Ok, first of all nak bagitau mmg citer dah basi dah pun.
Tapi gigih juga nak bercerita.
Ater, kan dah lama benor x update entri.
Maka, entri ni sambungan ye daripada entri yang lepas ni.
Family Day untuk Econ's Sector kata nya.
Sepatutnya tahun lepas dah buat tapi tunda atas sebab-sebab yang x dapat dielakkan.
Tak kisah la, janji event ni berlangsung juga walau agak terlewat dari sector-sector yang lain.
Tempat mana lagi kalau bukan kat sunway lagoon.
Walau x berapa gemor sangat gi tempat2 air ni, tapi takpe la sebab tiket dah FREE.
Klu nak gi sendiri memang idok le kan.
So pada hari Sabtu yang indah, bertarikh 6 Jan 2013, berlangsung la event family day ini dengan jaya nya. Tahniah la kepada orang-orang kuat yang bertungkus lumus dalam hal berkaitan event tersebut. Ako? Eh eh ako sekadar orang di belakang belakang tabir sahaja.
Perasmian berjalan seperti yang dirancang.
Orang yang merasmikan nya pun datang tepat pada waktunya. Malah lebih awal dari jangkaan semua. Maka, acara pun dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh pihak sunway sendiri.
Enjoy!
Even orang-orang VVIP sangat sangat sporting ikot serta dalam senamrobik itu.
Kemudian, disusuli dengan pusingan pertama cabutan nombor bertuah.
Hampir 50% lucky draw untuk tahun ini.
Alhamdulilah.
Selesai sahaja cabutan pertama, maka bermula la acara air yang dinanti-nantikan oleh mereka.
Tak banyak pun acara air yang kami pilih.
Untuk acara bebudak, "Fast n Fishy" iaitu lari sambel berebut kutip ikan pelesu di dalam air itu.
Masa ni klu bole mak bapak pun nak tolong sama kutip ikan-ikan pelesu tersebut.
Grup mana yang paling banyak, maka dia lah yang menang.
Macam-macam ragam.
Sumbat la kat celah mana sekali pun, janji dapat kutip banyak-banyak.
Dan setelah dikira, maka pemenang nya jatuh kepada kumpulan MERAH!!
Yeehaaaaa..... grup ako la tu.
"Water bomb" nama diberi.
Itulah acara kedua bagi kanak-kanak.
Senang je, kena sambut belon yang berisi air.
Berapa banyak belon dapat dikaut tanpa pecah, maka dikira sebagai pemenang.
Semangat bebudak ni. Dah ready nak ke'basah'an.
Yeah itu dia!!
Acara sudah bermula.
Tangkas!
Cepat!
Tepat!
Ok, next kita beralih arah kepada acara orang beso plak.
"Bomba Kampung" kata nya.
Kena amek air seberapa banyak menggunakan baldi yang telah ditebuk lubang-lubang kecik di dalam nya. Macam-macam gaya 'para bomba' ni nak selamatkan kampung mereka! hahaha....
Acara ni memang perlukan skil dan strategi.
Tanpa kedua-duanya konpom air dalam baldi tak dapat dipenuhkan.
Last but not least, tarik tali!!
Hahahah..... Sebabkan acara-acara sebelum ni grup merah asyik kalah je kan, so kali ni kami takkan berpaling tadah. Siap la gerangan musuh didepan.
"anchor" pun dah semangat, ni klu x menang, memang saja la kan.
Kumpulan kami menang dengan mudah sekali.
Syabas!
Dan acara yang ditunggu-tunggu, lucky draw pusingan akhir.
Top 5 winner.
Takpe la, walau x termasuk dalam kategori top 5, tapi syukur dapat juga hadiah.
Lucky juga walau x bawa 'laki' kan haha..
Tahniah buat pengacara-pengacara.
Tanpa mereka, tak meriah suasana pada hari itu.
KEseluruhan pemenang, kowang tengok la sendiri k.
Tahniah kepada semua.
Tahun depan erkk nak buat lagi ke?
hehee...
Sekian, celoteh untuk kali ini.
Tunggu cerita lain plak menyusul.
Nota Jemari: Kebizian hingga penghujung bulan.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com