Sebab pagi tu kitorang bangun lambat, so bila kita bangun je tengok sumer orang dah abesh bekfes dan dah sesiap mengemas. Sumer dah ready nak check out. Kitorang pun just pack sandwich je la macam biasa untuk bekfes pagi tu.
Oh ako lupa nak inform, tempat yang kitorang bermalam ni takde kunci tau untuk setiap bilik.
Derang amalkan konsep percaya pada pelanggan. So, bila kowang check out, tak yah la susah-susah nak 'pulang' kan kunci ke hape kan. Kira terus blah je la dari situ. Tapi make sure kena kemas tempat tersebut sebelum kowang 'cabut'.
Hari ke lapan.
Perjalanan arini adalah menuju ke Christchurch.
Dari greymouth ke Christchurch mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Lupa nak inform. Ni ha klu kowang plan nak drive kat sana, ako suggest kowang masuk website ni untuk check berapa jauh perjalanan dan jarak antara satu tempat ke satu tempat. So senang la kowang nak plan itinery nanti.
Setiap pekan yang kowang lalu, sila pastikan tahap kelajuan pemanduan kowang berkurang ye.
Walaupun cam takde orang, kowang still kena drive slow n steady.
Jam 10 pagi pun masih lenggang.
Tak tahu la derang ni memang jenis yang 24 jam dalam rumah je kot.
Kitorang amek laluan Arthur's Pass untuk ke Christchurch.
Katanya laluan ni sangat cantek pemandangan nya.
Dan kebetulan ternampak signbod Lookout Point ni.
So benhenti la kitorang di situ.
Ini lah yang dikatakan "Death Corner".
Hasil tangkapan dari atas lookout point.
Over la kan aksi ako tu.
Btw, kat area situ banyak betul lebah.
Ako pun x pasti kat mana sarang dia.
Nampak tak Kea bird kat situ?
Sekali imbas x nampak sangat kan?!
Tapi cuba peratikan betul-betul, warna burung kea ni seakan warna daun pokok tu.
The Kea (pronounced /ˈkiː.ə/; Māori: [kɛ.a]) (Nestor notabilis) is a large species of parrot (superfamily Strigopoidea) found in forested and alpine regions of the South Island of New Zealand. About 48 centimetres (19 in) long, it is mostly olive-green with a brilliant orange under its wings and has a large narrow curved grey-brown upper beak. The Kea is the world's only alpine parrot.-wikipediaSalah satu jenis burung yang pemes kat sana selain KIWI.
Arthur's Pass.
Pemandangan kat situ sangat-sangat cantek.
Macam satu lukisan kan :-)
Jalan-jalan ternampak signbod ni.
Sebab dah tulis soh stop kan soh kita pun menyinggah la ke situ. ;p
Apa yang ada kat sana ek?
Moh kita jenguk.
Castle Hill is a location and a high country station in New Zealand's South Island. It is located at an altitude of 700 metres, close to State Highway 73 between Darfield andArthur's Pass. It is private property.
The hill was so named because of the imposing array of limestone boulders in the area reminiscent of an old, run-down stone castle. The front of Christ Church Cathedral in Christchurch is made from Castle Hill limestone.
Apa ada kat sini ye?
Ukiran bongkah-bongkah batu kat atas bukit.
Penat woo nak daki sampai ke puncak tu.
Cuma batu-batu yang terhasil kat situ sangat unik.
Ada pelbagai jenis bentuk.
For sure orang yang minat seni mesti tertarik nak melepak kat situ.
Apa la yang mamat ni tengah buat kan?!
Memula cam heran juga.
Ye la kan, seriau tau bila ko kat ujung batu pastu nak tengok ke bawah.
Ako yang duduk kat tepi je pun dah rasa ngeri.
Oooo rupa nya dia tengah tinjau kawan dia tengah buat wall climbing.
Eh silap klu menurun panggil apa ek???
Ada yang siap berkelah kat celah-celah batu tu.
Ada pula yang termenung jauh.
Tu adegan macam nak bunuh diri pun ada juga tu.
erkk... choii minta dijauhkan.
Eh eh bukan adegan merajuk ke kan?
Coz yang member kat bawah tu cam tengah memanggil orang yang kat atas tu.
hahaha.. macam-macam la derang ni.
Dan ada plak yang tengah bercengkerama kat situ.
Adehh ...
Sumer gambar-gambar tu ako zoomm aje.
Sebab menarik plak tengok derang dengan macam-macam aksi kat situ.
Yang ni memula ako ingat kan apa la.
Rupanya tengah prektis nak wall climbing guna batu yang 'kecik' sket daripada yang tadi.
Murshi kat atas puncak.
Ako plak kat bawah!
Nampak tak batu-batu kat belakang tu.
Itulah Castle Hill nama nya.
Bukit bukau alih-alih penuh dengan batu-batu besar camtu.
Statik plak tu.
Subhanallah kan!
Takde plak tergolek-golek batu tu ke bawah.
Kukuh dan tersergam terpahat je kat atas sana.
Kuasa yang maha Esa kan.
Castle Village - source wikipedia
Just north of the Thomas River on State Highway 73, Castle Hill Village has a small number of permanent residents along with a number of holiday homes (used extensively during the winter ski season) but no public facilities other than a public toilet at the village hall and a children's playground. In 2002 it was named a "Spiritual Center of the Universe" by the Dalai Lama. It is widely considered to be the epitome of New Zealand's South Island climbing scene, where on any given day one can find rock climbers bouldering the unique limestone outcroppings. This area has recently seen more visitors, as nearby Flock Hill station was used for the filming of the climactic battle scenes of the 2005 movie, The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe. Flock Hill also has a huge number of climbable limestone boulders though access requires a short certification procedure via the internet, unlike Kura Tawhiti which, as a conservation area, allows free access at all times.Rupanya cantek castle village ni.
Tapi masa kitorang sampai kat sana, erkk kitorang tak tahu nak buat apa.
Dan tak tahu apa yang menarik atau unik kat situ.
Then bila google pasal tempat ni, baru tahu keindahan dan keunikan Castle Village tu.
Kitorang sampai kat Christchurch lebih kurang jam 3 petang.
Sampai-sampai je terus kitorang ke airport sebab kena fetch Fara yang terbang dari Queenstown.
Pastu terus sesi mencari Haka Lodge tempat penginapan dua malam kami di situ.
Memula agak sukar juga la nak cari tempat ni.
Dah la first time kan sampai situ.
Tambah plak, tempat yang kita booking tu rupanya bukan dekat town.
Ditambah lagi ada beberapa jalan terpaksa ditutup gara-gara earthquake tempoh hari.
So bila berpandukan map, dan jalan plak tutup, memang agak sukar la kan nak cari jalan yang sepatutnya. Tapi alhamdulilah, kitorang cuba dan cuba setiap jalan dan akhirnya jumpa juga tempat penginapan kami.
Haka Lodge ni terletak di kawasan perumahan.
So agak kejauhan la juga dari bandar.
Lodge ni pun memang rumah tapi derang tambah kat bahagian atas untuk dijadikan bilik.
Memula bila masuk je kat dalam, ako tercari-cari juga kat mana letaknya bilik-bilik derang.
Nampak x kat belakang sofa tu ada tangga.
Klu naik ke atas untuk pegi ke opis derang iaitu tempat pendaftaran.
Masa kitorang sampai sana, yang ada cuma pekerja sambilan derang.
Sesi pendaftaran macam kelam kabut sket.
Sepatutnya yang check in pada hari itu hanya ako dan murshi sahaja.
Tapi memandangkan Fara punya flight dari Queenstown terawal satu hari, di mana sepatutnya dia akan sampai ke Christchurch pada esok harinya. Maka, schedule bilik kami telah bercanggah. Yang pasti kitorang ada inform pada pihak lodge tu yang kita nak tambah satu malam lagi untuk si Fara.
Unfortunately, derang lambat terima dan balas email ako tu.
So, dipendekkan citer, si fara takde tempat untuk stay malam itu.
Ada juga kitorang tanya-tanya, mana tahu klu ada katil yang kosong.
Katanya sumer sudah penuh dibooking.
Mencari tempat bermalam untuk Fara bukan sesuatu yang mudah.
Tambah plak last minit punya pencarian.
Kebanyakkan tempat sudah penuh.
Tempat terakhir kitorang ke YMCA kat area town sana.
Pun sudah penuh.
Last-last kita plan soh Fara tido je ngan kitorang atas satu katil.
Ye ye, Fara bermalam dengan ako sekatil.
Katil kat situ bukan la empuk mana.
Malah tilam dan bantal bukan la tebal sangat pun.
Memang saket-saket badan la juga.
Bilik kat Haka Lodge ni ada 3 jenis.
- dorm beds (from $28 seorang)
- private room (from $70 sebilik)
- apartment ($160 semalam)
Kowang leh baca secara terperinci pasal bilik kat sini k.
Dah kata nak bilik budget je kan, so kitorang amek la yang harga $30 untuk seorang iaitu 'dorm beds'.
Dorm bed ni macam dalam gambar. Terletak kat bahagian paling atas.
Bilik takde pintu. Hanya dipisahkan dengan dinding sahaja bagi setiap ruang bilik.
So, kira klu ko tido kat ruang pertama, ko bole dengar la dengkuran orang kat ruang bilik yang paling ujung. Even klu nak berborak sekali pun, kena control-control la sket ye. Ater, kang takut mengganggu plak mereka yang dok sebelah menyebelah tu.
Dijadikan citer, kitorang pilih kat 2 ruang yang terakhir.
Dan kebetulan ada 3 sahabat omputih ni plak tido kat ruang paling ujung (kira sebelah ngan ruang kitorang). Bila bangun keesokkan paginya, derang dok gelak-gelakkan kita sambel dok perli-perli coz kita bertiga tido penuh dengan bunyian instrumental muzik background sampai derang pun x bole nak tido.
Dan dinner kami malam itu adalah nasi putih bersama telur goreng dan sambal ikan bilis.
Memang berselera sesangat.
Ok ada satu insiden masa kitorang tengah memasak malam tu.
Kebetulan ada satu kapel mat saleh ni ekceli baru nak start makan.
So kebetulan masa kapel tu dah duduk kat ruang makan ni, ako ada kat dapur.
Dan ntah macam mana tergerak plak ako nak tengok kapel tu.
Alih-alih ako ternampak derang tengah berciom.
Ok ok sebab mat saleh opkos cam biasa kan.
Tapi yang ako nak tergelak dan rasa geli sket coz kapel tu bukan laki dan pompuan tapi antara laki dan laki.
So, kowang paham kan?!
Dan ako rasa salah sorang tu cam terperasan la yang ako ternampak derang kissing kan, so adalah terbit ke'malu'an sket. Ako budget yang memalu tu 'gepren' dia la ye. Tapi takkan ko nak kecoh-kecoh kan, so ako sekadar senyum je la.
Auw auw... i tak rela digoda u... !!
hahaha... agaknya derang pun x selesa so cecepat je derang makan n terus masuk bilik.
Ha pastu ako x tahu la apa yang derang buat seterusnya. :p
Agak-agak kowang apa yang berlaku ek pada 'kapel' tu???
hahahaa cer cer imagine?!! waaakaka
Dan malam itu, kita tido kekenyangan dan juga kelenaan.
Nota Jemari: ..dah nak sampai penghujung percotian..
7 Comments
gays in the houseeeeeeee! hahaha!
ReplyDeletehhahahaha gotcha!!!!
ReplyDeletethe places look so deserted! btw, super love the roof room! ^^
ReplyDeleteYezza..nice kan
ReplyDeletei feel so gayyyyy... wahahahaha!
ReplyDeleteaduhai..ada plak gays ye...kesian Fara..tapi at least x pe la dapat dia tido ngan korang...cantik penginapan yang kali ni...bersih pun bersih
ReplyDeletetempat tido selesa tp staff yg kerek hehehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com