Assalamualaikum.....
Bersambung kita lagi ye.
Hari kedua kat Cameron.
Sejuk!
Memasing cam malas nak bangun.
Apa tak nya, kena plak tempat sejuk, memang sedap je la membuta kan.
Nak tak nak jam 9.30 pagi baru semua bangun.
Bersiap-siap untuk hari kedua.
Plan pagi tu kami nak ke ladang teh.
Tak sah kan klu dah sampai cameron tapi x jejak kan kaki ke ladang teh.
Ako adalah pestime jejak ke ladang teh BOH!!
Sebelum-sebelum ni ako hanya ke ladang teh BHARAT sahaja.
Sebab setiap kali ako niat nak ke teh BOH mesti x jumpa jalan masuknya.
Padahal jalan masuk ke ladang tu kan betul-betul berhadapan dengan KEA BEE FARM.
Kali ni memang gigih ako peratikan betul-betul signbod nya.
Dan akhirnya berjaya juga ako menjumpai laluan ke ladang BOH itu.
Kesian kan!!
Bersiap-siap untuk hari kedua.
Plan pagi tu kami nak ke ladang teh.
Tak sah kan klu dah sampai cameron tapi x jejak kan kaki ke ladang teh.
Ako adalah pestime jejak ke ladang teh BOH!!
Sebelum-sebelum ni ako hanya ke ladang teh BHARAT sahaja.
Sebab setiap kali ako niat nak ke teh BOH mesti x jumpa jalan masuknya.
Padahal jalan masuk ke ladang tu kan betul-betul berhadapan dengan KEA BEE FARM.
Kali ni memang gigih ako peratikan betul-betul signbod nya.
Dan akhirnya berjaya juga ako menjumpai laluan ke ladang BOH itu.
Kesian kan!!
Ghope nya laluan ke ladang BOH ni agak mencabar juga la kan.
Jalan-jalan yang sempit dan bersimpang siur.
Tambah plak tu, ako ingat dah masuk simpang masuk terus je jumpa.
Rupanya kena masuk lagi ke dalam.
Sampai la ko jumpa kawasan perumahan macam estet la gitu.
Then baru la ko jumpa ladang yang heboh diperkatakan itu.
Pergh, sesak napas!
Parking nya xde la berTAR bagai.
Tapi memang luas la juga parkingnya.
SO dah parking, moh kita mulakan pendakian.
Ye kengkawan, nak ke kilang BOH nya kita kena lah mendaki sket ye.
Sket je. Tak jauh mana pun.
Semangat dah memasing nak berdrama di ladang teh.
Gigih lagi!
Ingatkan dekat je.
Nampak mcm takde la tinggi sangat.
Sekali daki, perghh semput ahkak!!
Stamina memang kurang la ye.
Eh eh kita tergedik-gedik nak jejak kaki kat lokasi pengambaraan filem Ombak Rindu.
Ha ingat x scene yang ini?
Kami pun nak juga makan kat situ.
Nak juga feel-feel Ombak Rindu.
Hahaha..
Sampai je atas ako dah semput.
Fenattttt OK!!
Tapi hajat nak duduk kat meja hujung macam dalam filem berkecai gara-gara ramai giler orang kat sana.
Nak order makanan pun kena beratur sampai 20 minit.
Mana nak cari meja kosong lagi.
Tapi nasib baik juga la, kami sampai ada plak pengunjung yang sudah abs makan.
Lapar!
Bekfes kami pizza sama sandwich.
Dan opkos la kena ada teh BOH kan ;-)
Sedap tak 'MAK'?
hahahaha.....
Mana tak sedap..
Licin ko!!!
Lapar giler memasing.
Tapi harga memang mahal la ye klu kowang makan kat situ.
Dah makan, dah ada tenagan, jom kita shoping plak.
Macam-macam jenis perisa teh BOH.
Macam-macam saiz pun ada.
Dan tentulah macam-macam harga juga kan :p
Tadaaaaa...... kitorang pun dah soping!
