CONTOH bahasa ringkas SMS yang diguna remaja.

Guru kesan ayat ringkas SMS, chatting digunakan pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu


KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.


Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.
Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).

Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.

ps: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahasaterlarang/Article/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alamak adik-adik oii...
Apsal la terbawa-bawa penggunaan bahasa/perkataan sms semasa peperiksaan?? Tak rasa RUGI ker? Bukan ke matapelajaran Bahasa Melayu antara subjek WAJIB untuk LULUS terutama sekali dalam SPM?! 

So bila bahasa-bahasa ejaan sms digunakan dalam exam, konpom la adik-adik dapat markah teruk atau lebih teruk lagi, cikgu akan GAGALkan kowang dalam exam.

Penat-penat belajar selama 11 tahun, alih-alih GAGAL dalam exam PENTING.
Nak guna bahasa-bahasa sms tu pandai-pandai la tengok keadaan semasa. Jangan sebab terlalu BANGGA bahasa kowang (anak-anak muda skrg ni), sambel bole effect masa depan. Renung dan pikir-pikir kan lah.

Selamat Belajar!

Nota Jemari: Apa la yang kewl (COOL) nya sangat ejaan bahasa camtu dik oiii???!!