Followers

Friday, May 3, 2013

Bandung Trip 2013: Persiapan

Yeehaaaaa tak sabar nak bercoti dah ni!!
Kali ni, konsep percotian adalah 'menghabiskan duit'.
Maka nya tempat yang wajib dituju tentu lah ke Bandung.

Macam biasa, perkara utama kena buat adalah tukar duit.
Kali ni kami dapat money changer yang sangat-sangat pemurah dan baik hati.
Dapat rate yang sangat murah buat masa skrg ni.
Malah, tokei money changer tu plak siap suggest kat kami untuk hold dl sampai dia dapatkan rate yang betul-betul murah dan berbaloi.
(berapa banyak murah dah ni...)

So, pada kowang yang nak tukar duit, boleh la try dapatkan khidmat,

E-Globex Money Changer
7, Jalan Rimbunan Raya 1
Laman Rimbunan, Kepong
52100 Kuala Lumpur
+603-6251 1628
+603-6251 266


Tapi tak yah susah-susah nak ke tempat derang.
Call je dan buat appointment.
Insyallah derang akan datang hantarkan duit ke tempat korang.


Ok, duit dah tukar.
Apa lagi ye kena buat?
Ermm....


Oh ye, klu kowang adalah seorang yang susah nak ingat pada angka, ako suggest kowang buat lah pertukaran list sesiap macam yang ako buat ni.
Tak yah lah terlalu detail sangat. Cukup sekadar yang kowang boleh paham konsep pertukaran nya tu. So, nanti masa nak bersoping takde la terkulat-kulat nak kira berapa harga sekian sekian barang kan.

Orait, setel juga bab tu.
So lepas ni apa ye?


Check list barang-barang nak beli pun dah siap.
Bukan takat barang sendiri, barang orang pun dah masuk list.
Macam-macam nak soping ni.
Ntah cukup ntah idak duit yang dibawa. 


Kebetulan terserempak ngan kawan yang baru je balik dari bercoti kat bandung.
Terus dia bagi simkad ni.
Senang sket katanya klu guna nombor sana utk berurusan.
Ala ekceli ako perlukan simkad utk data internet je pun.
Nak call memang takde la kan.

Thanks ye izu.
Nanti pas pakai, kita pulang kat awak balik.
So sampai sana nanti, just top up je la.
Katanya top up Rp50,000 je cukup dah untuk penggunaan 3 hari kat sana.


Bende alah ni pun x kurang penting nya.
Nak charge henpon.
Nak charge bateri kamera.
Nak charge powerbank.

Uishh penting kan!
Sebab setiap negara berlainan adapter dan plugnya.
So, bende-bende macam ini kena slalu ingat nak bawa!

Nak beli kat sana bole aje.
Klu tak silap lagi murah.
Tapi ye la just in case x sempat nak beli, so better la persediaan tu dari awal lagi kan. Jadi takde la kelam kabut sangat bila tetiba nak digunakan.


Oh ye, slalu nya klu ke luar negara ni ako lebih prefer beli insuran sesiap.
Tak kisah la ko naik Air Asia ke, MAS ke, pape airline la kan, rasa nya insuran ni mcm sesuatu yang penting juga la. Walau kita konfiden takde mende buruk akan berlaku (choi minta dijauhkan) tapi just in case je la kan. Sekurang-kurangnya insuran ni macam satu jaminan la bila kita dah berada di tempat orang.


Last but not least, web check in pun dah sudah!
So tunggu apa lagi...
Jom la weiii!!!

Hahahahha tak sabar dah ni nak merehatkan kepala hotak!

Nota Jemari: Yang basic je pun.... macam banyak sangat persiapan nya kan hahaha 

8 comments:

ch@ said...

Bandung kakRet...nk kirim pisang keju tiga bungkus. Serius ni tau. Nnt claim. Ni nmbr tipon kita 0193308463. Lama dh nk mkn. Hihiii...tau-tau-tau.

anakomak said...

Hehe ok cha. Nnt kita belikan... eh eh ngidam ke

ch@ said...

Aish! Jgn la ngidam skrg ni...hahaa tak ready lg.

Zara AB said...

Have fun in Bandung.

* Rajin buat money exchange schedule tue. :D

ShirVen said...

ejy yr bandung trip. kt kdai kain meter2 cfrm rabun mata n hati. semua nak rembat!!!!!!!
:-)

anakomak said...

ch@,
hahhaha sabar dulu kan.
Tunggu tiga2 tu beso lagi.

Zara,
Aha saja je utk kesenangan sendiri jgk hehee

Shirven,
ni yang takoot ni :p

watyz said...

selamat bershopping!!!

mak mertua kite br je balik dr bandung... :)

anakomak said...

mesti sakan soping nya tu kan watyz ehehe