,

Are you ready?

Nak jalan-jalan..
Alang-alang berjalan, biar kasi jauh sket la.
Bila dah jauh, better la ke luar dari Malaysia.

Ishh... tak jauh mana pun.
Cuma ke seberang tambak je pung.

Bukan, bukan.
Kali ni ako tak pegi sorang-sorang.
Kali ni ako pergi berlima.

Bersama mereka.
Mana yang takde pasport, cecepat g buat satu.
Mana yang dah expired, cecepat gi renew.

Saja nak bawa mak-mak owang ni berjalan.
Ater before ni kan pernah sekali bawa dia kuar berjimba tanpa anak dan suami.
Cuma kali ni memang terkejut juga la sebab sang suami bagi keijinan nak berjimba lagi sekali. Bukan calang-calang tempat, ke luar negeri plak tu.

Walau ke seberang tambak je pun, tapi ini sesuatu yang POSITIF!
hehehe terima kasih la pada suami-suami mereka yang memahami naluri keinginan bini-bini derang ni. eheheh.. 

Duit pun dah tukar.
Aishh klu banyak gitu harus la tak cukup kan.
Kata mereka nak bersoping sakan kat sana.
Harus berlebihan uwang yang dibawanya nanti.

Ako?
Ishh... ako ni ngekor je weii..
Nak soping tu idok le kan.
Duit nya tak mengijinkan.
heheh..

Cuma ako ke sana memang semata-mata nak berjimba sakan je la ye.

Web-check in pagi tadi.
Alhamdulilah, dah dapat dah pun boarding pass nya.
So harap-harap sumenya berjalan dengan lancar.

Dengar-dengar dua hari ni ujan & banjir.
Ermm.. moga-moga wiken nanti cuacanya cerah la ye.

So kengkawan, are u ready gals??!!

Nota Jemari: suka jenjalan, walau ke tempat yang sama je pun..
Share:

11 comments:

  1. td rasa mcm nak sedih..
    tp bila baca entry ko..rasa cam nak melompat lak..hahaha
    konflik emosi sungguh

    ReplyDelete
  2. wakaaka....
    ceh!

    ngada ar emosi ko tu... :p

    ReplyDelete
  3. bestnyerrrrrrrrrrrr! tak kira la gi mana pun, janji travel! :D

    -dari orang gile jalan-

    ReplyDelete
  4. betul2 ...
    tak kisah la kemana aje..
    janji dapat jenjalan ngan coti2 kan hahaha ;-D

    ReplyDelete
  5. amboi nak gi abroad nampak.. heheh... tak nak ke singgah ke batam ke, lombok ker.. heheh..

    ReplyDelete
  6. kak,
    ehhehe yg tu mmg ada plan tapi tu next plan la kak :p

    ReplyDelete
  7. intan,
    jom jom :p

    psstt awak bole ker tgl anak kat umah tuh:p

    ReplyDelete
  8. kakRet nak pergi mana? bandungkah? kirim pisang keju kakRet, hehe. lama dah tak makan, sedapnya.

    ReplyDelete
  9. bukan la...
    ke seberang tambak je pun.. :p

    ReplyDelete
  10. Hehehe...
    Sebelum ni pernah dah tinggalkan derang 3 hari 2 malam. Next year bakal tinggalkan derang selama 4 hari 3 malam lak... nak join? Jom?

    Yg Ret nak pie ni bila? ish ish ish... cam best jer kalo boleh join. Tapi wallet tak mengizinkan la plak.. huhuhu.. Anyway, enjoy your holiday ye!

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.