Followers

Tuesday, March 19, 2013

Cameron Trip: Stroberi Cinta - Part 1

Laju je kowang kan klu bab-bab cinta ni..
Hahaha eh ye ke?
Tak kisah la. Tapi kowang tetap nak baca juga kan... ;-)


Tarikh 9-11 Februari 2013.
Bercuti pada Tahun Baru Cina, memag saja cari nahas la kan!
Lokasi ke Cameron Highlands.
Menginap di Resort Strawberry Park.

Jumaat malam, lepas je pick up 'kakak' kat Shah Alam, terus kitorang berdua shoot ke Cameron Highland. Memang saja nak bertolak malam tu jugak semata-mata nak elakkan jam di highway (konon nya la kan)

Masukkan saje highway PLUS, mak aii dah berderet kereta tapi nasib baik lah jam yang bergerak. So takde la terasa sangat walau kenderaan memang banyak ketika itu.

Berhenti tuk dinner dalam sejam kat R&R mana ntah.
Lepas tu terus je drive menuju ke Simpang Pulai.

Nama pun jalan waktu malam.
Berdua plak tu dalam kereta.
Dedua pompuan sahaja.
Gigih juga la memandu dalam keadaan yang gulap gulita.
Hanya beberapa kawasan sahaja yang ada lampu jalan.
Scary ok!

Tapi alhamdulilah, selamat juga sampai kat Strawberry Park Resort dalam pukul 11 malam.


Tunggu mereka yang bertolak dari JB.
Mereka pun bercadang nak bertolak tepat jam 12 tgh malam dari sana.
Tapi memandangkan yang ditunggu dari seberang tambak sampai pun dah lewat, maka perjalanan mereka agak lewat la sket. Lebih kurang jam 2.30 pagi barulah mereka bertolak.

Waktu ni ako dah x senang tido dah.
Kejap kejap terjaga,
tido x sampai sejam dah terjaga balik.

Berdebar plak tunggu kedatangan mereka.
Ingatkan mereka akan sampai sebelum subuh.
(kerna ako tahu pemanduan si pemandu konpom 220km/jam)
Tapi disebabkan jam juga, maka perjalanan mereka tersekat-sekat.

Dan pagi muncul, mereka masih juga belum sampai.
Debaran makin kemuncak.
hahaha... poyo sungguh.

Memandangkan jam 9.30 pagi pun masih x tiba-tiba, maka nya ako mengajak si kakak ke Tanah Rata untuk sarapan pagi. Baru je nak order makanan, dapat plak call dari mereka kata nya sudah sampai di area Brinchang. Memandangkan line tipon memasing tak dapat masa tu, so ako dah cuak dah. Ye la derang adalah pestime muncul kat cameron ni. So, nak explain jalan ke resort pun takut derang x dapat bayangkan. Tapi dalam dok risau-risau, dapat juga call dari mereka. Konon nya dah sampai Brinchang. 

Ada silap komunikasi di situ.
Ghope nya bukan dah sampai Brinchang.
Tapi jauh ntah area mana ntah.
Adoiyaaaii......

Sempat la ako menapau nasi lemak dan kuih muih untuk bekalan sarapan kami semua.
Dalam dok membeli-beli tu, dapat lagi call, tetiba derang cakap dah jumpa signbod "Strawberry Park". Erkk konpius ahkak!!


Takpe la since sumer nya dah selamat tiba, alhamdulilah.
Memasing gigih dok update status...


Bekfes apa yang ada dulu.
Berehat mana yang sempat dulu.
Bersihkan diri mana termampu dulu.

Tepat jam 12 tghari kami ke pasar cameron yang terletak di kawasan berdekatan dengan Hotel Equatorial. 


Ekceli klu nak selamat, better la parking kat kawasan parking yang dah disediakan.
Ikot je laluan mcm kereta tu pegi.
Nanti ada signbod P .. KLu x silap kena bayar la ye dalam RM3 (klu x silap la ye ahkak dah lupa)

Tapi klu rasa nak terima surat 'cinta', bole je parking kat tepi-tepi jalan.
Risiko tanggung sendiri la kan.
Coz polis-polis trafik ni akan rajin beroperasi terutama sekali dalam waktu puncak.

