Yeehaaaa!!

Last minit tetiba tingin nak join kakak ako pegi Universal Studio Singapore. Dia?? opkos arr awal-awal lagi dah plan nak ke sana. Dari matta fair last year lagi dia dah plan ngan kengkawan nak masuk Singapore. Sebab dah alang-alang dia nak pegi, so ako saja arr nak ngekor juga.

Sampai Singapore, ujan!
Aiyaakkkk..............
Memang tak leh jenjalan memana sangat arr..
Tapi klu dah nama pun pegi holiday, ujan ke panas ke tatap nak teruskan juga xtvt yang dirancang, betul tak?!

Awal pagi dah sampai vivo city.
Konon katanya takut berebut-rebut nak masuk ke USS.
Erm... pagi tu ujan lagi. Lebat! So kena la beli payung.
Takmoh naik tren nak ke USS sebab dah pernah try dulu.
Kebetulan 'boardwalk' dah dibuka untuk laluan orang ramai, maka kami menyeberang berjalan kaki sahaja la. 

Boardwalk ni salah satu laluan alternatif la nak ke Sentosa. Klu kowang rasa nak nikmati pemandangan sambel berjalan kaki, boleh la ikut boardwalk ni yek. Tapi klu kowang malas, bole la naik cable car atau tren mrt je.

Boardwalk ni siap ada esclator gitu. Bagus so takde la penat mana pun nak kena jalan. Ala macam kat airport  gitu.

Konpom klu kowang gi sini musti wajib amek gambar kat depan globe tu kan. 

Meh nak citer sket apa yang ada kat dalam Universal Studio ni.
Ada 7 bahagian yang kowang kena jelajah.

1. Hollywood
2. New York
3. Sci-Fi-City
4. Ancient Egypt
5. The Lost World
6. Far Far Away
7. Madagascar

Ada 3 jenis roller coaster yang boleh main.

Satu kat area 'Far Far Away'. Roller coaster ni tak takut sangat coz dia kecik je. Still leh menten senyum lagi klu kowang naik. Tak takut sangat pun. Masa kitorang pegi kan tengah ujan, derang still ON jalan tau roller coaster yang satu ni. Kira nasib la memang kebasahan la kan sebab main dalam ujan.

Satu lagi roller coaster paling besar adalah kat area 'Sci-Fi-City'.
Nampak tu kat belakang tu. Nama dia 'Battlestar Galactica'.
Belum beroperasi lagi. Masih dalam proses testing.
Masa gi sana, dia tengah test, ada dua tau!
Nampak tak rel kaler merah dan biru???
Ha dia akan jalan serentak kat dedua rel tu. Pergh dasat weiiii!!!
Yang ni memang konpom kowang terjerit-jerit punya la.
Sebab dia jenis terbalik-balik kepala ke bawah.

Klu ada peluang pegi lagi, kena make sure game yang satu ni sudah beroperasi.

Roller coaster yang akhir ni kira in-door punya la.
So far ini yang paling best!!
Memula ako ingat naik tren biasa je tengok pemandangan kat egypt tapi bila dah naik, gurlppp... siyes memang terkejut la. Da bomb ok! Ako siap ulang 2 kali naik mende alah ni. Nak naik ni tak boleh bawa beg or barang2 lain. Jangan risau, kowang leh simpan kat locker yang disediakan betul2 kat sebelah entrance. Free untuk 30 minit pertama. Lepas 30 minit, kena charge la ye.

Roller coaster ni best sebab ko takkan nampak apa yang akan berlaku kat hadapan. Kira suspen la gitu sebab dalam tu gelap!!! Dan ada yang tetiba dia gerak mengundur ke belakang dan ke bawah. Perghhh gugur jantung aii sekejap. Ako naik ni memang konpom terjerit-jerit. KLu berpeluang, kowang kena cuba tau game ni!!

Nampak tak castle kat belakang tu?
Yang tu tempat kita tengok 4-D Shrek Adventure.
Besar dan luas teater 4D derang. Klu tak silap boleh sumbat dalam 200++ orang. So jangan risau klu kowang kena beratur pepanjang pun kat situ, still leh masuk ramai-ramai. Kowang pernah tengok show4D tak? Oo sila jangan samakan 4D yang dekat genting ye. Memang jauh sesangat bezanya. Erkk tak reti nak explain, kowang try je la ye. Laayaannn.... tapi pompuan mengandung, ada saket-saket belakang, darah tinggi ke tak dibenarkan tengok show 4D.

