Followers

Tuesday, May 22, 2012

NZ Trip: Akaroa (Day 9)

Erkk bila nak abesh ni kan??!!
Ok ok tinggal lagi 2 hari je penggembaraan kitorang.
Ako pun x sabar dah nak nak ngabihkan entry New Zealand ni.

Hari ke sembilan.
Dah ada kat Christchurch pun.
Memandangkan takde apa sangat nak tengok kat situ, so kita plan untuk ke Akaroa saja.
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam je.
Ekceli ada 2 jalan nak ke sana.
Pertama adalah melalui jalan highway dan akan jumpa tasik Ellesmere dan tasik Forsyth.
Kedua adalah melalui 'scenic route', perjalanan nya agak panjang dan mencabar.
Akan lalu Lyttelton tunnel dan mengelilingi Lyttelton Harbour. Siyes ako cakap, jalan ni memang mencabar giler. So, pastikan kowang drive dengan berhati-hati.



Kalau ikot jalan mencabar tadi tu, memang dapat tengok pemandangan yang cantek-cantek.
Tasik dia kat belakang tu macam sebuah lukisan.
Ako cukup admire betul kat sumer tasik-tasik kat sana.


Tenang je jalanraya kat sana.
Tak banyak kenderaan.




Dah sampai Akaroa.


Akaroa, which in Maori means 'Long harbour', was the regions first substantial European settlement and safe haven for early whalers and sealers working in the wild southern ocean beyond it's striking headlands.The beautiful harbour dominates the landscape and its sparkling waters are home to a variety of sea life including the worlds smallest and rarest dolphin, the Hectors Dolphin as well as New Zealand fur seals, little blue penguins and a myriad of bird life. 



Kat sini ramai pelancong.
Yang ako pasan, kitorang bertiga saja pelancong "melayu" dan "bertudung".
So, kira mostly owang cam pelik bila tengok kitorang.
Tak tahu nape tapi apa yang kitorang buat, musti ada je yang tengok.
Even, ramai lagi yang dok melantak kat sana, kitorang juga yang jadi tarikan.

Eh eh bukan tarikan apa.
Cuma maybe ntah ek, orang lain x piknik tapi kitorang plak yang beriyer2 'berpiknik'.
hehehe nasib la kan. Bukan ada sape pun nak larang.



Kedai pertama yang kitorang jumpa.
Sampai-sampai je, park kete terus ternampak kete fudge ni.
Homemade lagi tu.
Ada macam-macam jenis fudge derang jual.
Kowang leh minta dia bungkus dalam plastik macam dalam gambar atas atau pun kowang leh soh dia letak dalam kotak kaler hijau tu. Opkos klu ko letak dalam kotak dia akan charge harga kotak tu sekali. Tapi sorry ye, ako pun dah lupa berapa harga yang ako beli. Coz dia pakai timbang-timbang.

Klu kowang jenis yang nak rasa sket-sket je, tak yah beli sampai satu buku besar.
Just soh dia potong dalam bentuk dadu kecik-kecik pun dah ok.
Then bungkus dalam plastik. Kowang leh rasa banyak flavor dan harga pun xde la mahal.

Tapi klu ko soh letak dalam kotak, macam limited sket la ko nak beli.
Coz paling-paling pun ko leh letak dalam 3 flavor je.



Salah satu kedai kat sana.


Kebetulan masa kitorang ke sana, ada flea market.
Sebab ako tak pernah kan pegi market-market camni, so dah alang-alang ada, kita takmoh la lepaskan peluang tengok apa yang ada. Mostly barang-barang yang dijual adalah barang second hand. Ada juga barang yang baru.


Ako: "Kalau kat Msia, ada ke orang nak beli barang-barang secondhand camni ek?"
Fara: "Ntah, maybe ada la kot...tapi orang kita lagi prefer barang-barang baru ke?!"
Ako: "Kan !!"


Kitorang sempat la menyoping barang-barang dapur sket.
Konon nak buat spageti la.
Tapi last-last buat kentang goreng letak bawang besar je.
Pastu goreng telor. Nyumm....



Berlatar belakang kan Harbour Akaroa.


