Followers

Wednesday, June 15, 2011

Singapore Trip: Arrival

Plan ke spore ni ekceli member ako yang ajak.
Katanya ada urusan 'resmi' di sana.
Bila dah ada orang ajak, cecepat ako belek website airasia.
Apa lagi klu bukan skodeng harga tiket yang murah la kan.

Bukannya tak pernah ke sana.
Cuma klu pegi ngan kengkawan ni, kemeriahan dan keseronokkan nya tu lain sket, betul tak?!

Awal pagi ako dah bangun.
Semangat!!
Jam 6 dah kuar umah terus shoot ke bandar permaisuri.
Ater kata nak menjemput 'permaisuri' kat situ..
Pastu terus kami ke Nilai.
Park kete kat umah kak aidah, then berhimpit2 menuju ke LCCT.

Flight kami sabtu, 11 Jun 2010 jam 10:10 pagi.
Tapi biasa la delay memanjang.
Patutnya jam 11 kami dah sampai kat spore tapi jam 12 tghari baru la dapat jejak kan kaki kat changi airport. Itu pun menurut kengkawan yang lain, kapal torobang kami turun naik turun naik di udara. Maybe akibat cuaca yang agak buruk ketika itu.

erkk ako memang klu atas flight, membuta je wei.
Bukan apa, sebab ako ni ada masalah dengan tinger ako.
So, klu ako tak tido, ako takut terasa kesakitan yang amat dasyat.
Jadi baik lah ako membuta sesiap. 

Dah masuk lam perut kapal torobang, bende pertama yang ako buat adalah cari majalah Air Asia (AA).
Ala, ako suka baca citer-citer dalam tu.
Sebab dalam tu kadang-kadang dia akan citer satu-satu tempat destinasi yang AA akan terbang.

Dan satu lagi, ako suka belek buku menu makanan.
Walau takde niat nak melantak pun atas tu, tapi saja suka-suka tengok menu baru atau promosi yang AA buat. Tak lupa juga ako akan belek buku shoping. Ako suka tengok barang-barang cenderahati AA.

Aishh kawan nan sowang ni.
Baru je terbang beberapa minit, takkan dah rindu famili kat daratan.
Layan perasaan arr tuh :p

Sebelum nak masuk negara orang, meh kita isi kad putih dl ya.

Setelah sejam berada kat atas awan, akhirnya kami selamat tiba di Changi Airport tepat jam 12 tengahari.
Dari terminal 1 ker terminal 2, kita naik skytrain.

Pastu dari skytrain kita naik MRT plak menuju ke stesen TanahMerah.
Dari tanah merah, kita tukar train terus menuju ke stesen Kallang.
Dari MRT Kallang nak ke hotel, kami naik bas no 100.
Tak jauh, cuma benti lepas 2 hentian.
Kitorang pilih hotel berdekatan area Geylang. Bukan geylang serai ye harap maklum.


Pestime kat area Geylang tu so nak cari kedudukan hotel erkk agak susah juga la.
Tapi gigih memasing cari dan cari.
Akhirnya jumpa juga!

Taaddaa... ni lah tempat penginapan kami selama 2 malam.
Jadi lah. Antara budget hotel yang ada kat spore ni.
Mahal??? Ermm.... 

..bersambung..

Nota Jemari: harga tak serasi dengan keluasan bilik..

2 comments:

mekchu said...

ada beza ke geylang ngan geylang serai? hahaha.. tak sama ehh? kat sini baru lah dapat baca story.. kat fb tgk gmbr je

AKO @ retna said...

ada beza...
geylang serai mostly org melayu kat situ...

klu area geylang, byk org cina ;)

hehehe tgh cari mood nak hapdet ekceli hehe