Plan nak mengenakan makcik pepel.
Pakat la dengan si shai dan beep-beep.
Punya la susah juga nak buat satu rancangan nak kenakan makcik nih.

Awak,
Klu awak pasan beberapa kali saya kuar pinjam kete awak.

First, saya cakap nak kuar dengan naz malam sebelum kenduri. Konon nya nak jumpa kawan saya padahal kami ke jusco mencari sesuatu.

Second, saya pinjam lagi kete awak siang sebelum majlis bermula.
Kami ke jusco lagi. Hajat nak beli kek besar tapi sebab dah ada byk kek kat umah maka kami just beli 2 ketul kek kecik saja. Cukup sebagai syarat ..Tambah lagi si Linda mahu mencari sesuatu untuk awak di saat-saat akhir.

Kemudian, lewat petang ketika tetamu sudah berkurang sedikit, saya pinjam lagi kete awak. Arah tujuan masih ke jusco lagi. Kali ni bro ross pula mahu membeli sesuatu. Adus macam-macam bende nak beli dan sediakan bagi nak jayakan 'party surprise' utk awak.

Bila sumer dah ready, bila sumer tetamu sudah pulang, bila sumer sudah dikemas, maka memasing mula lah memainkan peranan masing-masing.

Plan yg pada mulanya mahu mengenakan makcik pepel di depan pintu bilik akhirnya terpaksa diubah gara-gara tetiba makcik pepel nak tido kat luar bersama anak bujang nya... PAP!! Memasing tepuk dahi dan menjeling-jeling antara satu sama lain. Tak pasal-pasal segala perancangan terpaksa jadi lain.

Kami terpaksa curi-curi berkumpul kat satu bilik.

Akhirnya masa yang dinanti-nantikan.. jeng jeng......
Berdebar-debar .. takut plak tak menjadi, ye la kata plan sudah bertukar kan.
Walau macam mana pun, kami sumer tetap bersemangat nak mengenakan makcik pepel!!

Are u ready guys????

Satu, dua, tiga..... kuar je dari bilik sorang demi sorang, tiba-tiba.....

SURPRISE!!!!!!
Opocot tak sempat ok orang yang belakang nak menjerit sebab nya belum sampai tempat yang nak dituju, alih-alih makcik pepel memunculkan diri.. Mahu tak terkejut orang yang depan sekali.. hahahaha... 

Walau dedua terkejut tapi akhirnya berjaya juga kami kenekan makcik pepel itu.. Yeehaaaaaaa!!!!!

Thanks kat kowang sumer yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan kisah surprise buat dia. Betul la kan, klu lagi ramai konpom lagi riuh dan kecoh dibuatnya kan.. hahah.. Tunggu tahun depan adegan lain plak yang kami rancang.. haahha erkk ada ker? :p 

Walau simple tapi kita tetap enjoy kan ;-)

Dan akhir sekali..... harap makcik pepel suka la pada hadiah-hadiah daripada kami sumer. Sekali lagi buat awak, SELAMAT HARI JADI!!

Nota Jemari: .. berhati-hati...