,

PopCorn Lazat!

Kowang pernah makan popcorn?
Ala musti la pernah kan.
Klu tengok wayang, tak sah klu tak beli popcorn kan.

Tapi kowang pernah makan popcorn BESAR yang ada ALMOND tak?
Sedap tau!!! Rasa nya pun lain dari yang kat wayang tu.
Creamy lebih kot hehhee ..

Ako tak beli.
Anak kak aidah yang beli.
Kedai dia kat USS. Bersebelahan dengan kedai Ceklat Hershey tu.

Tapi harga nya boleh tahan mahal la.
Satu bungkus tu $15.
Pergh... gurlpp.. pengsan makan popcorn rege camtu mahal.

Tapi bila pikir balik, berbaloi dengan rasa dan keenakan nya, so mahal-mahal belakang kira la ye :p
Nak pesan kat sape ek soh belikan??

Awak?! Kamu?

Nota Jemari: Lazat, lemak berkrim disukai ramai!
Share:

2 comments:

  1. tau xpe...mahal cekik mahallll....
    ada sekali tu aku makan, tp mkn kat mesia, kwn aku bg ms gi uma dia..hahahahahahah

    ReplyDelete
  2. heehehe kan, mahal nak mampus,, klu beli baju ada gak pekdah nya kan kan :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.