Selamat Pagi Kota Bandung!!
Yeay hari kedua di sini. Bersemangat memasing.
Puas tido!

Pagi tu just minum milo dan makan megi aje.
Cukup sekadar utk alas perut.


Jam 9 pagi waktu tempatan, kitorang dah sesiap tunggu Abang Teguh yang akan hantar kita ke Pasar Baru. Misi pagi itu adalah shoping di Pasar Baru.


OK, are you ready gals??
Memasing dah excited nak bersoping.
Agak-agak nak soping apa dulu ye?
Ermm.... dalam perjalanan dok pikir nak beli macam-macam.


Tapi takot juga ni!
Takot TERbanyak kluar kan duit untuk soping kat situ je.
Kita tengok apa la yang sakan sangat orang bersoping kat Pasar Baru ni kan.


Dah sampai!
Macet!!! Hahaha giler sesak kat luar Pasar Baru ni.
Ramai orang, banyak kenderaan.
Fening ahkak!
Yang tak tahan tu, banyak betul ulat-ulat bulu eh ulat-ulat yang ngekor kita.

Ada banyak tingkat.
Pilih tingkat mana kowang nak pegi.
Jangan x nak balik, sudah! hahaha


Excited nak bersoping la tu!
Tapi AWAS!
Jaga henbeg memasing.
Dengar-dengar nya banyak pencopet kat dalam Pasar Baru ni.


Wah dia dah start dah.
Sesi pemilihan dan paling utama sesi tawar menawar sudah bermula.

Pilih kak, pilih mana berkenan.
Banyak kain.
Sempat lagi nak buat baju raya ni.

Hahaha.... rambang mata!
Semua cantek-cantek belaka.
Kalau boleh, semua nak diborong nya :p


Warna-warni. Berpinau biji mata.
Berlanggar montot, dah jadi kebiasaan.
Bertegang urat, bertikam lidah.
Tak sah klu x dapat harga yang diingini.

Ako?
Masih takde yang berkenan dihati.
Tapi takkan x beli pape kan?


Dikelilingi si ulat-ulat.
Macam-macam jualan.
Pelbagai rayuan.

"Beli kak, buat suami dan anak-anak!"

"Eh belom kawen la, takde suami lagi!"

"Tipu la kak, beli kak! Murah murah aje"

"Iskkk... tak nak ar..!! Takde laki kat umah ako!"

Damn!

Tak pepaham. Rimas ako!


Merayap ke kedai lain.
Cari sesuatu yang menarik perhatian.
Dari satu kedai ke satu kedai.
Masih tak jumpa.

Sedih dah ni!
Sampai la kat satu kedai ni.
Nampak cam molek sket coraknya.

Apa lagi, 

"mbak, kasi yang itu!"
"yang biru tu ya mbak!"
"yang atas tu bila dilihat?"
"bisa lihat semua nya?"
"warna lain ada, mbak?"

Wah gitu kan!!
Puas bila dapat sesuatu yang berkenan di hati.
Rasa macam nak borong banyak lagi. Tapi bila hitung-hitung kain yang sudah dipilih dan dipotong melebihi budget, ok kita STOP dulu la kan!

Kang ober beli kain, bende lain tak boleh nak beli plak.


Jenis kain-kain cotton.
Bias-biasa aje la kan.
Ada je banyak jenis kain lain.
Especially klu ko minat kain-kain lace, memang lawa-lawa.
Harga pun rasa nya murah la jgk kan klu nak dibandingkan dengan kat jalan TAR tu.

Ako suka kain corak batik.
Cantek-cantek!
Memang berpinau biji mata nak memilih.
Sudah nya dalam berpinau-pinau tu sedar tak sedar melayang jgk la dalam RM300+ 

OK dah!
Lagi lama kat situ, lagi kang nafsu nak membeli membuak-buak.
Hahaha over kan :p


Dah beli kain, moh kita cari telekung plak.
Kebetulan ramai yang mengirim, jadi nya mestilah kita minta harga yang paling rendah, x gitu!
Sorang memborong je sampai soploh pasang.
KLu dua tiga orang memborong, erkk kowang kira la dah berapa pasang derang beli.

