Hari Ketiga!
Awal giler bangun pagi tu.
Al-maklum subuh kat sana kan awal.
Jam 6 pagi (waktu sana) dah cerah.
Tapi pagi tu appointment kitorang memang awal pun.
Hari ni nak ke Tangkuban Parahu.
Ceria memasing.
Warna warni kehidupan.
Pagi ni tak sempat nak bekfes pun.
Memang seawal jam 7 pagi kitorang dah terpacak kat bawah lobi.
Pegi awal, cepat sampai. Cepat la pulangnya.
Bukan apa, malas nak bersesak-sesak ngan orang ramai klu pegi lambat.
Sebab tak bekfes lagi, Abang Teguh belikan kitorang sarapan.
Erkk kira bole la dikatakan sarapan ye.
Tauhu goreng cicah sambal kicap!
Memang pebret ako tu.
Sedap! Lebih sedap dimakan waktu panas-panas.
Sepanjang perjalanan yang amek masa lebih kurang 30 minit tu, memang kitorang melantak kuih-muih tu je la sebagai mengalas perut. Tapi air nya mana? Hahaha tersedak-sedak tapi sedap punya pasal, ko tahan je la kepedasan dan kehausan.
Dah sampai!
Tu harga masuk ke Tangkuban Parahu.
Sebagai pelancong, kowang bayar la ye harga pelancong iaitu Rp50,000 seorang.
Cantek!
Subahnallah!
Subahnallah!
Memang cantek.... dari dulu sampai sekarang masih kekal cantek. hehhe...
Tapi masa kitorang pegi aritu, macam xde plak bau belerang nya.
Dulu-dulu pegi, bukan main kuat bau terbakarnya tu.
Kitorang sampai awal.
Tak ramai orang lagi masa ni.
Jadi, penjual-penjual pun tak banyak yang berkeliaran keliling kami.
Alhamdulilah. hehe
Klu tak tu, konpom rimas je rasa.
Tempat WAJIB bergambar.
Bukti dah sampai sana, tak gitu?! ;-)
Posing posing skema kengawan saya.
hahahaha.............
Posing 'tak takot mati' kekdahnya hahaha.....
Berani la ko nak lompat sesuka hati kat tepi gaung gunung berapi tu.
Buatnya tetiba bergegar pas ko melompat?!! Erkk gurlpp.....
Posing beramai-ramai.
Posing merenung masa depan.
Pemandangan dari atas menara.
Camni la keadaan di pagi hari.
Gerai-gerai masih baru nak buka.
Penjual pun masih belum banyak berkeliaran lagi.
Posing akhir sebelum pulang.
Hahahaa takde apa sangat pun.
Sekadar kawah gunung berapi yang masih aktif kat bawah tu.
Klu tak silap, kowang bole upah orang untuk bawa kowang ke kawah lain dengan lebih dekat lagi.
Macam biasa, sesi menghabiskan duit.
Patut cuba stroberi kat sana.
Rasanya semanis gula.
Ntah la, ada yang kata stroberi tu disalut air gula, sebab tu rasa nya memang manis gula.
Dah puas ber'kawah', jom kita bersoping plak.
Kali ni tempat yang dituju adalah ke Heritage iaitu salah satu factory outlet yang femes la.
Tapi sampai-sampai je kat sana, Heritage nya tgh under construction.
Walau tgh renovate tapi masih boleh menjalankan urusniaga bersoping kat situ.
Cuma... cuma barangan yang dijual macam last kopek gitu... clearance sale kah? Ermm....
Rasa was-was gitu.
Tapi tatap memboloskan diri ke dalam.
Ermm... lihat-lihat, pandang-pandang, takde yang berkenan.
Kami ke Cascade yang terletak sebelah je ngan Heritage ni.
OK sket la nak cari barangan kat Cascade.
Tapi sebelum aktiviti menyoping, kami melantak dulu kat cafe yang terletak di ruang luar atas Cascade.
Lapar! Al-maklum pagi tu x sempat bekfes la katakan.
Nasi goreng bungkus ke hape ntah nama nya.
Sedap juga, nasi goreng dibalut dengan daun pisang pastu dibakar.
Kisahnya konon nak makan soto.
Tapi nak soto nasi bukan bihun soto atau me soto.
Pastu di bagi nya nasi putih sama kuah soto.
Ermmm.... ghopenya, soto nasi tu memang nasi la bukan nya nasi impit.
Hehehe.... Frust sudah ahkak yang mengordernya.
Nak tak nak, kena telan juga la.
Nasi tuna bakar.
Macam lasagna pulak ako tengok an.
Sedap!!
Sebab atas tu dia salut cheese sama tuna.
Nyumm....nyumm...
OK sumer dah kenyang, jom kita bersoping!!
Hasil sebahagian soping di situ.
Rasa cam x puas je bersoping.
Sebab x jumpa apa yang berkenan di hati.
Eh eh tadi tu just soping baju bebudak je.
Yang mak mak budak pun nak beli baju derang juga.
Jalan-jalan lagi..terjumpa Terminal Tas ni.
Tempat jual henbeg dan juga kasut.
Terjah je la kan.
Walau takde satu pun yang berkenan di hati kat situ.
Penat tapi ermm.....masih belum puas bersoping.
Erkk.....!???
Berjalan seharian sehingga jam 10 malam.
Tapi tapi masih belum puas bersoping lagi!!
Apakah????? hahahhaa..... ssyyhhhhhhh!!!
Dalam tak puas bersoping, ha tengok gambar atas tu!!
Bergelimpangan dah plastik plastik soping nya.
Gurlpp....!!!
Serius, walau camtu tapi masih tetap juga x puas bersoping!!
Hahahaha...............
Hahahaha...............
Hari keempat kami dah pulang.
Tak sempat nak soping lagi dah.
Sebab pepagi subuh dah nak bertolak balik ke Jakarta.
Alhamdulilah perjalanan dari Bandung ke Jakarta keesokkan harinya takde sebarang masalah. Jalan pun tak sesak. Dan kami sampai di Airport Terminal 3 Jakarta awal dari jangkaan.
Pape pun, percotian kali ni memang lah bersoping dan jalan-jalan cari makan sahaja!
Nota Jemari: nampak gaya memang kena pegi lagi ni..... awak nak teman tak? :p
3 Comments
saya tak sampai lagi tmpt ni....selalu baca kat orang jer...huhu
ReplyDeleteBanyak betul gambar kenang-kenangan kat sana.. Saya ni entah bila nak lepas sana.. huhu..
ReplyDelete**Kampung saya Penajis Tanjung tapi rumah memang dah takde kat situ.. Dah dirobohkan..
sakan!!! :)
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com