, ,

Piknik @ Ulu Yam

Nak pegi ke tak??
Memasing macam xde kata putus..
Sorang ada hal..
Sorang x sihat..
Sorang cam malas... bla bla...
Dan pagi sabtu tu juga baru keputusan dibuat.
Last minit!!!

Slalunya klu nak gi kelah ni better la awal2 pagi kan.
Tapi kami ni lewat petang baru la terhegeh-hegeh nak kuar umah.
Ok la janji menjadi juga plan yang satu ni.
Klu tak jadi, ermm alamatnya memang sorang-sorang kena BOM arr dari ako!!!

Tetiba nak kasi surprise..
Jenuh membeli segala peralatan yang diperlukan di Giant Batu Caves.
Sementara menantikan si cilik muncul, meniup la beberapa biji belon di dalam kereta. Sambel menahan bau aura KFC, kembang kempis la lobang idong. Nak kuarkan gas masuk dalam belon, nak menghidu bau KFC menusuk lobang idong... ermm sabar sabar.

Tepat jam 2:30 petang mereka muncul dan kami terus shoot ke Ulu Yam.

Kami ke sini.....
Bukan tempat air terjun laa sekadar air sungai menjadi tempat persinggahan...

Mendung???
Ya memang mendung tapi kami gigih juga meneruskan perjalanan ke tempat itu.
Memasing dah x kisah, ujan x ujan belakang citer. Janji selamat sampai kat lokasi kejadian.

Alhamdulilah, selamat tiba.
Cari port yang sesuai..dan terus kami kuarkan kek dan nyanyi lagu hepi besday!
Sangat blur-blur besday gal melihatkan belon dan kek di situ.

Sebelum kebasahan, kita gambar dulu dengan besday gal.
Lagi ramai tentu lagi meriah kan.. sambel jeling-jeling kat ibu budak-budak ni.

Mandi time!
Ako?? Nak basah??? hahhhaa takde makna OK!!
Setakat nak main-main air bole laa.. klu nak soh ako terjun kebasahan, minta maaf la ya. I x minat OK *wink*

Sekadar nak teman kan derang basah bole laa...
Baik ako melantak isi perut yang kosong sejak dari pagi.
Sedap, macam-macam ada!
Rugi la pada sape yang tak datang.. *bluwekk...*

Hujan!!!
Terus kami berpindah ke dalam pondok.
Jam 5:30 petang kami berangkat pulang.
Sempat lah singgah di teratak kak sahrah sehingga la maghrib menjelang baru memasing pulang ke teratak masing-masing.

Pape pun, selamat hari jadi buat putri aina farhana...
Moga jadi anak yang solehah......

Nota Jemari: .. lepas ni???
Share:

3 comments:

  1. putri aina ni saper kakRet?
    tak sejuk ke kat sungai time hujan.
    terasa gigilnyaaa...

    ReplyDelete
  2. best kan kalau plan last minute cenggini menjadik.. sapa yang mula malas tu sure rasa glad sebab tak ikut rasa malas.. akak selalu camtu, mula masa plan excited, bila tibe harinya, malas cam nak mamps, bila digagahkan jugak pergi, waaaa, best, rugi tak pergi.. apa pun, enjoy tengok gambar2 retna piknik..

    ReplyDelete
  3. air sungai konpom la sejuk dik... x kira panas ke ujan..

    Mama putri oo mama putri sila jawab soklan ch@, siapa putri aina? hehehe

    kak aanas,
    yup kdg2 sonok gak last minit plan tp kdg2 x besh gak hahah depends la xtvt apa yg nk dibuat last minit tu ;-)

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.