Ako?
Hahaha sepasang je cukup la.


Telekung dia memang cantek dan berkualiti.
Harga pun boleh tahan murah juga.
Kain dia tebal, sejuk dan jahitan sulam dia pun nampak kemas je.


Beriyer-iyer ako membelek.
Last-last, sepasang je pun.
Jadi la daripada x beli langsung.
Selain kain ela dan telekung, ada juga kasut dan baju-baju dijual kat situ.

Penat membeli, kita lepak kat food court dia di tingkat atas sekali.
Perut pun dah lapar dek gara-gara melantak megi je kan.
Apa lagi, kita kasi isi perut dulu.
Rehat-rehatkan kaki dan minda.


Beredar dari Pasar Baru lebih kurang jam 4 petang.
Bapak lama kitorang kat dalam Pasar Baru tu je.
Itu pun ako rasa macam x puas nak soping.
Sebab ako nak beli keropok-keropok tapi sebab dek asek soping bende-bende lain, sampai terlupa nak menyinggah kat pasar makanan kat tepi tu.

Sedih!

Penuh!
Penuh dah bonet Kijang tu. 

Dari Pasar Baru kita menyinggah plak ke Toko Tiga.
Tempat jualan jeans especially jenama Levi's la.
Memang niat nak beli jeans tapi takde yang berkenan satu pun kat situ.
Tapi sebab tak nak terkilan, jadi cuba juga la ako cari jeans yang bersesuaian untuk diri sendiri.

Ekceli ako terbayangkan nak pegi beli jeans di area Cihampelas.
Mungkin la ada sesetengah orang x berapa suka jeans yang dijual di sana tapi sekurang-kurangnya kita ada pilihan lain selain Toko Tiga kan?!

Takpe la takde rezeki.
Maybe lain kali kena pegi lagi la gamaknya ni. (haha bila tu ek? :p)


Malam lepas maghrib kita ke Kampung Daun.
Ia adalah sebuah tempat makan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok.
Kira suasanan kampung di dalam hutan.

Cantek la juga.
Cuma sebab kita pegi waktu malam, ditambah plak hujan, jadi ako agak kurang teringin nak menjelajah sekitar tempat tersebut. Dengar-dengarnya tempat itu sangat besar dan semakin jauh pondok makan kita, semakin cantek pemandangan nya.


Salah satu pondok makan di situ.


Pemandangan di situ.
Laluan ke pondok-pondok makan pilihan kita.


Derang pilih pondok itu.
Ako ikotkan aje.


Inilah teratak pondok kami.
Ok la.
Cantek, kemas dan bersih.


Terus pilih menu.
Mereka yang expert bab-bab makanan di situ.


Masa untuk order!
Ketuk bende tu (lupa la nama nya) untuk panggil pelayan.


Pelayan datang, terus kita hantar list menu pilihan kita tadi.


Inilah rombongan nenek majenah.
hehehe....


Borak-borak.
Minuman pun sampai.
Takde la tunggu lama sangat pun.

Putu bambu dia sedap sesangat.
Lagi power, lagi gebu, lagi manis!


Kemudian makanan pun sampai.
Ikan gurami pelbagai masakan.
Sedap weii especially bila dia bagi sambal kicap dan juga sambal belacan.
Perghh memang nikmat!


Tapi sebab selsema ako makin teruk malam tu, jadi ako order la sup se'kuali'.
Sup dia pun lazat.
Minta sup kosong je tapi dalam tu ada pelbagai jenis bahan.


Yang ini x sure nama.
Tapi ala macam cekodok la juga.
Cuma isi dalam nya diletak jagung dan kacang peas.
Jangan lupa gigit sekali dengan cili api tu.
Perghh gerenti berasap!! :p


Eeee tak sabar nak makan ni.
Lauk dah terhidang, jadi tunggu apa lagi.

Bismillahirohmanirohim.


Dan kami sudahi dengan alhamdulilah.
Kenyang sudah!

Rezeki jangan ditolak.
Rezeki orang belanja makan malam itu.
Amin.

Nota Jemari: ... dah jom balik, esok sambung lagi!