,

BEBUDAK "MELAYU" SEKARANG


BEBUDAK MELAYU SEKARANG
Bebudak Sekolah Melayu Sekarang,
Melangkah Ke Sekolah Tangan Berpegang
Bukan Tangan Ibu Ayah Tapi Kekasih Hati "Sekarang"
Dalam Kelas Cikgu Mengajar Kepala Melayang-Layang
Plan Masa Weekend Nak Pergi Clubbing Atau Tengok Wayang
Nak Keluar Dengan Kekawan Atau Hanya Dengan "Abang"
Orang Tengok Wayang Dia Bantai Buat Wayang
"Abang" Boh Dalam YouTube Adegan Kena "Tunggang"
Masa Tu Dik......Tak Payah La Nak Tercengang...
Atau Sesaja Dok Atas Motor Sambil Tunjuk Garang
Pecut, Lipat, Corner, Weely, Weekang Atau Superman Terbang
Last Sekali Dok Sesakkan Katil Hospital Atau Tanah Kubur Kat Jalan Ampang.

Bebudak IPT Melayu
Berlagak Tak Tentu Arah Walhal Baru Semester Satu
Mak Bapak Bagi Duit Suruh Beli Buku
Dia Bantai Beli Seluar Ketat Dan Juga Baju
Maklumlah Dah Jadi Budak "U"
Fesyen Kena Up-dated Kalau Tak Kena Booo....
Dapat Duit Biasiswa Atau Loan MARA Hentak Beli LAPTOP Baru
Dok Kat Area Wi-Fi Free Dengan Muka Tak Malu
Bukan Nak Buat Assignment Tapi Dok Buka Blog, Facebook atau Nak Download Lagu
Pirahhh....Spender, Bra Dan Pad Pun Mak Bapak Yang Masih Dok Beli Kat Lu
Tu Belum Lagi Yang Dok Kat Oversea "U"
Baru Dok 6 Bulan, Lidah Pelat Cam Tak Pernah Makan Budu
Padahal Dok Kampung Petai, Jering, Buah Genuak Semua Dia Sapu
Hehehehhe...Blah laaaa Oiii...Menyampah Youuuu....

Muda Mudi Melayu Kini
Pantang Ada Konsert Semua Nak Pergi
Kalau Tak Pergi Nanti Member Cerita Awak Dok Gigit Jari
Tiket Masuk Ratus- Ratus Pun Dia Tak Peduli
Kalau Kuliah Agama Free Berkira-Kira Nak Pergi Cam Nak Kena Keluar Duit Beli Lori
Ye Lah....Gi Konsert Boleh Tengok Artis Pujaan Hati
Sambil Berkepit Dengan Awek Atau Tonggang Botol Todi
Kepala Dah "Weng" Habis Apa Peduli
Tendang, Terajang Orang Sesuka Hati
Atau Bikin Adegan Ranjang In Public For Free!

Tok Bond
02/05/09

Nota Jemari: Bila sesekali Tok Bond bersuara...
Share:

2 comments:

  1. mujur dilahirkan cepat, mujur dinikahkan cepat, mujur dah merasai nimat2 tu semua, time for changing to got the better life :). ada benarnya kata tokBond ini ;)

    ReplyDelete
  2. alaaaaa kita terlambat la ek..
    eee takut nyaaaa....

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.