerkan signbod kat belakang tu ha. Tapi sudahnya si wan ni amek gambar lain plak yang dia fokus. Isskkk............ Jadi la kang cakap lelebih majuks lak dia.. opsss syyyhhhh :p

Then pepetang sket kitorang naik cruise. RM 10 sekepala.
Memula ingat nak naik waktu malam sebab katanya pemandangan malam lagi cantek. Tapi memasing dah kepenatan nak menunggu maka kami naik petang nya ajer la. Pemandangan biasa-biasa aje la ye.

Apa la yang ako khusyuk sangat tu kan????

Penerangan dari driver cruise tu memang bagus la... Setiap tempat, setiap celah, dia siap cerita sumer kejadian yang pernah berlaku kat situ. Sanga-sangat teruja bila mendengar. Takde la rasa boring sangat klu hanya dok dalam bot memerhati je kan.

Ako suka tengok lukisan kat dinding tu.
Itu adalah hasil lukisan budak-budak UitM tentang perjalanan hidup Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Setiap satu dinding akan mempamerkan berlainan gambar yang mempunyai cerita tersendiri.

Yang ni plak rumah kat Kg Mortan. Salah satu tarikan di situ. Dan rumah itu adalah rumah di mana Aishah (yang pernah menjadi pemaisuri kepada almarhum sultan selangor sebelum ni) berkahwin. Mengikut kata budak 'pemandu pelancong', rumah tu dibuka untuk orang ramai. So sesape je bole masuk dan lihat sendiri apa yang ada kat dalam.

Wahai kengkawan IPM, ketahui la kowang Melaka sudah berubah.
Bus stand lama pun sudah takde lagi.
Memula ako memang x pasan ini adalah bus stand lama.
Bila 'pemandu pelancong' tu cakap then baru ako pasan dua bangunan dan simpang tuh.

Bus stand sudah berpindah. Dan sekarang kawasan tu telah berubah menjadi kawasan seakan-akan taman tema permainan. Uishh dasat betul melaka skrg ni ya.

Kowang nampak tu???
Itu adalah kesan sejarah yang masih wujud skrg nih..
Tembok meriam... erkk lebih sesuai dipanggil kubu kan?!

Yang ini plak kincir air.
Masih wujud dan kekal hingga kini.
Belakang nya plak adalah pelabuhan yang pernah menjadi tempat berlabuh kapal-kapal pedagang sewaktu dahulu.

Penat dah berjalan dan bersoping.
Senja bakal berlabuh.
Moh moh balik KL.
Kang kul bape plak nak sampai uma kengkawan oiiii....

Dan ako sudahi dengan gambar tempat ako belajar dulu.
Dahulu dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) tapi sekarang ni dah bertukar nama kepada Kolej Profesional MARA (KPM).

Niat di hati nak menyinggah ke kawasan hostel tapi masa ngak mengijinkan. Mungkin lain kali. Insyallah.

Nota Jemari: IPM telah tenggelam dek berada di sebelah Hotel 5 bintang...

5 comments:

mekchu said...

korang... jelesss nyeee... asyik bejalan aje tau...

Intan said...

Ehhh.. ko budak IPM gak ke? Course apa? Intan pun IPM gak.. tapi IPM KL... ambik matriks jer...

AKO @ retna said...

mekcu,
tu pun kebetulan kan dah ada kat melaka pasal TH je pung ehhehe

intan,
yezzaaa IPM Melaka dan KL..
aikkk KL tahun bila ???

Ako kat melaka 1996 .. tu buat pre-course jer (6 mth)

Then, IPM KL amek LCCI tahun 1997 ...

Intan said...

Ooo... junior la nih... Intan tahun 95-96. Pastu sambung kat IPB. Awak ambik LCCI 97? Mesti senior2 awak masa tu, kengkawan kita... hehehe...

AKO @ retna said...

Intan,
Haaa ye la tu...
saya amek LCCI kat IPM KL ...

senior? hehehe tak bape ngam sangat.. bole2 laa.. itu pun klu yg satu hostel ngan kita jer...

lagi satu batch kita byk geng2 ngan bebudak AIM .. ;-)