Lepas kowang layan shrek, kuar je nanti sila pegi ke sebelah kiri plak ye. Kat situ kowang leh layan Donkey Live Show. Kira macam kowang berinteraksi dengan donkey secara LIVE!! Sempoi giler... 

Pernah tengok filem 'waterworld' lakonan kevin coastner ..*eh betul tak ek?*
Ha kat sini derang buat lokasi sebiji macam dalam filem tu.
Yang lawan-lawan atas air tu.
Boleh tengok ramai-ramai sebab memang luas tempat duduk nya.

Klu kowang pernah tengok filem ni musti dapat bayangan la ye aksi-aksi yang distuntkan balik.

Masuk area Jurassic park, kita main game gayat dan air!
Camne tu? Ha meh ako tunjuk kat kowang.

Klu tak silap nama game ni 'Canopy Flyer'.. Sorry klu silap info.
Macam kira roller coaster juga la ni cuma ko kena duduk depan belakang, pastu just pakai seat belt kat pinggang jer, then kaki tergantung pastu dia gerak. 

Sesape yang gayat memang ngeri la naik mende alah ni.
Sebab ako yang tak gayat pun leh jadi gayat weii!!
Dia takde belt kat dada ko, hanya kat pinggang je.
Pastu kita kat atas tu rasa macam nak melayang tapi siyes memang sonok la juga ehehe.

Rapid Adventure plak , ermm memang 'adventure'!
Memula cam berlagak tau takmoh pakai pape 'pelindung' kat badan.
Game ni naik bot bulat macam kat sunway lagoon tu.
So klu dah naik bot konpom la game dalam air kan.

Pastu kan bila dah naik, ermmm padan muka ako!
Basah lencun!!!
Owang lain siap pakai baju ujan. Ako? hahahaha bagus arr tu kan. Kena plak air tu menyimbah betul-betul atas kepala ako!! huwaaaaaa tension weii, owang lain kering, ako basah kuyup. Dah tak pasal-pasal kena beli sipar plak kat dalam tu sebab kasut dah penuh dengan air.

Kowang patut cuba!!! Memula memang takde pape, klilmaks adalah dipenghujung game tu. Eeeee geram aje tau!!

Klu nak tengok camne pengarah 'steven spielberg' buat sound effect kat kebanyakkan filem dia, kowang wajib masuk kat belakang tu tau! Lights, Camera, Action™: Hosted By Steven Spielberg. Tapi klu kowang allergic dengan cahaya dan bunyi, sila jangan masuk ok! Dan sila pastikan kowang tak berdiri di barisan hadapan tapi klu dah termasuk baris depan, sila berdiri jauh dengan air ye. Silap haribulan kebasahan lagi dibuatnya!

Pegi time tak ramai orang memang berbaloi-baloi arr, siap boleh buat beberapa round tuk main games kat situ. Kedai makan pun banyak ada kat sana. Tapi sila pastikan tanda HALAL kat depan pintu kedai tu dulu k ;-) 

Ako listkan beberapa restoran HALAL kat dalam USS tu ye.

1. Mel's Drive-In Cafe - fastfood
2. Celebrity Cafe & Bakery
3. Marty's Casa Del Wild
4. Goldilocks
5. Friar's n Oasis Spice Cafe

Jom layan beberapa keping lagi gambar ako bersama karaktor-karaktor kat sana.

Ni dari filem 'happy feet' la kan :-)

Watak dari filem 'madagascar'

Ini dari filem apa ek??? Sape tau?

Marilyn Monroe

Eeeee geram, 'antu' ni penyek kepala ako. Dah la tangan dia beso nak mamposs!!

Shrek & Fiona

Charlie Chaplin..
Kowang pernah layan citer ni tak?

Kungfu Panda..

erkk ini apa ek???

Anyone know????

Woodie Woodpekcker ada peminat cilik, siap tarik skirt tu... heheh

Dan akhir sekali, dapat juga shopping walau tak banyak!

Nota Jemari: PUAS! tapi tatap nak pegi lagi....