Followers

Saturday, October 9, 2010

Teater Tun Mahathir

Salam sayang sumer...
Maaf la ye bila idea takde maka sunyi sepi la blog ni gamaknya.
Ditambah plak, masa dan mood plak hilang ntah ke mana, maka bertambah-tambah sunyi kat sini kan. OK moh ni nak citer sket tentang xtvt di malam hari tempoh hari.

Ekceli plan dari mula ditayangkan memang nak layan tengok teater nih.
Maka, plan la ngan my cousin kasi check tiket yang bersesuaian dengan kemampuan kami. Cari punya cari dan akhirnya berjaya juga mendapatkan tiket pada tarikh 6 Oktober 2010. 


Siapa yang tak kenal Tun Mahathir kan??!
Segala pengorbanan dan kejayaan memang takde tolak banding nya..
Kemajuan Malaysia skrg ni pun adalah hasil titik dan idea beliau yang tak pernah kering.

Semua orang dok sibuk nak bergambar kat sini. KAMI??? Hahha opkos la kami pun tingin gak nak bergambar kat situ. Sibuk bergambar sampai tak baca pun keratan-keratan akhbar atau penerangan tentang gambar dan tempat-tempat tersebut. Mungkin kah latar belakang gambar di dalam itu adalah replika umah Tun sewaktu muda dahulu?? Barangkali mungkin...


Teater ni pada mula agak menarik la juga.
Ye la sebab ia berkisahkan zaman Tun waktu muda-muda dahulu.
Zaman dia mengorat Dr Siti Hasmah. Agak enjoy juga la layan..........
Tapi di pertengahan citer, bila part yang dia memperjuangkan UMNO dan sewaktu dengan nya, ako dah start buhsan sket. hehehe.... sebab bila dah masuk bab-bab politik ni memang lemah sket arr ako nak layan. Seboleh-boleh juga ako tahan dari mengantuk. Overall, ako rasa teater ni ok ok je la. 

Sori la ye ako x reti nak review teater ni sangat.
Kalau kowang nak tahu, gi tengok sendiri je la ya.
Dengar citer teater ni extend tayangan nya sampai 9 Oktober.
Eh hari ni la last kan.. hehehe.... Pada yang sempat , kowang layan je la kan. Pada yang tak berpeluang, mungkin lain kali kowang leh cuba tengok.

Terima kasih pada kowang yang sudi menjadi peneman di malam itu.
Lain kali kita layan teater seterusnya ye...
"LAT, the Kampung Boy.." .. maybe ;-)

Nota Jemari: Dah lama x menulis terasa macam pelik plak nak bercerita kat sini....

No comments: