Tadi siang ako dah mention yang ako ada order barang secara online?!
Dan ako mention ako soh dia hantar dalam jam 8-10 malam.
Lepas abes je aerodance kat lanai tadi, terus ako berdesup pulang ke umah.
Bukan apa, takot plak derang sampai before ako.

Jenuh juga la menunggu.
Jam 8 tak sampai lagi.
Jam 9 baru derang call minta direction ke umah ako.
Dan tepat jam 9:30 malam, derang dah selamat tiba depan umah.

Ako dah cakap dah ako tgu lori.
Memang betul-betul lori besar benti depan umah ako.

Bole tak kowang imagine lori kaler putih yang slalu orang hantar ais tu?
Tak pun, klu kowang keje area-area opis ako, kan slalu ada pasar tani kat JKR tu kan.
Ada satu lori jual susu dutch lady kat tepi jalan tu.
Ha lori camtu la yang derang bawa.

Memandangkan derang tak letak dalam plastik pun, so ako paksa derang hantar sampai ke dalam umah. Ater, bakul yang letak barang2 ako tu kan derang nak balik.

Tadaaa...
Akhirnya sumer barang sudah selamat sampai.

Sila check dulu sumer barang-barang dalam list.
Dan baru la kowang sign dan buat pembayaran.
Mudah kan!

Bila punggah balik barang-barang sumer tu, ako check bawang ako ghase ako minta kat 4 unit dan kentang 5 unit je.

Ako assume 4 unit bersamaan dengan 4 biji.
Tapi sudahnya ako ghase macam 4 kilo bawang yang dia hantar.
Erkk.... ke maksudnya, 1 unit bersamaan 1kilo atau 100 gram??

Sudah!
Bawang banyak-banyak ni ako nak buat hape?
Bukan ako ghajin masak pun.

Aduss konpom x guna dalam masa seminggu ni, tumbuh la akar dia.
Pape pun, ako berpuas hati la!

Terima kasih doorstep.com.my.
Lain kali saya beli lagi ye.

Nota Jemari: Jimat duit minyak .. dan jimat tenaga juga!