Selamat pagi!
Bersedia untuk check out.
Time check out kat sana adalah jam 10 pagi, berbanding ngan klu kat sini, kebanyakkan hotel akan bagi kita check out sampai jam 12 tghari kan.

Seperti biasa, lepas dah bersiap-siap, kita akan prepare bekfes iaitu roti letak sambal ikan bilis dan milo panas 3 in 1. Tak sempat nak makan kat situ, so kita just pack je letak dalam tupperware dan akan makan dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.

Hari ni punya perjalanan adalah dari Franz Josef ke Ross kemudian ke Hokitika dan akhir sekali akan sampai ke Greymouth. Perjalanan dijangka mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dan untuk pengetahuan kowang, kebanyakkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat memang mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam gitu. So, pepaham je la betapa kebas nya montot masing-masing asek duduk dalam kereta je. Sebab tu, klu ada je tempat yang menarik di sepanjang perjalanan, pasti kitorang akan benti, walau sekadar nak ke toilet sekalipun hehee.


Kluar je dari kawasan hotel, terus kitorang mencari tempat menarik berdekatan situ iaitu glacier.

glacier (UK play /ˈɡlæsiÉ™/ glass-ee-É™r or US /ˈɡleɪʃər/ glay-shÉ™r) is a large persistent body ofice that forms where the accumulation of snow exceeds its ablation (melting andsublimation) over many years, often centuries. At least 0.1 km² in area and 50 m thick, but often much larger, a glacier slowly deforms and flows due to stresses induced by its weight.Crevassesseracs, and other distinguishing features of a glacier are due to its flow.-wikipedia


Perjalanan dari tempat parking ke kaki glacier ni mengambil masa lebih kurang sejam la jugak. Memula kowang akan lalu kawasan yang kiri dan kanan adalah pokok-pokok dan tumbuhan liar. Kemudian kowang kena lalu plak kawasan terbuka macam dalam gambar atas dan bawah ni. 


Nampak macam dekat je kan glacier tu tapi hakikatnya jauh, OK!!
Nasihat ako, sila pakai kasut yang bersesuaian ye klu nak ke situ.
Coz memnag penuh ngan batu-batu besar.
Batu-batu tu ekceli bongkah-bongkah ais yang dah kering.


Hampir sampai tapi belom lagi.
Cuba peratikan dalam gambar atas tu, ada perasan papan kenyataan kaler merah tu?
Ha kita nak menuju ke situ la.


OK yang ini sudah sampai sempadan glacier nya.
Masih tak bole nak berada betul-betul dekat ngan glacier tu.
Sedih!
Tapi disarankan klu kowang nak hiking or pegi secara dekat, sila dapatkan bantuan mereka yang pakar ye.


Ini lah padahnya klu pepandai sendiri ko hiking tanpa bantuan yang lebih arif.
Bahaya!!

Agak-agaknya kesan batu-batu yang kita nampak tu adalah hasil runtuhan glacier.
Kering dan terus jadi cam dalam gambar tadi.


Anggap je la kitorang dapat pegi dekat dan dapat pegang glacier tu.
Kitorang lepak kat glacier tu lebih kurang 2 jam lebih juga la.
Selesai menikmati suasana kat situ, kemudian kitorang meneruskan perjalanan.


Melalui 'Hari Hari'.


Kemudian sampai la ke 'Ross'.



Seperti biasa pekan nya adalah sunyi sepi.
Lenggang, rasa cam kat pekan koboi lak haha.(imaginasi je laaa..)


Pekan Ross ni adalah kawasan emas.
Kirakan dulu-dulu penduduk kat situ bekerja sebagai pelombong emas la kan.
Kaya dengan emas, perghh agak-agak masih ada lagi x ek org yang gali emas kat situ?!


Jom kita tengok-tengok ada emas x ek? haha
Untung-untung leh bawa balik, kaya ako! :p


The story of Ross Goldfields...Ross was settled in 1865, a gold mining town nestled in a sweeping curve of rainforest-clad hills between the Totara and Mikonui rivers. At this time the west coast of New Zealand's South Island was largely unexplored; a wilderness of  swamp and rainforest, home to few Maori and no European settlers.  Ross proved to be gold-rich and the town thrived with about 2500 inhabitants, numerous hotels and even a harpist! A vast amount of gold was extracted from the area, but the major Ross gold rush ended in the early 1870s, with most large mining operations turning their attention to new areas. Mining continued in Ross with some success, but the population gradually decreased. Quartz was  mined sporadically on Mt Greenland, a lofty ridge towering 3000ft above the township, but gold proved to be elusive and efforts meet with little real success. In 1909 two miners reworking the bank of Jones Creek, unearthed a fist-sized nugget weighing about 3.1kg. This was a celebrated find, and the nugget was christened  'the Honourable Roddy Nugget', after the Minister of Mines Roderick McKenzie.Ross weathered the ups and downs of the post gold rush years, with new industries beginning to pay. One of the largest indigenous timber mills in the South Island was established in Ross, and the town became more accessible, with an inland road and railway line from Hokitika. Farming became more viable and a lime works was founded in the 1900s in the hills opposite the township. 

