Followers

Monday, November 8, 2010

Perjalanan TAK dirancang

Happy Deepavali .. vanekam!
Coti weii........ Siapa yang tak suka hari coti kan?! Klu bole hari-hari nak bercoti jer. Memandangkan coti wiken lepas dari Jumaat hingga Ahad, awal2 dah terbayang keBUHSANan melepak kat umah je, maka dengan tak semena-mena ako hangkut adik ipar ako ke JB.

Bila urusan dengan maybank2u selesai lebih kurang jam 10 pagi, mula la kepala hotak dok cari jalan pengangkutan apakah yang perlu kami naiki di saat-saat akhir itu?! Sementara menantikan adik pulang dari solat jumaat dan sambel menantikan dia pulang dari mengambil keretanya di workshop, jam sudah menunjukkan jam 3.30 petang. Alang-alang dalam kepala hotak dok pikir, klu naik bas sampai JB konpom sudah jam 10 atau 11 malam. Lantas terpikir mahu terbang sahaja menaiki airasia. Ke Giant Batu Caves la sekejap atas urusan pembelian tiket. Tapi dalam hati dah rasa memang tak boleh beli dah on da spot sbb last minit kan, namun tetap juga nak bertanya-tanya kat kaunter airasia di situ. Dan jawapan yang amat pasti memang tak boleh dah. Cecepat kami vrroomm untuk ke LCCT, slalunya beli on da spot ni better kat kaunter airport terus.

Dalam perjalanan ke LCCT, berSMS dengan si diella.Tiba-tiba secara tak sengaja dia pun nak ke JB juga. *MENTOL menyala!* Sudah nya kami ke JB dengan menumpang kasih kereta diella sahaja. Pheww jimat jugak duit!
Kami bertolak dari KL selepas waktu maghrib, lebih kurang jam 7.30 malam. Lebih kurang selepas 2 jam perjalanan, kami rasakan sesuatu yang kurang enak. Lantas memberhentikan kereta di Hentian rehat Ayer Keroh, Melaka. Sah memang ada yang tak kena. Temperature kereta si diela sudah naik mencanak kepanasan. Gurlppp!! Ok ok sabar... sumer bertenang. Dah terpaksa kami melepak kat situ lebih kurang dalam 45 minit bagi nak sejukkan balik temperature itu.

Di hentian pertama...
Diela berusaha menyejukkan kereta kesayangannya. Bersilih ganti kereta di kiri kanan tapi sorang pun buat tak tahu jer.. Tiba-tiba sorang pakcik tegur dan terus memberikan 'ceramah' tanpa diminta. Hahaha... iya kan saja la apa yang pakcik tu cakap. Walau malas nak dengar tapi sikit-sikit info yang kluar dari mulut orang tua memang ada guna nya gak. Pape pun terima kasih la juga kat pakcik tu sebab berikan 'sedikit' pertolongan walau sekadar harga 'air liur' jer. Jadi laaaa......................

Jam 10.30 malam kami meneruskan perjalanan. Alang-alang dah hampir separuh jalan, so takkan ko nak patah balik kan. Ok kami sumer tawakal sahaja!! pheww gigil....

Lebih kurang sejam kemudian kami rasakan perlu berhenti lagi sekali. Hentian kedua kami adalah di hentian rehat yong peng. Wah sudah hampir 3/4 perjalanan, harus kena teruskan juga sampai ke titik2 penghabisan.

Masa kat hentian ada 2 bua kereta juga yang mengalami masalah. Satu disebabkan tayar pancit dan satu lagi disebabkan temperature tinggi. Dan ako x pasti dari mana datangnya dua orang cina yang membantu dalam pengurusan kedua-dua kereta tadi. Rasanya cina-cina itu seorang mekanik.

Kami melepak kat sini kejap ja pun. Lebih kurang 20 minit sahaja.
Tawakal lagi... diella memandu dengan kelajuan 80km/j. Dan alhamdulilah dengan kelajuan tersebut di lebuhraya, kami telah selamat tiba di johor bahru lebih kurang jam 1 pagi.



Sampai di Bukit Indah, ako kelaparan. Mengajak la mereka sumer yang ada untuk bersarapan di awal pagi. Tengkiu sumer sebab menjadikan ujung minggu ako sangat-sangat happening!!

Thanks to diela, tanpa sms ko belum tentu ako sampai ke JB aritu juga...

Nota Jemari: slalu last minit PASTI menjadi!

4 comments:

Sis-Lin said...

Terima kssih juga bt ko..
mmg betul, selalu rancang last minit mesti menjadi kan.. :)

takde plk gambo pok cik tu yek..hehehehe

AKO @ retna said...

oo gambo pakcik tu tak koser ako nak ngambik nya hahaha....

Kasawari said...

lor.. keter diela rosak rupanya.. tu radiator tu.. perghh risiko korang amik tu..

AKO @ retna said...

aha radiator dia bocor rsnyaa... tp minah tu selamba berani weii hahaha.......