,

Selamat Pengantin Baru

Tahniah Ila n Jamal!
Akhirnya penantian mereka untuk bersatu terlaksana sudah.
Alhamdulilah.
Tersenyum mereka sekeliling terutama pasti lah abah dan mak.
Insyallah tahun depan boleh dapat cucu... hahaa...

Memandangkan cousin ako ni dok kat kampung di mana penduduk nya pun dah suam suam kuku, maka plan untuk mengadakan majlis pernikahan seterusnya persandingan diadakan di kolumpo je la. Tambahan pula, kakitangan yang akan 'bekerja' pada hari tersebut pun kebanyakkan kami sumer berada di kota keriangan eh silap kota kesibukan. Jadi setelah berbincang erkk silap setelah muafakat, eh bukan bukan... initiatif bakal pengantin sendiri mencari tempat yang senang dan sesuai untuk dijadikan tempat berlangsungnya majlis tersebut.

Dan akhirnya setelah setahun lebih mencari tempat, terjumpa la bakal pengantin dengan tempat ini. Sangat strategik, luas dan selesa.

'Villa Ukhwah' ...
Sebuah banglo 2 tingkat ...
Terletak di Tasik Titiwangsa..
Lokasi yang strategik untuk majls-majlis keraian dan pelbagai lagi majlis.
Dimiliki oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad.
Kowang leh layari website dia untuk keterangan lanjut.
Mempunyai 8 buah bilik tido dan 3 bilik air.
Lengkap dengan perabut asas.
Ada UNIFi dan juga WIFI.

*credit photo from website ukhwah

Banglo ni style lama kan.
Macam rumah gomen dolu-dolu.
Ala klu dah area titiwangsa tu konpom la kita akan nampak banglo lelama camni.
Sebelum dihias nampak simple je kan.


Lepas dimakeover, nampak meriah!
Baru la nampak sket suasana owang kawen. heheh..


Bahagian dalam yang sangat-sangat luas!!!
Teruja i ...
Kosong!
Sekosong jiwa ini ... ecehceh ...


Tadaaaaa.....
Terhias pelamin tersergam indah..
Simple but still nice, rite?!


Apa kes ni hantaran x siap lagi???
Erkk.... kisah nya ako pun baru tahu yang pagi sebelum nikah tu, kelam kabut ghope nya hantaran x siap lagi. Gurlpppp!!!

Nasib baik la ada cousin yang baik hati tolong resque tuk siapkan sumer hantaran.
Phew!! Nak tak nak aii pun kena tolong la juga walaupun aii ni bukan nya kretip mana pun. hehe..
Sebab kan bakal pengantin nak guna bunga idop maka aii pun men cucuk cucuk aje la munger2 tu sumer. Janji menjadi juga ghope hiasan hantaran nya ... ;-)


Yeayyyy!!
Siap juga!
Inilah antara hantaran yang berjaya dihasilkan sepenuhnya oleh lovely cousin atas bantuan ako yang kurang kretip ini. Jadi la kan. 


Hari nikah.
Tok kadi dah sampai, mana daa pengantin nya?!!!
hehehe... 


Tu diaaa... akhirnya sampai juga.
Debaran sang pengantin sampai terlupa .."nya" diucapkan dalam lafaz nikah.
Sabar ye ... aii tahu u berdebar .. hehe..
Akhirnya dengan 3 kali lafaz, selamat juga sang lelaki menjadi seorang suami.
Alhamdulilah.... 


Kretip cousin aii ni.
Ala yang dah jadi pengantin tu la.
Kelasssss ko, penanggah sumer ada badge memasing.
Senang nak terima aduan, panggil je nama eh .. hahah ..


Motip ai kena jaga tipon kat tepi pintu pagar???
Huwaaaa... 

Ai kena jaga Guestbook ghope nya.
Kowang dah sign, pastu aii amek gambar u'ols guna kamera palaroid.
Pastu i terus tempek gambar u'ols kat tempat u'ols sign guestbook tadi.
Wah wah ... budget artiss you!!

Sok giliran aii kawen lak, erkk aii pun nak gak ada polaroid tu eh ...
*sambel jejeling manja kat cousin aii tu... ehehe

*ko tengok, pengantin sporting tau pakai badge juga!! :p


Ok citer panjang pun bukan kowang heran.
Akhir kata untuk pengantin, 

"Selamat Pengantin Baru"
Tahun depan mak abah dapat cucu....

Eh?!! 

hehehe... 

Tahniah!
Tahniah!
Moga kekal hingga akhir waktu.

Nota Jemari: ..dan bila pulak giliran ai ye, YOU?!!! *wink
Share:

3 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.