Ingat entry ni tak?
Ala yang pasal ako ngetest minum susu kambeng tuh.
Sebab katanya, susu kambeng ni salah satu obat tuk permudahkan kita tido.

Ye lakan, b4 ni kan ako pernah ngadu yang ako payah betul nak tido malam.
So, ada sowang member suggest la soh try minum susu kambing.
Banyak khasiat kambeng ni.

Ako pun try la.
Tapi erkkkk konpom tak sesuai dengan anak tekak ako.
Tak boleh nak telan.

Baru-baru ni dia dok promote soh ako cuba amek tablet kambeng plak.
Katanya tak macam susu.
Maksud ako takde bau susu kambeng la.

Tak mahal, cuma RM18 je sebotol.
Klu makan pil ni, insyallah anak tekak masih bole terima lagi la kan.
Lebih-lebih lagi dia bukan saja ada perisa susu original.
Ada pelbagai perisa.
Ada coklat, stroberi, coffee etc.

So, ako pun cuba lah makan perisa coffee.
Lebih afdal klu ko kemam-kemam pil tu macam ko makan gula-gula.
Tapi sebab masih ada juga campuran susu kambeng, maka ako telan je la macam makan ubat.

Konpom la tak rasa pape kan.

Cuma kesan dari makan pil susu kambeng ni, 
masalah susah tido sudah hilang!!
Yang tak boleh tahan tu, tak pasal-pasal bila dah tido, dia buat ako susah nak bangun!!

Arrghhhhhh siyesss...
arini saja ako dah membuta dari tenghari sampai ke senja.
Memang tak sedar langsung.
Memang nyenyak betul ako tido.

Gurrllpp..... klu lagu ni la ari-ari, harus ako makin lambat bangun pagi.
Macam mana nak buat ni?
Lain yang diharapkan, lain plak yang menjadi.

Ako baru makan sebiji sehari.
Klu lah ako makan 6 biji sehari, agak-agak apa akan jadi ek?
Gurlppp......!!

Nota Jemari: menguap nguap dibuatnya ni.