Today remnants of the gold rush can be seen everywhere: in original buildings and in the landscape itself, altered by excavations and vast mounds of tailings. Mining relics, tunnels and the remainder of miles of water race can be found in the regenerating rainforest, and descendants of those early diggers still make the town their home.



The Ross Goldfields Information and Heritage Centre has a great shop showcasing local art, crafts and a unique selection of souvenirs and gifts.

   - We can help with accommodation and activity bookings

   - We have an all-weather gold panning facility, historic buildings and photograph/information archives.

   - We offer guided heritage walks


Kowang leh baca info-info dengan details pasal kawasan ni kat sini.



Kira dulu-dulu, klu kowang nak overnight, bole la menumpang kat cottage ni kan ;p
Tapi yang pasti rasa scary OK bila masuk jengah ke dalam.
Memang la tu bukan rumah yang asal tapi bila derang designkan suasana macam style dulu-dulu tu, terbayang macam tengok citer koboi lelama. Rumah kat padang pasir, jarak rumah dari satu rumah adalah jauh. Adoiiyaii tinggi sungguh imaginasi ako hahaa.


Masa masuk kat bilik ni, ok pes thing dalam pikiran ako bila tengok cadar camtu, erkkk erkk takmoh cakap arr... Ntah ek, memang rasa satu macam sket. Masa nak snap gambar ni pun ako harap-harap takde la kejadian buruk ek yang terhasil ek.

Cer kowang tengok besin tempat derang cuci muka tu, siyes macam citer koboi lelama tu kan haha.


Yang ini plak ruang makan klu x silap ako.
Masih terasa seram sejuk.
Takmoh dah dok lelama dalam tu, dan takmoh amek gambar bebanyak.
Taakoott ada 'sesuatu'.

(choiiii!!! minta dijauhkan)


Yang ni plak balai polis.
Masuk je rasa malap sangat.
OK honestly ako cakap, ako masuk separuh je x sampai ke dalam sangat.
Erkkk taakoottt hehhe.


Bayangkan klu hukuman pancung ni masih diamalkan kat situ.
Ok ok, ako pasti tempat hukuman tu derang bina balik la ye.
Klu tak, ako pun ngeri nak dekat-dekat kat tempat tu.


Sempat snap salah satu bilik kat dalam balai polis tadi.



Ha ni la dia pintu lokap nya.
Berada betul-betul kat depan bilik polis tadi.
Ekceli ako macam tergerak gak nak tinjau kat lubang pintu lokap tu tapi bila tengok macam scary je pintunya, terus cecepat ako snap n kuar dari situ. hehee

Oh ye, dekat information centre tadi, kowang bole mendulang emas tapi kena bayar la ye.
Sebab ako rasa xtvt tu cam erkk xde pekdah sangat, so ako pun xde la amek tahu sangat berapa bayaran yang dikenakan.


Kita teruskan perjalanan bergerak ke Hokitika plak.
Jarak antara Ross dan Hokitika mengambil masa lebih kurang 2 jam memandu.


Pekan ni baru nampak ada orang berkeliaran.


Sepanjang penggembaraan kami, ako mengharapkan akan terserempak dengan keretapi-keretapi yang femes kat sana tapi hanya dapat tengok keretapi barang ni je la.


Salah satu stesen minyak.
Kat sana kowang bleh bandingkan harga minyak seliter mana paling murah.
Coz setiap stesen minyak, derang akan besar-besar pamerkan harga tersebut.
So dari jauh kowang dah leh observe harga minyak tersebut.
Tapi yang pasti harga-harga minyak kat sana memang mahal kecuali kat Christchurch.

~Hokitika Clock Tower~

"This centrepiece of Hokitika is a memorial to soldiers who fell in the Boer war 1899-1902 and commemorates the coronation of Edward V11. The memorial was officially unveiled by Premier Richard John Seddon and Mrs Seddon on 3rd June 1903"
Sampai kat Hokitika ni hanya semata-mata nak amek gambar jam tu je pun.
Pastu terus kitorang teruskan perjalanan.
Pekan dia kecik je takde yang menarik sangat la pada pandangan kasar ako.

Cuma yang ako pasti, klu kowang minat jade, bole la korang pegi kilang jade dia.
Nampak x bangunan kaler hijau tu?
Ha itu la kilang jade.


Kebetulan on da way nak gerak ke Greymouth, kita nampak banyak sangat kereta tepi jalan. Then kitorang pun turut berhenti juga. Rupa nya ada perlawanan rugby kat padang situ.

Kowang nampak tak laut kat belakang tu?
Sepanjang perjalanan ke Greymouth memang akan nampak laut je la.






Kitorang sempat menikmati angin laut kat situ.
Luas sesangat.
Tak tahu la betapa besarnya laut tu.
Dan betapa besar dan kuat deruan ombak kat situ.



Kitorang turun sampai ke gigi pantai.
Memang dekat sesangat dengan deruan ombak yang 'melaju' je ke tepian.
Ekceli risau juga. Mana tahu tetiba tsunami, tak sempat ako nak selamatkan diri.
Tapi seronok juga kan dengar bunyi air dan ombak ni.
Especially bila air tu memukul batu-batu kat situ.


Tapi berada di tepi pantai atau laut macamtu di waktu panas mentari terik sangat-sangat la tidak digalakkan. Walau deruan angin yang sejuk tapi klu dah matahari atas kepala, tetap terasa bahangnya juga.


Akhirnya destinasi terakhir hari itu adalah di Punakaiki yang terkenal dengan "Pancake Rocks & Blowholes".



"The Pancake Rocks, Punakaiki, are a unique natural attraction on New Zealand's South Island West Coast. Layers of water sculpted limestone, resembling stacks of pancakes, form a fantastic tableau - made even more dramatic by the shooting geysers of sea spray often evident at high tides.These geysers come from the blowholes - water worn passages through which jets of seawater are forced in high seas. Quite awesome displays of rushing spray can be seen on many days of the year - because of the Tasman Seas' powerful wave action."-google








Beberapa keping blowholes yang sempat kitorang snap.
Ekceli nak dapatkan percikan air ni cam payah juga.
Bukan setiap masa dia akan muncul.
Kowang kena gagah menanti dan menunggu dan sentiasa bersedia kamera di tangan.

Tapi bila dapat snap percikan air tu, hepi sangat.
Rasa puas dan berbaloi menunggu.


Ni gambar selepas abes 'show' percikan air tu.
Hanya kat sudut ni saja kowang leh tengok blowholes tu.
Sangat unik.



Bukti keterujaan ako!!
Amazing sangat-sangat.
Sukar nak digambarkan.
Refer video bawah ni k




Masa si murshi singgah ke i-sec kat depan pancake rock tadi, informer kat situ ada bagitahu, dah alang-alang sampai ke sana, dia suggest kita singgah ke 'Truman Track' ni. Katanya pemandangan kat situ pun menarik.

Pada mulanya ako macam malas nak pegi.
Ater sepanjang kat penjelajahan ako tuh, ada la beberapa tempat yang ako rasa kita dah macam hiking. Ditambah plak kes henpon ako tercicir kat tepi laut, dan terpaksa ako 'meng hiking' diri mencari. Penat doh!! hahaha (ater awok kan bkn ada stamina yang kuat sangat pun)

Penat, OK!!

Tapi sebabkan kesian kat murshi yang bersungguh-sungguh nak ke situ, ako gagahi juga perjalanan 'hiking' ako untuk hari itu hehe.


Nama je 15 minit berjalan.
Tapi klu dah kiri kanan hutan je, ko x rasa seram ke?!
Tambah plak masa kitorang sampai tu dah nak masuk senja.
Gelap!
Dan kitorang berdua je ke situ, pompuan plak tu.
Erkk ok walau takot tapi gagah juga menyusuri jalan-jalan berliku hutan belantara itu.


Siyes memang seram, maka TERjalan laju la plak kan meninggalkan murshi di belakang.
Masa ni memang niat nak cepat sampai je.
Risau beb, tak nampak pape kat depan hanya pokok, lalang.
Dalam kepala hotak dok pikir, apa jadah 'truman track' ni kan.


Sangat-sangat lega bila di penghujung, akhirnya ako nampak sesuatu yang luas pandangan.
Laut!

Masa sampai kat penghujung tu, ada sorang pompuan ni dah sampai dulu sebelom kitrg. Salute kat dia coz berjalan sengsorang kat kawasan sunyi cenggitu.



"Spend a while on Truman Beach checking out the limestone rock formations and the waterfall there."


Ok sila jangan tanya ako kat waterfall nya.
Sungguh ako tak nampak selain laut terbentang luas je.


Ekceli best thing bila dah ada kat situ adalah tengok sunset.
Tempat yang sesuai untuk tengok matahari terbenam tapi apakan daya, ako x sanggup nak balik memalam kuar dari situ melalui jalan yang kitorang datang tadi. Tambah lagi, masa ni kitorang mengejarkan waktu solat sebelum maghrib. Memang agak rushing la juga waktu tu tapi sempat juga abadikan sekeping gambar kat atas tu sebagai kenangan berada di Truman Track waktu matahari hampir berlabuh. Thanks to murshi yang sempat capture moment tu.



Tempat tinggal kami untuk malam itu adalah di Te Nikau Retreat Backpackers.
Hostel ni memang lain dari yang lain coz dia terletak dalam hutan.
So kira kowang tido dikelilingi pokok-pokok merimbun.
Harga bilik yang kitorang pilih adalah $30 seorang.


Receptionist.



Sebabkan parking area kat receptionist tadi terhad dan dah penuh, so dia suggest kita park kat alternatif parking. Cuma yang ini kena jalan jauh sket la nak ke lodge nya tu.


Jalan masuk ke lodge.
OK memula rasa cam scary.
Coz tengok sekeliling hutan je.
Tapi bila dah sampai kat depan lodge, sangat teruja.
Unik!!

Kowang tengok video kat atas tu k.
Lodge kitorang yang pertama tu.
Dan bilik kita yang pertama dia tunjuk tuh. (tengok part bilik)


Bilik kitorang kat loteng.
Kecik je, ngam-ngam dia letak tilam je.



Ruang tamu.


Tangga ke atas dan belah kanan tu la bilik kami.
Yang bestnya, satu rumah tu ada 2 bilik air yang besar.
OK pertama kali ako sampai kat situ, ako nampak pintu jamban kat luar.
Plak tu bila ko nak buang hajat, betul2 ko ngadap tingkap.
Ako seriau klu ada yang skodeng hahaha.
Dan seriau juga tu memalam buta ko nak buang hajat tengok kat luar, hutan belantara.

Rupa2 nya bila nak balik baru ako pasan ada jamban kat dalam.
Cissss!!!! Macam mana ako leh tak pasan ada toilet kat bahagian dalam.
Ako ingatkan bilik mandi je kat situ, rupanya yang sebelah dia adalah bilik mandi dan jamban sekali.


Kita share lodge tu dengan sorang mat saleh dari Germany.
Sorang mamat Korea tapi dah 2 tahun kerja kat Christchurch.
Dan satu couple dari London (klu x silap ako).

Mamat korea tu sedang bercuti macam kitorang.
Dia more to camping and hiking.
So kira dia adventure punya orang la.

Yang mamat germany tu plak engineer kereta.
Dia pun tengah bercuti 3 bulan klu x silap ako.
Lepas mengembara ke NZ, dia akan ke Thailand tapi before tu dia akan menyinggah ke KL untuk transit. Seronok tengok derang ni boleh travel berbulan-bulan. Tapi ye la kan, kena la amek unpaid leave dan poket kena la sentiasa penuh je kan.

Yang couple tu kitorang banyak sangat berborak.


Khusyuk sungguh mamat german tu tengok murshi dan mamat korea tu beradu memasak.
(macam la masak sangat kitorang ni kan...)

Seperti biasa, tanak nasi dan rebus telur je pun haha.


Kita plan dinner sama-sama.
Mamat korea tu beriyer nak offer ayam grill ngan sayur goreng dia.
Plak tu bole dia nak offer kita dengan air arak dia tu.
Adoiyaaaii... hahaha.
Tapi bila kita tolak, terus dia cakap "..lega!!" coz dia bole makan dengan banyak dan minum dengan puas.


Makan saja semeja.
Tapi kita makan la makanan memasing.

Malam tu macam-macam perkara dok borak ngan derang.
Siap main games segala bagai.

Tapi sebabkan mamat dua ekor tu cam aggresif sangat lepas minum arak kan, so sebelom pape terjadi, baik kitorang masuk bilik dan tido dulu.

So end up malam tu kitorang memang rasa best sangat.
Pengalaman baru untuk kami berdua.
Bermalam secara backpackers, berkenalan dengan orang baru.
Ako rasa kowang yang tak pernah tu, atlis cuba la sekali seumur hidup k.
Memang la bukan slalu nya pengalaman tu yang manis2 sahaja.
Yang kurang manis tu pasti ada juga kan.
Pape pun yang penting, pengalaman tu!!

Dan malam tu kitorang tertido sambel layan movie kat lappy.

Nota Jemari: memang satu pengalaman yang lain dari yang lain