Followers

Monday, November 1, 2010

Si Gadis

Menjadi gadis itu memenatkan

Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat yg amat2 membebankan
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan


Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan menangis akan dimaki,
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas


Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup


Lalu aku membalas Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza Minda tak akan sama

Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Si gadis soal “bagaimana lagi?”

Lalu aku berkata Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna Pada manusia

Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia
Dengar sini,sabarkan nalurimu
Simpankan air jiwa kamu hanya pada dia itu


Lalu aku berkata Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna Pada manusia

Perlu tabah,Perlu gagah,Usah resah,Usah goyah,Perlu bangkit
Ayuh gadis,Berhentilah kau menangis.



Lirik: Wani Ardy Puisi: Fynn Jamal Melodi: Ana Raffali
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Ekceli ako tak tahu sama ada ini sebuah lagu, puisi atau sekadar coretan.......
Bila kena tag sesuatu yang berkaitan, ermm tak salah berkongsi dengan sumer..
Enjoyyy!!
 
Nota Jemari: Belum berkesempatan mahu dengar yang ada muzik, baru menghayati lirik sahaja..

6 comments:

Azuan said...

lagu kot..ana raffali tu kan penyanyi..hoho

AKO @ retna said...

maybe la kan.. ;-)

cha said...

menjadi emak anak satu ni pun rimas kakRet, masih lagi di siul² orang, rasa nak bawak tag i'm married :(

AKO @ retna said...

bkn masalah kawen ke x kawen...
orang laki ni skrg pandang bentuk badan... Klu nampak pompuan tu cantek, kurus dan menawan bg derang, mula la 'buka langkah'.. bukan derang kira bini org ker, tunang org ker...

Klu,
single tapi badan mcm 'tong', ermm ada derang nak siul2 kan?

Sis-Lin said...

oo lagu ek? ermmm x prnh dengar plk..ermmm

AKO @ retna said...

tu la ako pun x pernah dgr... pasni harus kena cari nih...