Our bekfes.
Tadi kan kita sempat soping susu, oren, cornflakes etc.
So apa lagi jom la melantak kejap.


Masam nyaaa.... makan stroberi yang masam... eeyewww ;)






Atas deck.
Orang lain dok kat tempat redup.
Kita je beriyer-iyer menjemurkan diri dibawah mentari terik tengahari buta.
hehehee....




Ntah apa la yang ako amek gak nya.
Bersungguh-sungguh gaya nya.


Yeehaaaaa !!
3 of us on the deck!!




Ako rasa klu kita melepak pepetang musti lagi syiok.
Sambel ditiup angin sepoi-sepoi..
Tapi bila melepak dibawah terik mentari... ermm...


"Dah dah moh balik!! Panas weii!!" :p


Hajat nak ke ladang buah-buahan.
Tapi bak kata owner kedai, ladang hanya dibuka waktu pagi je.
So, amek je la kat depan kedai.



Kali kedua kita jumpa pokok maple on the way balik ke Christchurch.




Ini je sebahagian kesan-kesan gempa bumi kat sana yang sempat kitorang amek.
Memang tak jalan-jalan sangat kat Christchurch.
Ater rasa macam takde apa nak tengok sangat kan (erkk boleh gitu?)
Lagi pun jalan kat area town banyak yang ditutup.



Tambah plak masing-masing pun macam takde mood nak tengok kesan-kesan gempa bumi tu sangat. Maka kita pun pakat nak melepak kat soping complex derang. Asalnya nak tengok movie kat sana. Konon nak experience masuk pawagam kat tempat owang. So menacari la kat mana terdapat soping complex yang ada pawagam.



Soping complex tu nama nya Westfield Riccarton terletak kat Riccarton Rd.
Parking kat situ klu nak free sila pastikan berapa lama kowang nak berada kat dalam mall tu.
Macam kitorang, kan memula plan nak tengok wayang, so opkos la memerlukan lebih kurang 2 jam kat dalam tu. So kena la cari parking yang bole park lama sket.



Jalan-jalan dalam mall terus ternampak ice cream NZ ni.
Hahahha padahal kat KL pun ada kan.
Saja je nak feel makan eskrem NZ kat NZ :p


Mall kat sana cepat tau tutup.
Masa ni baru je pukul 6 ke 7 petang.
Tapi sumer kedai dah tutup.
Klu kat Malaysia, kul 11 pun masih ramai lagi orang berlegar kat Mall kan :p

Last-last kitorang x jadi pun tengok wayang.



Ada park n save kat situ. Ala macam tesco tu.
Tapi siyes harga memang murah-murah kat sini klu nak dibandingkan dengan harga kat kedai biasa.
Since ako dah borong ceklat banyak kat akaroa, tapi sebabkan harga kat park n save lagi murah, so ako borong lagi la ceklat-ceklat yang lain plak.

Derang punya kaunter bayar best la.
Hahaha Boleh pilih nak bayar sendiri atau guna cashier.
Sebab jakun kan so kitorang pilih la nak bayar dengan cara sendiri.
Maksudnya, keje-keje scan barang, letak barang dalam plastik, bayar guna mesin sumer ko buat sendiri tanpa perlukan cashier. Sistem derang sangan smooth ans sistematik betul la.

Cuba klu kat sini.... ermm.... (ok x moh cakap lelebih...)

Malam terakhir kat New Zealand.
Kita dinner memang kira makan 'besar' la sket.

Nota Jemari: hampir berakhir dah perjalanan kitorang...

4 comments:

thenunu said...

oooo, kita selalu berangan nak pergi sana...bilalaa agaknya dapat peeergi yeee huhuhu
*gambar2 entry ni best la kak

retna yusof said...

nunu,
hehehe insyallah mana tahu one sweet day angan2 jadi kenyataan ;-)

thanks jenguk sini

Biqque said...

kat jepun stroberi dia manis masyaAllah sedap!!

makan tak salmon kat lyttleton tu? sedap!!

sume sedap la senang cite hahaha!

retna yusof said...

Biqque,
ala x sempat nak makan salmon kat sana.. Budget pun dah takde time sampai sana hhehee... :p
Maybe next time ..erkkk... next time??! gurlpp...