Satu pagi ako terdengar kat Hot.FM pasal vaksin HPV.
Kowang tahu ke apa itu vaksin HPV??
Dengar-dengar kementerian kesihatan sekarang tengah bagi FREE suntikan vaksin nih. HPV ni adalah vaksin mencegah dari terkena kanser serviks. Vaksin ini diberikan kepada golongan remaja perempuan yang berusia 13 tahun ke atas. So pada kowang yang ada anak-anak pompuan remaja, cepat-cepat lah bagi derang suntikan pencegahan ni ya. Klu tak silap, ako dengar tadi, kementerian akan mengadakan program suntikan ni kat skolah-skolah. Tapi mana tahu klu skolah anak-anak kowang tak termasuk dalam list, jangan risau, rasa nya bole dapatkan kat klinik-klinik atau pusat kesihatan yang terpilih.
Mencegah lebih baik dari merawat kan?!
Meh baca artikel nih... Dah lama ghope nya tapi baru tadi ako terdengar pasal info ni. Hope masih belum terlambat untuk kowang mencegah k ;)
BARU-BARU ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai tahun depan, seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian virus papilloma manusia (HPV) bagi mencegah penularan kanser serviks.
Pemberian vaksin berkenaan adalah di bawah Program Pelalian HPV yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini dan melibatkan kos RM150 juta setahun.
Suntikan vaksin itu akan memberi kesan yang lebih baik bagi mencegah kanser serviks terhadap golongan remaja berbanding dewasa khususnya mereka yang berumur melebihi 40 tahun.
Pemberian suntikan dirasakan perlu kerana kanser serviks merupakan kanser kedua yang kerap berlaku di kalangan wanita di negara ini selepas kanser payu dara.
Kira-kira 80 peratus kes kanser serviks didiagnosis di negara-negara membangun dan risiko mendapat kanser ini di kalangan wanita Malaysia ialah 19.7 per 100,000 penduduk. Ia adalah tinggi berbanding dengan lain-lain negara ASEAN.
Sehubungan itu, vaksin HPV adalah antara peluang terbaik bagi menentang penyakit kanser di peringkat awal selain daripada pemeriksaan pap smear.
Sebanyak tiga dos HPV perlu diambil. Dos kedua akan diberi selepas sebulan atau dua bulan dos pertama diberikan manakala dos ketiga akan diberikan selepas enam bulan tarikh dos pertama.
Vaksin ini akan hanya perlu diambil sekali dalam seumur hidup. Keberkesanannya dalam mencegah penularan kanser serviks jenis 16 dan 18 adalah sehingga 98 peratus.
Perunding Pakar Onkologi, Obstetrik dan Ginekologi dan juga Ahli Lembaga Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik (FIGO), Datuk Dr. Abd. Aziz Yahya, berkata, di Malaysia, separuh kes baru kanser serviks meninggal dunia hanya semasa peperiksaan pertama.
''Ini kerana kebanyakan pesakit ini hanya datang melakukan pemeriksaan setelah berada di tahap empat. Manakala peringkat umur yang kerap memperoleh kanser ini ialah antara 40 tahun hingga 49 tahun dan 50 tahun hingga 59 tahun.
''Mereka ini selalunya terdiri daripada ibu yang mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah yang sangat memerlukan kasih sayang dan penjagaan daripada seorang bernama ibu. Jadi sekiranya ibu mendapat kanser serviks, maka perpisahan bakal berlaku.
''Oleh itu, kita harus memastikan golongan ini tidak mendapat kanser serviks kerana ramai yang akan merasai kehilangannya. Selain itu, wanita perlu bersikap proaktif dalam usaha mengambil langkah untuk melindungi diri mereka daripada penyakit ini,'' katanya ketika menyampaikan kertas kerja mengenai Kanser Pangkal Rahim dan Vaksin HPV di Malaysia, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ujar Dr. Abd. Aziz, pencegahan kanser serviks boleh dilakukan sama ada menerusi suntikan vaksin atau ujian pap smear secara berkala. Suntikan vaksin adalah senjata yang boleh membantu sistem imun mengenali dan memusnahkan virus sebelum bertapaknya sesuatu jangkitan.
''Suntikan vaksin dianggap sebagai kaedah pencegahan utama manakala pap smear pula adalah tahap pencegahan sekunder. Jadi, ia adalah satu kombinasi pencegahan yang amat penting.
''Namun begitu, hanya 30 peratus wanita di negara ini yang menjalani pemeriksaan ini. Ini kerana ramai yang masih tidak mendapat informasi mengenai pemeriksaan yang mampu mengesan kanser pada peringkat awal.
''Di Amerika Syarikat, setiap wanita diwajibkan menjalani pap smear setiap tahun manakala di United Kingdom setiap tiga tahun. Oleh itu di Malaysia bagi wanita yang berisiko seperti perokok, telah mengandung sebanyak lima kali dan mempunyai banyak pasangan, dinasihatkan menjalani pemeriksaan setahun sekali manakala yang lain tiga tahun sekali.
''Dengan cadangan kerajaan untuk memberi suntikan vaksin HPV secara percuma itu, adalah cadangan yang terbaik bagi mencegah kanser dari seawal usia remaja dan sebelum berkahwin.
''Bahkan, kajian perintis program vaksin HPV yang dilakukan ke atas 10,000 wanita di Amerika Syarikat pada tahun 2000 menunjukkan bahawa tiada seorang pun daripada mereka mendapat kanser. Oleh itu, kesan vaksin HPV bagi mencegah penularan kanser serviks adalah yang terbaik. Di samping tiada kesan sampingan selepas pengambilan vaksin HPV,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid berkata, kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 menganggarkan kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk merawat pesakit kanser serviks di seluruh negara ialah RM389.8 juta setahun.
''Dianggarkan setahun sebanyak 4,969 kes kanser pangkal serviks dan lama di negara dan setiap seorang memerlukan RM78,642,226 untuk rawatan.
''Tanpa program suntikan ini, dianggarkan 1,215 daripada 260,000 kes kanser mengalami kanser serviks. Tetapi dengan adanya program ini, maka 838 kes kanser serviks boleh dielakkan.
''Lebih memeranjatkan dengan adanya program vaksin ini, perbelanjaan rawatan boleh dikurangkan sebanyak RM17,774,239 setahun iaitu 68.7 peratus penjimatan.
''Oleh itu, vaksin HPV adalah inisiatif yang positif kerana pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan,'' katanya.
Sumber : Utusan Malaysia Online (Khamis, 26 Nov 2009)
Nota Jemari: Kanser ... ermm
Terima Kasih Aunty Ezna
8 hours ago
2 Comments
3 bulan lepas ada attend taklimat kanser serviks kat opis.. lepas dgr taklimat & tgk gmbr2 perghhh ngeri sgt.. tp kalo nak amek suntikan tu kat hosp doktor tu kena byr Rm180 utk 3 suntikan.. tempoh suntikan sama mcm dlm artikel tu.. kekonon nak tya hasben, tp smpai skang tak wat apa2 pon.. untung budak2 skang ni kan.. time kita dulu rubella je..
ReplyDeletemekcu,
ReplyDeletetu laaaa budak2 skrg free je kan ..
erkk tu laa kita dulu pun rubella tak amek gara2 mak x bagi.. abesh camno tu ek? gurlpp
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com