,

BNM akan keluarkan siri wang kertas, syiling baru

Eh klu tak baca kat blog si Tinie, sahih ako tak tahu pun..
Erk nampak sangat tak mengikuti berita sekeliling..
Gurlpp!!

Ok ok, ako ghase konpom ada yang dah tahu kan..
Takpe la meh ako share juga la biter yang satu ni ngan kowang sumer k..
Ni pun ako copy dari berita harian online.
~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012. 

Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.

"Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Siri wang kertas itu, katanya, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini. 

Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. 

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran. 

Bentuk baru itu adalah siri yang ke-tiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM. 
"Siri baru wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari edaran," katanya. 

Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baru mata wang ini, BNM akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar. 

Katanya, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baru itu dengan mudah. 

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang siri baru mata wang ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan untuk siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru pada suku ketiga 2011. - BERNAMA



Nota Jemari: Lagi canggih? Cantek? Cun??
Share:

3 comments:

  1. nak jadi antara yg pertama tau dan melihat objek2 tersebut?

    meh ler join dept kitorang..
    mari ler...
    hahahahaa..

    ReplyDelete
  2. Retna ... iLa tau benda ni 5 tahun duluuuu...masa mula-mula projek ni bermula.....siap tgk notes2 lama lagik...huhuhu........

    ReplyDelete
  3. canggih? cantik? cun?
    semestinya! tgkla dept sapa yg bikin..hihihi

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.