Lepas tu kita masuk ke kilang buat teh plak.
Biasa je kilang nya.
AKo bayangkan besar sangat la macam kilang-kilang yang kat luar sana.
hehehe....
Gambar dalam kilang malas lak ako nak letak.
Klu nak tau, kownag kena la gi sendiri ye :p
Sebelum pulang, moh la kita bergambar dulu.
Bukti ako sudah sampai di situ.
On da way balik, tetiba ada kapal terbang sesat.
Aikk ingatkan kapal terbang mainan, rupa nya kapal terbang yang dipenuhi dengan baja.
Nanti setiap 5 minit akan muncul baja-baja berbentuk erkk kapas putih (x pasti diperbuat dari apa tapi rupa macam kapas yang berbentuk kapsul dan ringan je) dari atas.
Terkejut masa kena semburan 'baja' itu.
Kenderaan sudah mula kluar dari lokasi.
Berderet-deret.
Memandangkan ada jalan yang sempit dan muat sebuah kereta, maka itulah kita semua kena beratur dan beri laluan kereta dari arah bertentangan untuk jalan terlebih dahulu.
Sedang menanti, tetiba ada sesuatu bunyi.
"kak ret bunyi apa tu?" tanya Amat.
"Takde pape la tu Mat" balas ako.
Masa ni cool lagi. Siap kami bergurau senda dalam kereta.
Tapi kisah bunyi tak berakhir di situ.
Tetiba ako rasa sesuatu.
Dan ako ternampak meter air sudah ke arah TINGGI!!
Oh NO!!!
"Eh, temperature tetiba naik ni. Panas!"
"Alamak!"
Memasing dah risau.
Dah la tengah jam.
Dalam ladang plak tu.
Penuh dengan pokok-pokok.
Jalan sempit.
Klu ako matikan enjin kat situ lagi buatkan jam teruk.
Nasib kami baik, bila kami gerak sket je ke hadapan, ada ruang yang cukup untuk ako park kereta ke tepi. Alhamdulilah.
Masa ni kereta sis Lin sudah terlepas jauh ke hadapan.
Erm nak tak nak, buka boot enjin, pastu ako soh hero-hero pegi cari air.
Usaha la mereka meneroka hutan dan ladang untuk mencari hatta sebotol air sekalipun.
Try call sis lin.
Minta bantuan.
Sejam lebih juga ako tersadai kat situ.
Hero-hero sudah mendapatkan air, bukan sebotol tapi 2 botol.
Ntah mana la mereka 'curi' kan hahaa...
Tapi bukan time-time tu bole terus isi air.
Harus la tgu sampai sejuk sket enjin tu kan.
Dan dalam dok menunggu datang sorang India.
Kata nya kawan dia pomen.
So dia tanya nak minta kawan dia datang tak kat situ.
Ako cakap panggil la.
Tapi sebab kan line telepon adalah kurang jelas, maka dia x dapat nak contact kawan itu.
Jadi, ako minta la nombor kawan dia kan.
Dia x nak bagi.
Aikkk kata pomen. Bagi je la nombor tu kan.
Sudah nya bantuan dari husband sis lin yang telah menyelamatkan kami semua.
Phewww.....risau ahkak!!
Tapi lega dalam masa yang sama.
Dah setel ... temperature pun macam dah ok, kita cecepat kluar dari kawasan ladang tersebut.
Sementara kami kat atas sana bermandikan kerisauan, sempat lagi minah ni melawat ke Bee Farm yang terletak betul-betul berhadapan dengan simpang teh BOH tu.
Arghhh nak juga tengok lebah dan madu :p
Lepas dah bertemu semula dengan mereka, dan ako tengok kereta pun cam ok, then ako suggest kita ke ladang bharat teh plak. Sebab macam x puas plak nak bergambar kat BOH tadi kan.
Ladang teh Bharat ni kat tepi jalan je pun.
