Jumaat...

Ala lama dah citer ni, before chinese new year lagi, macam biasa lunch aje kitorang akan jalan-jalan cari makan. Kali ni sumer sepakat nak makan kat Garden area the curve. Kowang pernah dengar tak kedai yang ala-ala garden gitu. Rasanya klu melepak waktu malam musti cantek tapi since kitorang makan waktu tengahari, so suasana tu takde la meriah sangat.

Pegi pun ari jumaat, lunch hour plak tu so konpom la tak ramai sangat owang.
Selain park kat the curve itself, kowang leh park kat area cineleisure yang terletak bersebelahan je ngan the curve tu. Tak yah risau pasal parking k, sbb ako tahu area sana nak park memang susah sket especially time peak hour.

Klu kowang park kat cineleisure, kuar je dari pintu utama, terus kowang dah leh nampak restoran garden ni. Betul-betul kat hadapan air pancut, pemisah antara cineleisure dan the curve. Senang kan nak cari. ;-)

Kitorang melepak kat bahagian luar, konon nak feel ala-ala dalam taman gitu.
Ok, jom kita tengok menu pilihan kami minggu itu .. ;-)

Ekceli, kitorang amek set lunch.
Dalam menu set tu ada sup, buah, main course plus air (ice lemon tea/hot water).
Mushroom soup pilihan chef tu harganya RM10.90.
Kengkawan ako cakap sedap so ako pun cakap sedap juga la ye!

Grilled Bar....undi (aiyakkk forgot the full name of this dish) - RM18.90
Sedapppppppp sesangat.
Ikan tu sangat sangat sangat fresh, lembut dan melazatkan.
Tapi ada sket oily la but still marbeles ;-)

Spaghetti Marinara - RM18.90
Mengikut tuan yang makan, spageti ada sket tawar gitu.
Mungkin chef terlupa nak letak garam or erkk memang dia saja soh makan makanan yang tawar?!! Ermm so far, yang ni not recommended by US.

Spaghetti Carbonara - RM18.90
Sedappppppppp!
Lazat!
Lemak berkrim!
Ako yang kureng carbonara ni tapi bila makan yang ini perghh memang terus jatuh cinta! Tapi ako rasa kat situ je kot carbonara yang ako leh telan. Kat tempat lain cam kureng sket sebab ke'muak'an nya macam terlebih2 plak.

Chicken paprik - RM15.90
Nampak cam biasa je kan tapi sedap tau kuah paprik tu. Perghh memang pekat n sesuai ngan anak tekak ako.

Overall so far la, makanan kat situ memang superb!!
Dan servis pun so far memang cepat laaa.
Nanti nak try melepak memalam plak kat situ.

Last, tertarik dengan makna bunga untuk bulan JUN...
Patut ke ako dapat bunga rose yang 'busuk' tu???
ermmm..... "pssttt awak nak bagi saya bunga tak??"

Nota Jemari: Ceklat takde makna ke ek???