"Koperasi Kredit Dan Pelaburan Kakitangan Bank Negara Malaysia Berhad (Koperasi) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang (JPW) akan menyediakan kemudahan deposit duit syiling kepada kakitangan BNM bermula pada hari Isnin, 8 Ogos 2011 selama 2 bulan.
 Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kakitangan BNM mendeposit duit syiling dengan menggunakan Mesin Deposit Duit Syiling yang mudah dan mesra pengguna. Mesin tersebut sedia menerima duit syiling yang bercampur-campur tanpa perlu diasingkan terlebih dahulu. Resit yang dikeluarkan boleh diserahkan kepada pegawai di kaunter Koperasi pada hari yang sama untuk ditukarkan kepada wang kertas.
Sama-samalah kita menjayakan program ini di samping menyokong inisiatif Bank untuk meningkatkan kitaran duit syiling yang mempunyai jangka hayat selama 20 hingga 25 tahun bagi kegunaan aktiviti ekonomi dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos penempaan duit syiling yang kian meningkat. Ianya juga menjimatkan masa kakitangan BNM untuk urusan penukaran duit syiling dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu ke Bank Perdagangan."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wah bagus arr ...
Pasni tak yah susah nak beratur kat commercial bank.
Kemudahan macam ni lah yang kami mahu!!

Hahaha..
Tengkiu opis!
Tengkiu koop!
Tengkiu pada sumer yang terlibat!

Eh eh macam la duit syiling ako banyak sangat.. tettt... :p

Nota Jemari: Kemudahan banyak , samada guna atau tidak je.. :-)