KLu kowang datang cameron ikut laluan Simpang Pulai, mesti kowang akan perasan ladang teh itu.
On da way ke bharat teh, kita sempat menyinggah dulu ke Ladang Stroberi.
Wah masing-masing dah excited nak petik stroberi kata nya.
Wah!!!!!
Petik kat ladang ni macam agak mahal la sket.
Klu x silap sekilo dalam RM60.
Ako sekadar tolong derang kutip je.
Anak-anak sis lin yang teruja nak petik stroberi ni.
Memasing nak bagi kengkawan makan kata nya.
Dalam banyak-banyak terjumpa stroberi kembar ni.
Unik kan.
Nom nom nom....
Sekilo banyak tu je yang dapat...
Jadi la kan.
Dah petik stroberi.
Dah makan ceklat stroberi.
Dah minum ice blended kat sana (xde sedap mana pun)
moh la kita gerak ke bharat teh plak.
Ako lebih suka melepak kat sini.
Kat sini kita bole pegang daun teh nya dengan lebih dekat.
KLu kat teh BOH tadi, x nampak sangat teh nya.
Maksud ako x berapa nak boleh pegang.
Nak bergambar dekat ngan daun teh pun cam payah kan.
Harap je tempat makan dan pemandangan yang cantek je la.
Dah ready nak shooting ke?
Yeehaaaa!!!!
Baru nampak fresh pemandangan nya.
Cantek sesangat, i like!
Hijau!
Subur!
Alam semulajadi.
Lepak makan scone kejap, klu korang ada masa, pegi la ke Lavender Garden.
Ada Entrance FEE ye sebanyak RM5 seorang.
Klu kowang suka bunga, memang wajib singgah sekejap kat sini.
Cantek cantek kaler bunga nya.
Ako suker MERAH!!!
Pompuan ni opkos la PEPEL kan.
hhehee...
Pape pun minat kami, kami tetap kawan selamanya!!
Dalam perjalanan nak balik ke hotel, si putih buat hal lagi.
"Asap! Asap!" Jeritan amat mengejutkan ako.
Ahkak panik.
Kebetulan kami sudah hampir sampai ke kawasan Cactus Point.
Terpaksa la membelokkan si putih dan parking sebentar di situ.
Call bantuan sana sini.
Masa ni sekali lagi kereta sis lin sudah jauh ke depan.
Jam dah pukul 6 petang waktu itu.
Konpom la jam.
Hari Raya Cina plak tu.
Memang cari bala je kan.
Masih x putus asa.
Call cari bantuan lagi.
Call sis lin tapi sebab kan jam maka derang x bole nak patah balik.
Ako soh derang terus ke hotel dulu.
Sementara itu ako masih x putus mencari bantuan.
Akhirnya, dapat call dari adik.
Dia tolong carikan mekanik.
Tahun baru cina, apa yang ko harapkan betul tak?!
Tapi nasib menyebelahi, ada satu kedai ni sudi hulurkan bantuan.
Cuma bantuan tidak segera datang.
Terpaksa tunggu sampai lewat malam.
Risau!
Bosan!
Dan paling utama SEJUK!!
Dan paling utama SEJUK!!
Jam 10 malam sis lin plak sampai...
Berjemaah menati kan bantuan.
Semua nya selesai sekitar jam 11 malam.
Terpaksa menggunakan khimat kereta tunda untuk membawa si putih ke kedai mekanik.
Hari yang meletihkan.
Kelaparan.....
Nota Jemari: ...sambung esok la ye.. penat dah ni!!
4 Comments
macam2 dugaan ye....tak pe..cik abe ada menemani..ha ha ha
ReplyDeletealhamdulilah hehehee :p
ReplyDeleteeleee...sian 'kawan' kakRet tu jadi kembang muka dia. org ensem2. hihiks... tiba2 bau nasi minyak ni. ades.
ReplyDeletech@,
ReplyDeletehahaa nak nasi ke?
laaaa awat x ckp awal2 bole banjer makan :p
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com