Followers

Monday, March 25, 2013

ABIN oo ABIN

Dah lama x citer pasal ABIN kan.
Budak ni klu dia balik KL je, kuar-kuar je dari kete terus tanya ako soklan ni,

"Na, henpon merah mana?"

Aisshh bukan nya tanya ako sihat ke.
Dah makan ke.
Rindu ke....


Situasi yang slalu akan dilihat sebelum tido klu dia balik KL.
Memang khusyuk!
Ntah apa yang dia hayati sangat bila buka henpon ako tu.


Kowang tahu apa yang dia tengok?
Dia tengok konsert Maher Zain kat youtube!!

Amboiii amboii kecik-kecik dah layan tengok konsert.
Time ako dulu, mana reti konsert-konsert ni.
Nak citer pasal artis kat mak bapak pun cam erkk ermm ptfffff....

Ako x kisah sangat klu dia nak layan.
Tapi klu dah soploh kali doploh kali dok ulang dengar lagu yang sama je, maunya ako x hangin!!
Muak ok!!

Siap gaduh ngan dia lagi soh tukar lagu lain.
Memang ABIN ni dia fanatik sket dengan Maher Zain.
Ada satu hari tu siap minta soh belikan baju sebijik cam maher zain pakai.
Erkk perlu ker sampai camtu sekali kan!!

Tapi sebab x moh keciwa kan dia, so kitorang belikan je la topi yang ala-ala macam maher zain pakai tu.


Senyum lebor je masa dapat topi tu.
Tapi ni topi yang kedua kitorang belikan.
Topi yang pertama tu kaler merah tapi dah kecik.
Ni beli lagi satu.
Jangan esok esok kena beli lagi satu sudah la.
Al-maklum kepala nya cepat membesar la kata kan.

Ingat nak tempek sore si ABIN melalak lagu 'insyallah', tapi video nya x lepas plak nak loading.
Btw, klu button video kat atas tu x leh masukkan mp3 ker?

OK la esok bday Aqeem..
Ingat nak bawa gi suatu tempat.
Tapi manakah yang sesuai dan menarik ye untuk budak 2 tahun?

Nota Jemari: Dah besar dah .. kejap ke masa kan !

No comments: