Memula tak tahu nak plan hape kan waktu lunch, so tetiba kepala hotak ako muncul satu mentol! Apa lagi gigih la kami mencari tempat yang paling dekat dengan opis. Dan hasilnya kami ke The Mall sahaja.
Ekceli siyes ako cakap ini adalah pertama dalam hidup ako buat aktiviti manicure dan pendicure nih. Sebab macam dah lama teringin tapi nak pegi sengsorang macam segan, so mengajak la mereka berdua menemani hajat di hati. Nasib baik la mereka pun macam teruja juga nak buat aktiviti itu.
Aktiviti kami bermula di sini.
Nail & Foot Beauty Salon.
Terletak di tingkat 3, The Mall.
Contact no seperti yang tertera dalam gambar tu ye.
Sabar menanti untuk diasah dan mengasah.
Wah wah bukan main lagi kengkawan ako nih...
Rileks dan santai..
Klu kusi tu adalah kusi urut, konpom lagi bertambah rileks ako rasa.. heheheTapi rasa macam kusi urut la..ermm
Jari jemari ako yang kekeringan..
Ye la ye la ako tahu jari jemari ako adalah kontot-kontot belaka..
Proses membuang kulit-kulit mati di sekeliling kuku jari kaki ku.
Masa dia buang kuku dan kulit mati kat ibu jari yang satu itu, ako rasa nak tendang aje dia. Kisahnya kan ibu jari itu dalam proses pemulihan dari penyakit kuku cagu. Tu sebab klu kowang pasan jari yang satu itu ada inai di jari. Ntah ek, petua dulu-dulu klu kena cagu harus letak inai. Ok la ekceli dah baik cuma masih ada kesan sket-sket kat keliling jari. Macam klu ko tekan terasa mcm saket lebam gitu.
Tambah bila cina tu dok tenyeh kat celah-celah kuku, harus la ako nak menjerit tapi kena la kontrol sket. Saket memang saket tapi masih di tahap bole bertahan lagi.
Giliran jari jemari tangan pulak mendapat belaian dan sentuhan.
Taadaaaa..
Dah siap!
Berkilat-kilat ko jari jemari ako.
I like!
Harga manicure - RM30
Harga pendicure - RM40
Plus ako beli lotion kaki merekah - RM78
Jumlah semua melayakkan ako mendapat kad ahli dan sekaligus melayakkan ako mendapat 10% setiap kali ako mendapatkan rawatan di situ. Harus setiap bulan aktiviti ako akan dipenuhi dengan sesi kilat mengilat kuku nih.
Nota Jemari: sekali sekala bermanja-manja
4 Comments
Psstt... Ni blog aku ke blog ko??? Apsal muka aku lak terlebih enterprem ni?? Hehehe
ReplyDeleteTp best weii, sayang nak pakai tangan ari ni. Wakakaka.
weii sah2 ako yg byk amek gmbr kowang hhhaa harus la muka kowang je kan..
ReplyDeleteaha sayang nk guna jari jemari kan haahha
huaa syoknya. boleh buang serbuk kunyit di celah kuku ;)
ReplyDeletebestkan....aku pun suka.. :)
ReplyDeletetp mahal le tu..tmpt aku cuma rm55 aje...set jugak..
btw kursi tu kursi urut,sama tmpt aku, cuma ada caj la klu ko nk gunakannya.. :) nape ko x tanya tuan punya kedai tu...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com