,

Babysitter

Camne nak jadi baby sitter eh?
Susah tak?
Nak kena buat preparation tak?
Bagi komen sket..

Kisahnya camni.
Nanti insyallah bulan 3 nanti adik ako, ala MAMA si ABIN tu nak bersalin.
So, sementara dia beranak kat spital sok, takde sape nak jaga ABIN.
Maka, dimintanya la ako jadi babysitter kat ABIN dalam 3 hari gitu.

Ye la kan, mertua nya dah tak sihat.
Nanti apak si ABIN senang la sket nak berulang-alik ke spital menjenguk bini dan baby baru tu. Nak hangkut si ABIN sekali macam leceh la sket. Sebab tu la ako ditugaskan tuk jadi babysitter sementara waktu.

Ermm... so agak-agak kowang, apa yang ako perlu buat tuk jadi baby sitter yang TERbaik buat budak umur 3 tahun??? Ako kena pastikan dia tak melalak bila tengok mak dan apak dia takde kat sisi selama 3 hari tu. aiyooo..fengsan!!

Nak kena bawa jalan-jalan kah?
Nak layan dia tengok tibi kah?
Nak main kah?

Yang jadi berdebar-debar ni sebab erkk.. camne nak bagi dia makan????
Kena masak ker untuk dia??? Gurlppp??!!!
Kalau takat anak tekak ako je memang konpom senang la kan.

Nak kena menuntut ngan bibik-bibik yang dah terror ni.. hahaha anyone nak pinjam kan bibik tuk ako tak?

Sape ABIN? Kang ada plak tertanya-tanya sapekah gerangan budak 3 tahun bernama ABIN tu.

Ha ni la ABIN, satu-satu nya anak buah ako buat masa ni.

Nota Jemari: takat nak main ngan tidokan dia senang, tapi bila dia dah start melalak, adehh feningg!!
Share:

6 comments:

  1. pertama sekali, sila wat research ttg ABIN. apa yg dia ske, apa yg bole wat dia meraung. mintak tips ngn mak abin. jgn mntak tips ngn bibik2 lain. bibik2 lain x kenal abin. ngeee~
    3 ta0n? alaaaaa... senang aje ni. hehehe

    akuFARA

    ReplyDelete
  2. baru nak minta tips ngan ko.. hahhaa
    erkk sempat ke mama abin nak bagi tips.. dia lagi tgh sibuk pikir saket nak beghanak :p

    ooo3 taon senang ek.. *garu dagu*

    ReplyDelete
  3. umur dia baper Retna?
    senang je jaga budak
    make sure makan minum dia ok
    pastu biarlah dia nak main ape yang dia suka...

    ReplyDelete
  4. umur dia 3 taun, rsnya part tu cam ok sket ar leh handle cuma part bila dia start nangis cari mak bapak dia xde, ha part ni yg lomah sket tenaga batin ako.. hehe

    ReplyDelete
  5. tak lain tak bukan...

    kena bagi/cari something yang sememangnya buat dia leka lagi ralit tanpa hirau perkara lain. Macam game bdk kecik ke?

    KArtun yang memeng kompem TV dia nak kongker sorang2..

    Err..jenjalan dekat taman mainan. Lepas tuh g makan fast food.

    Dia kaki begambar kot (bdk2 biasa la kan?). Layan aje dia bgambo..

    Buat aktiviti slow2 bagi masa habis cepat..hehehehe


    (saya agak jek)

    ReplyDelete
  6. azira,
    hehhehe ha ghase nya sumer yg disebut boleh dibuat kot...

    just wish me luck je k ;-)

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.