So get ready je la ye.


Apa ada kat pasar cameron ni?
Macam-macam ada.
Mereka kan adalah pestime jejak kaki kat situ.
Maka, memang excited la nak menyoping sakan.


Kowang suka bunga?
Elok la tu..berlambak jenis bunga yang kowang bole pilih.


Buah-buahan?
Katanya jagung cameron adalah sedap dan lain rasa nya.
Ermm ako x pasti apa kelainan nya.
Klu x cuba mana nak tahu kan.

Tapi sebab kan ako x pandai nak memilih, jadinya jagung yang ako dapat adalah sudah terlalu masak atau dengan erti kata lain sudah tua. Sudah x sedap untuk dimakan.

Sedih *sob sob

*gambar hasil carian google dari ejamaria.blogspot.com*

Buah jeruk ni sangat pemes.
Ada perisa stroberi dan juga epal.
Masam-masam manis.
Sedap!

Tapi sayang juga.
Bila ako bawa balik KL, pastu seminggu baru nak makan, ermm rasa nya terlalu masam dan sudah busuk.

Takde rezeki.
Sedih lagi! *sob sob


Eh kakak beli selipar!
Sejuk ye kak dalam resort ;-)


Yang mak nya plak borong stroberi ceklat ke? :p
Sedap ke 'mak'?
ehehee...


Dah puas soping, kita ke Cactus Point pulak.


Mesti la tengok cactus kan.
Ada macam-macam jenis.
Dulu ako cukup minat pokok cactus ni tapi sebab ako x pandai jaga, asek la x subur.

Tangan panas orang kata.
Tak sesuai nak bercucuk tanam.
Selalu nya la x menjadi.

Sudahnya, simpan je la niat nak 'membela' kaktus tu kan.


Woopssss!
Jangan salah sangka.
Ako masih tetap x minat pada bunga.
Tapi sebab bunga yang satu tu terlalu istimewa pada ako, maka yok la kita bergambar dengan bunga kesukaan nya.

psst Lin, ko kan ibarat ibu bunga antara kami semua.. haha :p


Sudah berputik kah 'stroberi cinta' bersama si dia?


Ataupun bersama si dia ini?
hehehe... 


Ntah jam berapa kami lunch.
Perut memang dah lapar sangat-sangat.


Dua jejaka pilihan hati.
Oittt orang soh tengok menu la, bukan tengok gambar awekksss!!!

"Order! Order!"
Lapar dah ni!!

Dah kenyang moh kita balik resort. 
Tak sabar nak beristirehat plak.


Malam nya lepas isya, gigih kuar ke pasar malam plak.
Tak sah klu x jejak pasar malam yang terletak berhadapan dengan bali polis brinchang.
Tempat WAJIB, ok!!

Klu dah ke pasar malam, konpom la kita tapau aje makanan untuk dinner malam itu.
Eh yang atas tu bukan jejaka pilihan ye.
Itu dah lama disambar orang hahaha... :p


Dan antara hidangan yang kami borong di pasar malam.
Ako rekomen kowang try kue teow kerang pakcik 'koboi'.
Memang superb!

Ako siap minta dia buatkan kue teow yang kering, dan lebihkan telur hahaha..
Nyumm nyummm....

Percotian untuk hari pertama berakhir di sini..
Kami sudahi malam dengan beramai-ramai menonton fear factor Malaysia.
Ni episod yang tetiba gambit ngan pasangan dia x jadi kluar...
Aisshh....

Tido dalam kepenatan.. 

Nota Jemari: bersambung ... insiden yang x dapat nak dilupakan! Jeng.... jeng.... 

4 comments:

Sis Lin said...

Hahahaha poyooo tau! Gelak guling atas lappy aku baca...hahahahah
Btw sangat hepi dan bahagiaa...xsabo tggu ko update yg ladang boh tu...nnti aku copy paste je ye hahahaha :p

anakomak said...

Haha mn lg nk berpoyo klu bkn dlm entri sendiri :p

watyz said...

lama nye x g cameron. waaa... best tu jalan2...

anakomak said...

jalan-jalan mmg seronok kan watyz ;-)